Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 26 Oktober 2013

Gambar Hari Ini -- Daun Neem

Daun Neem (Azadirachta indica)

Saya pernah bercerita dalam posting beberapa tahun dulu pernah terserempak dengan beberapa orang kanak-kanmak sekolah yang ketika dalam perjalanan ke sekolah mematahkan ranting pokok neem dan mengambil pucuknya.  Apabila saya perhatikan gelagat kanak-kanak tersebut, rupa-rupanya mereka memakan daun tersebut.  Daun diagihkan bersama dan dimakan begitu sahaja ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Bila saya bertanya, mereka menyatakan sememangnya memakan pucuk daun neem setiap kali ke sekolah.  Kata seorang dari mereka,

"Sedap, ada masam sikit sikit."

Kali pertama kenal pokok ini, bila sahabat saya dari Nepal (seorang botanist) mengambil satu tangkai daun ni dan menyimpannya dalam beg plastik.  Da ambil satu helai dan mengunyahnya.  Bila saya bertanya, katanya daunni sangat elok.

Saya cuba rasa sehelai, mak oii pahitnya.   Bila ditanya apa khasiatnya dia berkata, kalau makan sehelai sehari, badan akan kalis dengan patukan ular tedung.  Saya tersenyum, dalam hati menjawab,

"Ya betullah tu.  Kalau tanya tok dukun pulak, pasti buat halau hantu."

Ketika tu memang saya tak percaya apa yang dinyatakan oleh sahabat saya tu.  Sekarang bila dah bermain dengan pokok, saya percaya.  Ada peristiwa yang berlaku yang membuatkan saya percaya.

Kebiasaannya daun neem dikeringkan untuk dibuat penghalau serangga makhluk perosak dan nyamuk.  Ada juga yang buat bahan ramuan kosmetik serta ubat gigi.  Tapi makan?  Boleh kah daun ini dimakan?

Di India orang makan pucuk, kata kenalan berketurunan India.  Celur bersama asam jawa kemudian masak kari.  Saya tak pernah cuba.

Yang saya tahu, daun ni elok buat kompos.  Apa-apa aja yang dapat suburkan tanaman sayur di rumah, saya akan guna.  Ada yang resah sebab pokok ni akan jadi besar.  Tak perlu resah.  Saya tanam dalam bekas.  Kalau terlebih besar, saya pangkas, jadi kecil semula. :)

7 ulasan: