Khamis, 10 Oktober 2013

Daun Mulberry Dan Sup Ayam

Dua hari lepas, saya kerat pokok mulberry untuk dapatkan keratan kerana ada pesanan keratan untuk disemai.  Daun dikumpul untuk dikompos.  Sambil leka menyiat daun ada kenalan menyapa,

"Lu mau buat apa itu daun arr?  Tadi gua tengok dalam kampung ada nyonya jemur itu daun.  Buat ubat mata.  Lu mau buat ubat kah?"

"Oh tidak, saya mau ambil ranting, ada orang mahu."

Buat ubat mata?  Saya pernah lihat di Terengganu ketika zaman persekolahan dulu, daun ni dituai untuk diberi makan ulat sutera.  Yang pasti, pokok ini cepat tumbuh, dan daunnya berkhasiat.  Kalau tidak masakan sejak dulu lagi daun mulberry dijadikan makanan ulat sutera.

Masa masih ada terluang, jadi saya berkunjung ke kedai sahabat saya yang ada tanam pokok mulberry.  Orang keturunan cina yang tanam pokok ini pasti tahu kelebihannya.  Fikir saya.

Dia jelaskan pokok ini, daunnya dibuat teh dan dibuat sayur.  Katanya manis seperti pandan.  Dia buat sup ayam.  Bila saya tanya pembantunya, dia sahkan... "Enak buat bakso!"

Orang Indonesia yang merantau, jika tanya sayur buat apa, kebanyakannya akan bagi jawapan yang sama...Buat bakso. :)

Bila pulang ke rumah, saya terfikir.  Mengapa tidak... manalah tahu kalau-kalau ia enak dimakan.  Tapi ketika kutip daun, rasa macam ulat sutera pulak. Apa tidaknya... makan daun mulberry.

Ketika daunnya dimasak saya perasan ia menjadi lembut dan mempunyai aroma yang menyelerakan.  Bila siap dimasak, sup dihidangkan untuk makan malam.  Masih panas.

Bila suap aja sayur mulberry. Fuh memang tidak terkata.    Ia memang enak.  Rugi selama ni tak tuai.



Daun mulberry dijadikan ramuan sup ayam.

--------------------------------------
Apa?  Daun mulberry
Kegunaan?  Boleh dibuat sayur
Rasa?  Enak
Ada benih?  Ada, dalam bentuk keratan
Pesan?  Untuk pesan sms atau whatsapp 0175009364





4 ulasan:

  1. Ohh..lps ni boleh la buat sup ayam daum mulberry...Pasti Yummy kn En.Is..

    BalasPadam
  2. Kawan saya cakap dari daun, batang hingga akar, semuanya berkhasiat dan boleh dijadikan ubat. Daun mudanya dia buat masak lemak.

    BalasPadam
  3. wah..terim kasih..selama ini saya buang aje..petang ni nak cuba ..

    BalasPadam
  4. Mulbery sekarang banyak jenis saya tengok.

    BalasPadam