Rabu, 2 Oktober 2013

Gambar Hari Ini -- Buah Labu Manis Venus

Buah labu manis Venus


Pokok labu manis (pumpkin) adalah pokok yang merayap dengan batang dan daun mempunyai bulu halus.  Pokok memaut ke pancang sokongan menggunakan sulur paut.  Pucuk, kelopak bunga, dan biji labu manis
boleh dimakan.  Biji labu manis dikatakan elok untuk lelaki 40an kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko kanser prostat.  Untuk maklumat lanjut, buat carian tentangnya di dalam blog ini.

Labu Venus adalah labu manis dari baka istimewa.  Amat sukar untuk dapatkan benih ini.  Anda boleh dapatkan benih melalui Set Labu Manis yang dijual melalui blog ini.  Apakah keistimewaan labu ini?

Labu ini menghasilkan bunga dengan cepat, iaitu hanya selepas 2 minggu benih bercambah.  Lazimnya di peringkat awal pokok hanya menghasilkan bunga jantan.  Bunga ini tidak menjadi buah.  Bagaimanapun, anda boleh tuai bunga dan potong pangkalnya.  Kelopak bunga enak dihidangkan sebagai ulam dan salad.  Ada juga yang syorkan supaya dibuat solok.

Pokok labu yang berbunga cepat jika ditanam di dalam pasu boleh dijadikan tanaman hiasan.  Oleh kerana pokok ini unik, ia pasti akan menjadi tarikan jiran-jiran dan rakan-rakan jika ditanam di rumah.

Buah labu Venus mempunyai kulit yang nipis dengan isi yang manis.  Ia enak dipanggang, dibuat kaya atau dimasak sayur lemak.  Buah labu manis tidak besar, hanya sekitar 1/2 kg, jadi anda tidak perlu tunggu
lama untuk dituai.  Isinya yang lemak manis menjadi kegemaran burung, jadi pastikan anda balut buah apabila ia mula ranum.

Gambar yang saya tunjukkan adalah hasil dari pokok labu manis yang saya semai dalam polibeg kacil, baki daripada batch pokok yang telah terjual tidak lama dulu.  Pokok ini pada awalnya kelihatan kurang menarik dan oleh sebab itu ia tidak dipilih rakan-rakan yang datang berkunjung untuk membeli anak pokok.

Saya letakkan polibeg yang menngandungi anak okok tersebut di tepi pagar.  Pokok mula memanjat pagar dan kini telah mengurniakan 3 biji labu manis yang enak.  Saya perhatikan masih terdapat banyak bunga betina yang bakal mengurniakan lebih banyak buah labu Venus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan