Sabtu, 26 Oktober 2013

Apa Itu Garam Epsom?

Pernah dalam posting terdahulu saya syorkan penggunaan garam epsom sebagai booster untuk pokok tomato dan cili yang sedang berputik.  Ada yang bertanya, apa itu garam epsom?  Kadang-kadang bila dah terbiasa dengan nama lazim terlupa pula nak berikan nama sains yang lebih dikenali.

Garam epsom ialah magnesium sulfat.  Dulu biasa dijual di kedai pertanian.  Tapi sekarang entah kenapa susah pula nak cari.  Tapi rakan-rakan masih boleh dapatkan garam epsom di farmasi.

Bahan yang memanfaatkan dalam garam epsom ialah magnesium dan sulfur dalam ion sulfat.  Saya dah lama tak gunakan bahan ini sebab dah 100% organik.  Jangan risau, bahan ini selamat digunakan.  Tapi jangan letak banyak, bimbang pokok melecur dan mati.  Memadai larutkan satu sudu kecil dalam satu bekas penyiram.  Siram tiga hari sekali dan lihat sendiri perubahan pada tanaman.

Ada yang bertanya, adakah manfaat tersebut hanya boleh diperoleh dengan menggunakan garam epsom? Ada tak bahan lain yang mampu menghasilkan manfaat yang sama?


3 ulasan:

  1. Salam En Iskandar, sangat setuju dgn penggunaan epsom salt ni. Pokok cili di laman sy kembali hijau buah pun cantik.

    BalasPadam