Jumaat, 4 Oktober 2013

Benih Kongsi Oktober

Benih kongsi adalah benih yang kami kongsikan bersama melalui blog tanamsendiri.com. Tujuan perkongsian ini adalah untuk memberikan laluan kepada pengunjung yang baru ingin cuba-cuba menanam sayur di rumah. Setiap bukan kami sediakan 3,000 pek kecil benih yang lazimnya mudah menjadi bila disemai.

Untuk bulan ini kami edarkan dua jenis benih kongsi, iaitu untuk pengunjung tanpa membuat pembelian benih dan pengunjung yang membeli benih. Pengunjung yang request benih kongsi tanpa membuat pembelian akan menerima benih sawi menang dan pengunjung yang membeli benih akan menerima benih Sawi HK.

Kedua-dua benih ini mudah disemai dan dijaga. Kebiasaannya sayur sawi tersebut dapat dituai dalam masa 3 hingga 5 minggu.

Untuk dapatkan benih kongsi tanpa membeli, emel:

Subject: Benih Kongsi Oktober
Maklumat yang diperlukan:
Nama penerima benih
Alamat penerima benih
No hp


Maklumat hanya untuk urusan kiriman sahaja, ia tidak akan disimpan dan tidak akan diedarkan untuk apa-apa tujuan sekalipun.

Jika anda membeli benih, benih kongsi Sawi HK disertakan. Jika anda inginkan sawi menang, sila nyatakan.

Jumlah pengunjung yang memohon benih kongsi adalah ramai. Untuk elakkan kekeliruan sila pesan melalui emel [email protected] atau [email protected] sahaja.

13 ulasan:

  1. Saya telah menerima pesanan dan benih kongsi yang tuan poskan.
    Terima kasih banyak tuan, semoga usaha kita di limpahkah rezeki dari Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Terima kasih kerana doakan untuk kita semua.

      Padam
  2. Macammana nak dapatkan benih kongsi ni? Nak email ke alamat mana..

    BalasPadam
  3. as salam en. sy telah email kn
    untuk sy order anak benih..sila tgk email en.

    BalasPadam
  4. salam tuan .. saya baru nk berjinak2 tanam sayur di rumah ni. smua jenis benih yang tersenarai dalam blog tuan masih boleh dibeli ke? sbb skrg tak tau kat mana bole beli benih2 ni ... tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh beli melalui blog ini. Jika tak pasti, boleh emel atau WhatsApp 0175009364.

      Padam
  5. Saya dah dapat benih yang tuan pos aritu. terima kasih :-)

    BalasPadam
  6. en is, benih kongsi bulan November apa pulak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk benih kongsi tanpa pembelian, kami kekalkan benih sawi menang. Untuk benih kongsi bersama pembelian, benih adalah misteri. Anda hanya mengetahuinya ketika menerima kiriman benih.

      Padam
  7. salam...ada benih sage dan rosemary serta leek tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum ada. Kami menunggu konsignmen dari pembekal.

      Padam