Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 31 Oktober 2013

Kompos Bagaian 16 Daripada 40

Air....Air.....Air.....

Hidupan dalam tanah (termasuk makluk halus) perlukan air. Bakteria, kulat dan makhluk yang lain hidup di dalam lapisan air yang menyelimuti zarah-zarah kompos. Hidupan di dalam tanah, terutamanya cacing tanah tidak tahan jika kekeringan. Pernah lihat cacing tanah kekeringan di waktu tengahari?

Hah dah terang lagi bersuluh. Timbunan kompos perlukan air. Bila sebut air, maksud saya lembapan -- bukannya banjir macam di musim tengkujuh.

Bersambung esok, 6.30 pagi.

Terima Kasih Kerana Bersama Kami Hingga Kini

Saya pasti rakan-rakan masih ingat ketika kami mula-mula perkenalkan tanamsendiri.com. Bermula dengan jurnal harian berkait dengan home gardening, tanamsendiri mula menarik rakan-rakan untuk cuba sendiri berkebun di rumah. Kami merasakan aktiviti berkebun di rumah penting kerana ia banyak manfaat kepada diri sendiri, keluarga, komuniti dan walaupun sedikit, kepada bumi ini.

Rakan-rakan pasti ingat bagaimana beberapa orang yang sama-sama aktif dalam ulasannya tetapi tidak mahu mencuba kerana "tangan panas." Untuk memujuk rakan-rakan mencuba sendiri berkebun di rumah kami mula berkongsi benih. Amalan tersebut diteruskan hingga kini. Niatnya supaya semua orang dapat mencuba berkebun di rumah tanpa mengeluarkan apa-apa perbelanjaan.

Benih kongsi dikirim setiap hari bekerja.


Sedikit demi sedikit posting tentang aktiviti terkumpul dan kini terdapat lebih 2 ribu posting tentang aktiviti berkebun di rumah yang merangkumi pelbagai topik daripada penghasilan benih hinggalah resepi untuk memasak tuaian tersebut.

Rakan-rakan pasti ingat bagaimana setiap kaedah yang digunakan dibaiki supaya dapat dimanfaatkan bersama. Oleh kerana banyak perkara yang berkait, kami mula bercerita tentang tanah, nutrien, baja, membuat kompos dan lain-lain. Aktiviti berkebun di rumah mula berkisar kepada aktiviti organik. Walaupun begitu kami tidak tumpukan kepada kaedah organik sahaja. Apa-apa sahaja kaedah yang difikirkan bermanfaat, menjimatkan serta tidak merosakkan alam sekitar digunakan.

Dalam aktiviti berkebun di rumah, tanaman hiasan, sayur dan herba dapat dihasilkan dalam ruang yang kecil.  Tanaman, tanah dan komuniti organisma saling bekerjasama membentuk komuniti yang seimbang.  semuanya ada dalam blog ini.


Tanamsendiri diharapkan dapat membantu rakan-rakan yang ingin berkebun di rumah, jadi kita mula mengagih benih dengan konsep berkongsi, iaitu benih dibeli dan dipecahkan kepada pek kecil supaya semua orang dapat merasa. Maklum sajalah, kebanyakan benih bukannya murah. Misalnya 10g benih tomato ceri hibrid harganya mencecah hingga RM360. Ia tidak mungkin dapat dicuba oleh rakan-rakan jika tanamsendiri tidak mengagihnya dalam pek yang kecil.

Pelbagai benih boleh diperolehi dengan jumlah yang cukup untuk berkebun di rumah boleh didapati dari blog ini.


Daripada aktiviti posting jurnal harian, berkongsi benih dan mengagih benih yang sebelum ini mustahil dimiliki, tanamsendiri cuba berkembang supaya setiap orang mampu berkebun di rumah sebagai hobi.

Aktiviti berkebun di rumah sememangnya lumayan.  Banyak manfaat dapat dinikmati.


Kini sesiapa sahaja mampu berkebun di rumah, walaupun sibuk dengan tugas harian. Kami juga berusaha membuat posting sebagai pencetus idea supaya sesiapa sahaja, yang memiliki ruang halaman bertanah yang luas atau tidak memiliki ruang bertanah, dapat melakukan aktiviti berkebun di rumah. Rakan-rakan dapat ambil bahagian dengan memberikan ulasan, berkongsi pengalaman, serta berkongsi gambar.

Untuk mencapai lebih ramai lagi pembaca, kami kembangkan tanamsendiri ke laman facebook/tanamsendiri dan insyaAllah tidak lama lagi secara mikroblogging melalui twitter.

Selain dari itu kami melangkah setapak lagi ke depan dengan menghasilkan buku elektronik dan buku bercetak dengan niat untuk berkongsi pengalaman dalam aktiviti berkebun. Ia juga untuk mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan. Maklum sajalah semua aktiviti yang kami lakukan melibatkan kos.

Siri koleksi 3 buah buku yang berjudul Tanamsendiri Versi Buku (Jilid 1 hingga 3) dikompil khas sebagai koleksi khas untuk simpanan rakan-rakan yang selama ini mengikuti perkembangan blog ini. Ia dilahirkan daripada sokongan rakan-rakan selama ini. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada penerbit Venton publishing kerana menaruh keyakinan terhadap usaha kami serta sanggup menerbitkan buku tersebut.

Rakan-rakan boleh membantu kami dengan mendapatkan koleksi buku ini.


Jadi jika rakan-rakan bertanya, bagaimana jika ingin contribute sebagai tanda sokongan terhadap usaha kami dalam aktiviti berkebun di rumah? Kami amat berbesar hati jika rakan-rakan menjadikan koleksi tersebut sebagai koleksi bacaan di ruang bacaan atau ruang tamu di rumah tanda sokongan usaha kami.

Set buku tersebut di jual di pasaran dengan harga RM87 satu set. Rakan-rakan boleh mendapatkan set tersebut daripada blog ini dengan harga RM80. Kos kendalian poslaju ialah RM10, jadi semuanya RM90.

Rabu, 30 Oktober 2013

Keseronokan Home Gardening

Satu daripada keseronokan berkebun di rumah ialah sentiasa mencari idea baru untuk dicuba. Jika menjadi, senang hati. Jika tak menjadi, cuba dan cuba lagi.

Di peringkat awal banyak perkara dipelajari atau ditemui. Ada aja makhluk perosak mengganggu. Pelbagai kaedah dicuba, pelbagai cadangan diterima dan diuji. Ada daripada petua yang diturunkan oleh orang dulu-dulu, dan ada petua diterima dari rakan-rakan yang hortikultur. Semua menjadi kalau serasi. Ada juga tak menjadi. Bukan kerana petua atau cadangan tersebut tidak betul, hanya tidak serasi, perlu dikaji lagi. Kerana mungkin ada lagi elemen yang berkait tidak menepati.

Begitu juga dengan petua yang saya berikan, ada yang hubungi semula kata menjadi. Ada yang mencuba hingga habis pokok mati. Mengapa jadi begini? Banyak faktornya. Sebab itu home gardening begitu menyeronokkan. Setiap yang dibuat ada perkara baru ditemui.

Menyemai contohnya. Ada benih perlu direndam air suam, tapi jika direndam lama, cambahan mati. Jadi masa menjadi faktor utama kerana jika lama cambahan mati kerana cambahan benda hidup yang perlukan udara untuk respirasi.

Ada yang kata petua orang dulu-dulu kalau benih timbul, benih hampa tidak menjadi. Mungkin ada betulnya-- pada setengah benih boleh dikenalpasti bernas atau mati cara begini. Misalnya benih jagung yang dimakan bubuk, pasti mati. Kerana ada ruang udara terowong bubuk dalam benih, bila direndam akan timbul. Jangan pula cemas bila rendam benih roselle, timbul. Saya dah uji. Benih yang timbul bercambah dalam sehari. Benih yang tenggelam bercambah 4 hari. Tapi jangan pula direndam hingga 4 hari, benih pasti mati.

Jangan juga uji benih kelapa cara ini. Yang timbul diandaikan mati. Pasti kena maki kalau pembekal ambil hati.

Gambar Hari Ini -- Patch Belakang Rumah

Kobis cina dan kailan tumbuh dengan subur di belakang rumah. 

Ruang tanah di belakang rumah kami tidak luas, hanya lebar dalam 60 cm di sepanjang longkang.  Ruang tanah hanya selepar 45cm.  Ruang tersebut kami susun batu bata dan isikan dengan tanah yang diperkaya dengan baja organik.  Sebenarnya sudah lama kami tidak menambah baja, tapi alhamdulillah tanaman kami tetap subur.  Patch di belakang rumah lebih istimewa berbanding dengan patch di depan rumah kerana ia mendapat cahaya pagi.  Oleh sebab itu kami manfaatkan dengan menanam sayur daun seperti kailan dan kobis cina.

Selain dari itu kami juga ada menanam bendi dan moringa.  Walaupun pokok moringa mampu tumbuh besar, kami sentiasa pangkas batang untuk pastikan pokok tidak tumbuh terlalu besar.  Setiap kali pangkas dapatlah kami nikmati tuaian daun moringa.

Selasa, 29 Oktober 2013

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Wan Nor Azilah

Gambar yang saya terima kasli ini adalah daripada Wan Nor Azilah, dari Kemaman, Terengganu.  Wan ada menanam berbagai jenis sayur dalam bekas. Jika diperhatikan dari gambar tersebut, saya pasti Wan telah dapat menikmati sayur segar.  Terima kasih kerana sudi berkongsi tanaman hasil berkebun di rumah.

Kailan yang subur.  Gambar milik Wan Nor Azilah.

Sawi bunga, tangkai bunga telah dituai.  Gambar milik Wan Nor Azilah.

Cili, besar dan amat subur.  Gambar milik Wan Nor Azilah.

Kangkung dan bayam yang tumbuh subur. Gambar milik Wan Nor Azilah.

Bendi yang kelihatan amat kukuh walaupun pokok masih kecil.  Jika diperhatikan rupa pokok, kemungkinan besar ini baka bendi emas.  Gambar milik Wan Nor Azilah.

Kucai, semai hanya sekali menghasilkan tuaian yang berterusan.  Gambar milik Wan Nor Azilah.

Benih Untuk Dijual -- Set Koleksi Kobis Cina

Set Koleksi Kobis Cina mengandungi benih 5 jenis kobis cina yang jarang diperolehi.  Setiap jenis benih ada 3 pek, jadi semuanya ada 15 pek.

Benih yang tersebut ialah:

1. Kobis Cina baka Marco (membentuk pagoda) (3 pek)
2. Kobis Cina baka Micky (membentuk pagoda) (3 pek)
3. Kobis Cina baka Mike (membentuk pagoda) (3 pek)
4. Kobis Cina baka Mario (membentuk pagoda) (3 pek)
5. Kobis Cina baka Ong King (daun terbuka) (3 pek)

Cara menanam di rumah disertakan.

Kobis cina baka membentuk pagoda, atas kiri: Micky, atas kanan: Mike, bawah kiri: Mario, dan bawah kanan: Marco. 

Harga 1 set, RM30.  Kiriman melalui poslaju.

Cara Memesan Set Koleksi Kobis Cina:
1.  Tentukan jumlah set serta harganya.  Jika anda ingin beli 1 set, harganya RM30.
2.  Buat bayaran melalui mana-mana akaun berikut.

Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754

atau

Zaitun Ismail
CIMB
12750009113528

Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114

atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]

4.  Kemudian emel [email protected] atau sms 0175009364 dan nyatakan
a)  maklumat tentang bayaran,
b) nyatakan "Set Koleksi Kobis Cina"  serta bilangannya,
c) nama dan alamat penerima benih.

5.  Pastikan anda menerima respons daripada kami.  Jika tiada respons dalam masa 24 jam, sila SMS maklumat pesanan ke 0175009364 untuk pastikan kami ada menerima pesanan tersebut.

6. Pihak kami akan berikan nombor trekking poslaju untuk rujukan.

7.  Kiriman dibuat pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.

---------------------------------
Posting asal 10 Oktober 2013
Posting semula 29 Oktober 2013

Benih Untuk Dijual -- Kobis Cina Micky

Kobis Cina dari jenis tertutup.  Seakan-akan Kobis Cina Marco tertapi dengan urat yang lebih kasar tetapi tidak berselirat.  Daun berwarna hijau muda.

1 pek mengandungi antara 10 benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.


Cara Memesan Benih

----------------------------------------
Posting asal 9 Mei 2013
Posting semula 29 Oktober 2013

Benih Untuk Dijual -- Kobis Cina (Marco)

Kobis Cina dari jenis tertutup.  Kobis Cina dari baka Marco menghasilkan kobis yang besar dengan daun yang tertutup.  ia seperti kobis bulat dengan bentuk yang lonjong.  Kobis Cina baka Marco mempunyai urat halus yang berselirat.  Enak dibuat sup. 

Kobis Cina (Marco)


Benih Kobis Cina (Marco)



1 pek mengandungi 10 benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.


Cara Memesan Benih

------------------------------
Posting asal 9 Mei 2013
Posting semula 29 Oktober 2013

Isnin, 28 Oktober 2013

Benih Untuk Dijual -- Kobis Cina, Chinese Cabbage baka 663

Benih kobis cina hibrida F1, baka 663.
1 pek mengandungi 50 benih. 5 pek RM10.00.

Benih Kobis Cina, baka F1 663

Anak pokok kobis cina dalam pasu.
Cara Memesan Benih

------------------------------------
Posting asal 9 Mei 2013
Posting semula 28 Oktober 2013

Benih Untuk Dijual -- Ong King, Kobis Cina Tropika, Sayur Putih, baka f1 - 202

Kobis Cina Tropika, Ong King, Sayur Putih dari baka yang tumbuh dengan cepat.  Benih akan bercambah dalam masa 24 jam. 1 pek mengandungi 50 benih. 5 pek RM10.

Kobis Cina yang ditanam di dalam bekas.

Cara Memesan Benih

---------------------------
Posting asal 9 Mei 2013
Posting baru 28 Oktober 2013

Benih Untuk DiJual -- Kobis Cina Baka 636


Benih kobis cina dari jenis daun terbuka (looseleaf).  Ia mempunyai daun berkilau dan kurang rapuh berbanding kobis cvina ong king.  Daun rangup enak dimasak atau dibuat ulam dan salad ketika masih muda.  Pokok tahan panas.  Cuma ketika semai, letak di tempat teduh sedikit.  Selepas dua set daun sebenar, letak di tempat cahaya sepenuhnya.  Sesuai ditanam di dalam bekas atau di atas tanah.


1 pek mengandungi 50 benih. 5 pek RM10.

Kobis Cina 636


Cara Memesan Benih

-----------------------------------
Posting asal 9 Mei 2013
Posting baru 28 Oktober 2013.

Ahad, 27 Oktober 2013

Tuaian Hari Ini -- Kailan, Kobis dan Kacang Ular

Tuaian hari ini; kailan, daun kobis dan kacang panjang ular.

Akasyah (anak) sedang asyik memetik buah kacang panjang ular, untuk snekking sambil menonton TV.

Sejak hujan setiap hari, semua tanaman subur tanpa perlu risau tentang menyiram tanaman.  Hari ini Akasyah membantu menuai sayur dan kacang panjang ular.  Seronok memerhati gelagat anak-anak di laman rumah berkebun dan menikmati hasilnya.

Soalan Pengunjung -- Daun Tomato Melengkung Ke Atas

En Iskandar,
Saya dah semai benih tomato King Kong.  Pokoknya begitu cepat membesar.  Malangnya selepas pokok berbunga, ia terkena penyakit. Semua daunnya melengkung ke atas secara menyeluruh tetapi pokok belum mati.

----------------------------------------
Alhamdulillah pokok cepat besar dan telah berbunga.  Jika putik bunga tidak luruh, daun melengkung ke atas secara menyeluruh itu bukan tanda terkena penyakit.  Jika terkena penyakit, daun akan melengkung secara berperingkat kerana penyakit berjangkit dari satu daun ke daun yang lain, tidak mungkin seluruh daun sekaligus.  Jika terkena penyakit pokok pasti akan lemah dan mati.

Daun melengkung ke atas atau ke bawah adalah lumrah bagi pokok tomato terutamanya ketika berbunga atau berbuah.  Jika pokok sedang berbunga, pastikan tanah tidak kering terutamanya di waktu tengahari, tapi jangan pula terlebih siram hingga pokok terkena penyakit reput akar.

Apa yang berlaku ialah pokok yang saudara tanam mempunyai daun yang banyak dan kadar fotosintesis diperlukan pada tahap yang tertentu sahaja.  Pendedahan permukaan daun akan menyebabkan pokok kehilangan air melalui transpirasi sedangkan pokok perlukan air untuk pertumbuhan buah. Di waktu tengahari, kemungkinan pokok terima terlalu banyak cahaya melebihi kadar fotosintesis yang diperlukan. Jadi ia melengkung untuk kurangkan permukaan atas yang terdedah supaya jumlah cahaya yang diterima dapat dikurangkan.  ia juga untuk kurangkan jumlah air yang hilang.

Jadi daun melengkung untuk mengawal kadar permukaan daun yang terdedah kepada cahaya dan kadar kehilangan air melalui transpirasi.  ia menandakan pokok sihat.  Untuk kurangkan kadar penggullungan daun, boleh kurangkan keamatan cahaya dengan meletakkan pokok ditempat teduh atau letak jaring halus supaya sebahagian daripada cahaya ditapis.

Jika daun tomato melengkung ke bawah itu tanda pokok tidak menerima cahaya secukupnya.  Alih pokok ke tempat yang lebih cerah.

Soalan Pengunjung -- Bimbang Laman DiKunjungi Ular

En Iskandar, saya tinggal berdekatan kawasan ladang.  Apabila musim hujan, kadang-kadang kawasan taman perumahan kami dimasuki ular.  Saya bimbang ular akan ke laman rumah kerana kami menanam banyak pokok sayur.  Bagaimanakan caranya untuk kami hindari ular daripada berkunjung?

-------------------

Memang menjadi lumrah kawasan ladang mempunyai ular.  Ini bukannya kerana kehadiran pokok di ladang sebagaimana yang selalu disalah sangka.  Ular adalah haiwan karnivora, ia tidak memakan pokok. Ular banyak di ladang kerana biasanya ladang mengandungi banyak tikus serta mamalia kecil yang lain yang menjadi makanan ular.

Bila tiba musim hujan, ular kebiasaannya akan mencari tempat perlindungan.  Ada yang berpendapat ular bukannya musuh kebun kerana ia memakan haiwan perosak terutamanya tikus.  Bagaimanapun kebiasaannya ular tidak disenangi walaupun hanya sejumlah kecil sahaja ular berbisa.  Ular yang biasa menangkap tikus adalah ular sawa yang membunuh dengan membelit kuat, yang tidak berbisa.

Saya sendiri pun bimbang jika kawasan rumah berpotensi dikunjungi ular kerana saya mempunyai anak kecil yang sering bermain di ruang laman rumah.

Jika kawasan laman rumah anda ada potensi dikunjungi ular, pastikan tiada papan atau batu yang bersepah kerana ular mungkin mencari perlindungan di celah batu dan di bawah papan.  Tabur sulfur (belerang) di sempadan rumah supaya ular tidak melintas.  Belerang dijual di kedai pertanian untuk menurunkan pH tanah. Elemen dalam belerang iaitu sulfur juga bertindak sebagai baja.  Jadi selain daripada menghalau ular serta haiwan berbisa yang lain, belerang menyuburkan tanaman tetapi jangan tabur terlalu banyak.  Anda hanya perlu sedikit sahaja.  Anda juga boleh dapatkan belerang daripada kami, dengan harga RM10 satu pek.

Jika halaman rumah anda telah dikunjungi ular, jangan bertindak sendiri.  Ada jenis ular yang terlindung dan menjadi kesalahan jika membunuh atau mencederakannya.  Pastikan lokasi ular tersebut dan minta bantuan Pertahanan Awam. Dial 999.  Beritahu kecemasan anda.  Anda akan disambung ke Pertahanan Awam yang terdekat.  Kebiasaannya mereka akan tiba dalam masa yang cepat.  Kakitangan Pertahanan Awam adalah terlatih dan mereka mempunyai alat yang cukup untuk menangkap ular dengan selamat tanpa mencederakan ular tersebut.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Apa Itu Garam Epsom?

Pernah dalam posting terdahulu saya syorkan penggunaan garam epsom sebagai booster untuk pokok tomato dan cili yang sedang berputik.  Ada yang bertanya, apa itu garam epsom?  Kadang-kadang bila dah terbiasa dengan nama lazim terlupa pula nak berikan nama sains yang lebih dikenali.

Garam epsom ialah magnesium sulfat.  Dulu biasa dijual di kedai pertanian.  Tapi sekarang entah kenapa susah pula nak cari.  Tapi rakan-rakan masih boleh dapatkan garam epsom di farmasi.

Bahan yang memanfaatkan dalam garam epsom ialah magnesium dan sulfur dalam ion sulfat.  Saya dah lama tak gunakan bahan ini sebab dah 100% organik.  Jangan risau, bahan ini selamat digunakan.  Tapi jangan letak banyak, bimbang pokok melecur dan mati.  Memadai larutkan satu sudu kecil dalam satu bekas penyiram.  Siram tiga hari sekali dan lihat sendiri perubahan pada tanaman.

Ada yang bertanya, adakah manfaat tersebut hanya boleh diperoleh dengan menggunakan garam epsom? Ada tak bahan lain yang mampu menghasilkan manfaat yang sama?


Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Kobis Hasil Tanaman Nor Azmihah

Kobis, gambar milik Nor Azmihah 

Kali ini kita nikmati gambar kiriman Nor Azmihah, iaitu pokok kobis yang ditanam dalam pasu.  Saya kagum bila melihat gambar ini.  Pokok ditanam dalam pasu dan disusun kemas.  Memang cantik dan menaikkan semangat saya untuk semai lebih banyak lagi pokok kobis.  Kobis tanamsendiri yang dipetik segar amat enak bila digoreng atau dimasak lemak.  Rasanya yang manis memang sukar dilupakan.

Terima kasih Nor Azmihah.

Gambar Hari Ini -- Daun Neem

Daun Neem (Azadirachta indica)

Saya pernah bercerita dalam posting beberapa tahun dulu pernah terserempak dengan beberapa orang kanak-kanmak sekolah yang ketika dalam perjalanan ke sekolah mematahkan ranting pokok neem dan mengambil pucuknya.  Apabila saya perhatikan gelagat kanak-kanak tersebut, rupa-rupanya mereka memakan daun tersebut.  Daun diagihkan bersama dan dimakan begitu sahaja ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Bila saya bertanya, mereka menyatakan sememangnya memakan pucuk daun neem setiap kali ke sekolah.  Kata seorang dari mereka,

"Sedap, ada masam sikit sikit."

Kali pertama kenal pokok ini, bila sahabat saya dari Nepal (seorang botanist) mengambil satu tangkai daun ni dan menyimpannya dalam beg plastik.  Da ambil satu helai dan mengunyahnya.  Bila saya bertanya, katanya daunni sangat elok.

Saya cuba rasa sehelai, mak oii pahitnya.   Bila ditanya apa khasiatnya dia berkata, kalau makan sehelai sehari, badan akan kalis dengan patukan ular tedung.  Saya tersenyum, dalam hati menjawab,

"Ya betullah tu.  Kalau tanya tok dukun pulak, pasti buat halau hantu."

Ketika tu memang saya tak percaya apa yang dinyatakan oleh sahabat saya tu.  Sekarang bila dah bermain dengan pokok, saya percaya.  Ada peristiwa yang berlaku yang membuatkan saya percaya.

Kebiasaannya daun neem dikeringkan untuk dibuat penghalau serangga makhluk perosak dan nyamuk.  Ada juga yang buat bahan ramuan kosmetik serta ubat gigi.  Tapi makan?  Boleh kah daun ini dimakan?

Di India orang makan pucuk, kata kenalan berketurunan India.  Celur bersama asam jawa kemudian masak kari.  Saya tak pernah cuba.

Yang saya tahu, daun ni elok buat kompos.  Apa-apa aja yang dapat suburkan tanaman sayur di rumah, saya akan guna.  Ada yang resah sebab pokok ni akan jadi besar.  Tak perlu resah.  Saya tanam dalam bekas.  Kalau terlebih besar, saya pangkas, jadi kecil semula. :)

Benih Untuk Dijual -- Lobak Putih/Lobak Kampung, Raphanus sativus

Benih Lobak Putih Untuk Dijual.
1 pek mengandungi 50 biji benih secara purata.  5 pek RM10.00
Benih adalah dari pek yang baru.  Batch ini tumbuh dalam masa 1 - 3 hari.  Untuk menghasilkan cambahan yang cepat, rendam di dalam air suam selama 1 - 4 jam. 

Benih lobak putih

Pokok lobak putih yang berumur 1 bulan.

Pokok lobak yang ditual selepas 4 minggu disemai.

Tuaian lobak putih.

Cara Memesan Benih

-------------------------------
Posting asal 10 Januari 2012.
Posting semula 25 Oktober 2013.

Benih untuk dijual -- Lobak Merah

Lobak merah dari baka yang tahan cuaca panas menghasilkan lobak berwarna merah jingga.  Benih bercambah dalam masa 3 hingga 5 hari dan lobak dapat dituai dalam masa 60 hari.



1 pek mengandungi 30 benih secara purata.  5 pek RM10.

Cara Memesan Benih


---------------------------------
Posting asal 27 April 2012.
Posting semula 25 Oktober 2013.

Benih Untuk Dijual -- Lobak Rosy

Benih yang dinanti telah tiba.  Lobak Rosy adalah dari jenis radish (lobak putih) dari baka F1 yang mempunyai kulit dan isi lobak yang berwarna merah jambu.  Bahagian umbi (lobak) padat dengan berat kira-kira 600g dengan saiz 16 X 7 cm.  Lobak Rosy tahan panas dan sesuai ditanam di negara kita.

Lobak Rosy
Satu pek mengandungi secara purata 20 biji benih. 5 pek dijual dengan harga RM10.  Jumlah benih terhad, dapatkan segera.

Cara Memesan Benih


-------------------------------------
Posting asal 2 April 2013
Posting semula 26 Oktober 2013

Kompos Bahagian 15 Daripada 40

Ranting Lambat Terurai, Mengapa Ya?
Ada yang tak suka bila tambah ranting. Katanya lambat terurai! Dah biasa kan? Terkejar kejar ke sana sini. Pagi terkejar pergi kerja, balik terkejar nak masak. Tengahari terkejar nak ambil anak. Sapa lambat depan, beam. Harass semua orang yang melambatkan. Last last tak kemana pun, tersadai atas sofa depan TV.
Silap-silap jadi bahan kompos sebelum waktu yang sepatutnya.

Gardening pecahkan rutin yang tak elok. Ia mengajar kita bersabar. Ranting melambatkan penghasilan kompos? Tak juga, ia membaiki struktur kompos. Boleh guna campur terus aja ke tanah. Kalau tak suka boleh ayak asingkan ketulan ranting dengan kompos masak.

Ranting adalah gentian yang bakteria susah nak uraikan. Bukan tak urai, tapi lambatlah sedikit. Tapi kadang-kadang ada kulat baik yang bantu urai. Kita selalu cemas kalau kompos ada kulat. Yang putih seperti serbuk dalam kompos tu. Ia bukannya musuh. Ia tetap baik untuk kompos.

Yang bawa penyakit pada tanaman tu kulat jahat. Sebenarnya yang jahat tu tak banyak, tapi ia paling ketara. Pokok subur selama ni jasa kulat baik kita tak nampak. Sekali aja kulat jahat rosakkan tanaman, yang itu kita ingat sampai bila-bila. Tapi ada penyelesaiannya, jangan bimbang.

Oh ya, jika tiada ranting, boleh guna kertas terpakai. Suratkhabar lama elok dikomposkan. Tapi elakkan guna kertas berkilau dan kertas yang dilaminate. Plastik pada permukaan kertas tersebut tak diuraikan.

Persambung hari Khamis, 6.30 pagi.

Jumaat, 25 Oktober 2013

Kompos Bahagian 14 Daripada 40

Penguraian Kompos Adalah Proses Aerobik

Ingat dua hari lepas saya kata makhluk halus (mikroorganismalah, mu excited selalu... Ingat mistiklah tu.... Cheeeeh) perlu bernafas? Proses penguraian kompos adalah proses aerobik. Bukan erobik eksersais kat padang setiap pagi ahad tu! Aerobik ni proses pernafasan guna udara! Hah! Ada pernafasan tak guna udara, tapi..... busuk!

Ok, macam ni, biasanya timbunan kompos kehabisan udara lama sebelum kehabisan makanan. Kalau timbunan kompos kehabisan udara, bakteria lemas dan mula bernafas tanpa udara (disebut anaerobik, perkataan besar lagi, tapi jangan takut). Bila bakteria bernafas tanpa udara, ia membebaskan amonia dan gas hidrogen sulfida. Gas apa? Tak pernah dengarlah. Oklah, senang cerita, gas bau kentut. Busuk tu. Nanti jiran marah.

Tak nak, tak nak kompos bau kentut. Nak kompos bau tanah, bau bersih.

Kalau nak kompos bau bersih, pastikan timbunan kompos cukup udara. Biasanya kalau baca buku tentang kompos atau artikel dalam Internet, mereka suruh sentiasa gaul kompos. Siap ada jual alat lagi untuk gaul kompos. Soalan saya, larat ker? Lepas seketika, bila bahan kompos terurai, ia jadi mampat semula. Kena gaul lagi, esok gaul lagi, lusa gaul lagi, tulat gaul lagi.... Bila nak menanam? Asyik gaul kompos jer. Bahan-bahan yang kaya dengan nitrogen terurai dengan cepat, timbunan kompos akan cepat mampat.

Cara yang lebih praktikal, tambah aja bahan ranting, bahan gentian. Ia lambat terurai jadi, kompos tak mampat. Timbunan kompos akan tetap ada udara. Makhluk halus tak lemas. Jadi, tak perlulah gaul, dan gaul, dan gaul.... Mudahkan?

Bersambung esok, 6.30 pagi.

Gambar Hari Ini -- Pokok Geruda

Pokok Geruda

Pergilah ke mana mana nurseri, mereka ada jual pokok ni.  Eh, ada tanam pokok herba ubat pula?  Ingatkan tanam sayur aja.

Tak saya tanam pokok ni bukan untuk tujuan sebagai ubat.  Saya tanam sebab nak halau kucing jalanan yang gemar sangat rosakkan pokok.  Kalau pokok geruda, kucing akan bagi ekspresi ewwww dan beredar.
Pokok eeruda adalah pokok yang renek daripada keluarga Rutaceae dengan batang yang keras dengan cabang yang banyak. Daunnya kecil, bujur tirus di bahagian tangkai tersusun bendatar pada tangkai daun dengan bilangan yang tidak sekata. Anda mudah kenal daun ini kerana ia mengeluarkan bau yang busuk--kata pemilik nurseri tempat kami selalu berkunjung, bau "tooooooot."

Nyonya nurseri tersebut suka bercerita, jadi cerita tentang pokok ni tak habis.  Macam-macam khasiat, katanya.  Orang cina buat sup, buat salad, buat ramuan panggang ikan, buat teh, buat macam-macam!

"Alamak, tak kan buat teh kot", bisik saya dalam hati.
"Nak promote, promote juga, tapi kan daun ni busuk."

Khasiat? Terlintas juga nak tahu, jadi saya belek buku Tumbuhan Perubatan Malaysia terbitan MARDI.  Mak oii, ia ada menyatakan air rebusan daun geruda diminum untuk ubat sakit perut. Daun dilumatkan bersama bawang dan halia dan disapu pada badan untuk ubat demam. Ia juga dikatakan mampu mengubat luka dan telinga bernanah.  Bahagian depan buku, pengarang buku tersebut ada nyatakan, maklumat perubatan yang diletakkan tidak diuji dan berdasarkan amalan orang dulu dulu.  Setakat mana keberkesanan penggunaan herba tersebut tidak dinyatakan. Jadi saya mulalah cari maklumat dalam buku-buku lama yang berabuk kat rumah ni.  Ooooo banyak rupanya.

Kalau rakan-rakan nak tahu tentang tanaman ni boleh dapatkan ebook ringkas dari kami.  Upah kompil maklumat, kami ambil RM10 untuk ebook tersebut.  Bolehlah dapat pengetahuan sedikit sebanyak tentang pokok Geruda.  Tujuan bukan untuk perubatan, hanya untuk pengetahuan.  Sebab selama ni dengar orang bercerita sahaja.

Judul ebook, "Herba Garuda, Busuk Tapi Mujarab"

Khamis, 24 Oktober 2013

Gambar Hari Ini -- Sayur Putih/Kobis Cina

Sayur putih atau kobis cina yang ditanam di belakang rumah.

Kobis cina ini adalah lebihan daripada benih yang kami kongsi bulan lepas (benih kongsi).  Benih kongsi adalah benih yang diedarkan secara percuma sebagai tanda terima kasih pengunjung kerana menyokong usaha kami dalam aktiviti berkebun di rumah.

Kobis ini adalah antara benih yang kami gemar semai kerana pertumbuhannya yang ceparm rupa sayur yang cantik serta enak dimakan.  Kobis cina ini adalah dari baka daun terbuka.  Ia berwarna hijau muda, boleh dituai secara kerat dan tumbuh lagi.  Daun kobis cina enak dijadikan ulam atau dimasak sayur air bersama bawang putih dan lada hitam.

Kompos Bahagian 13 Daripada 40

Campuran Bahan Kompos Secara Kasar

Tak mboh lah pening-pening kira. Jadi campuran yang ideal macamana ya?

Kira secara kasarnya macamni, gaulkan satu baldi besar kompos hijau (daun, keratan rumpai, sayur sisa dapur) dengan satu baldi kecil kompos kelabu (ranting kayu, kertas).

Owoh, nok formula matematik jugok. Tulah, sapa suruh ngafal masa sekoloh dulu.... Sampai tua nak ngafal jugok! Ok ok... Boleh hafal. Haish....

3 bahagian bahan kompos hijau + 1 bahagian bahan kompos kelabu = kompos hitam (baik punya kompos!)

Bersambung esok, 6.30 pagi!

Tuaian Hari ini -- Kangkung Dan Kailan

Tuaian kangkung dan kailan yang menggunakan kaedah kerat dan tumbuh lagi.



Bila musim hujan begini, lazimnya tanaman mendapat air yang secukupnya jika saliran tanah elok dan terdedah kepada hujan. Ini suatu yang elok kerana jika menanam sayur (untuk tuaian daun) kita dapat perhatikan sendiri pokok tumbuh subur dengan daun yang hijau dan rangup (rapuh). Jika air bertakung, kebiasannya tanaman akan rosak kerana berbagai penyakit. Hari ini kami menuai kailan dan kangkung. 

Tanaman ini sebenarnya telah lama ditanam dan dituai secara kerat dan tumbuh lagi. Saya telah lupa kehadiran pokok tersebut kerana yang tinggal hanya batang pokok dengan tunas yang kecil dan tenggelam dalam rimbunan tanaman yang lain di dalam bekas kotak gabus dan pasu plastik saiz 1 kaki (30 cm). Bila hujan setiap hari, daun yang subur terserlah kembali. Inilah hasilnya, kangkung dan kailan untuk dimasak dalam nasi goreng.

Kangkung adalah antara tanaman yang mudah disemai dan dijaga.  Kebiasaannya benih kangkung akan bercambah dalam masa 3 hari selepas disemai dan sepasang daun benih yang bercabang seperti garfu kecil akan kelihatan sehari kemudian.  Pokok kangkung tidak perlu dialih.  Ia sesuai ditanam di dalam bekas dan di tanah.

Kangkung biasanya hidup subur di dalam air.  kangkung jenis ini biasanya mempunyai daun yang bulat berbentuk hati.  Benih kangkung yang diedarkan melalui tanamsendiri mempunyai daun yang panjang dan tidak perlukan kawasan basah.  Jika kangkung yang anda semai tidak bercambah, kemungkinan besar kerana tanah atau medium yang digunakan tidak serasi.  Anda boleh semai kangkung menggunakan tanah pasir yang digaul dengan sedikit tanah liat atau tanah atas (topsoil).  Ia boleh diletakkan di tempat yang mendapat cahaya sepenuhnya atau terlindung dengan keamatan cahaya matahari sekitar 80% daripada cahaya yang cerah.

Kailan juga tanaman yang mudah disemai.  Ia biasanya bercambah dalam masa 2 hari selepas disemai.  Gaulkan dengan tanah untuk jarangkan benih.  Daun benih cambahan kailan berbunjuk bujur dengan lekuk dibahagian tangkai.  Ia mempunyai warna hijau kebiruan.  Cambahan kailan kelihatan seperti cambahan sawi dan kobis. Ini kerana ia adalah daripada keluarga yang sama.  Ketika mencambah benih letakkan di tempat yang cerah untuk pastikan cambahan tidak terlalu tinggi atau lonjong.  Ini penting untuk dapatkan cambahan yang kukuh dan mudah dikendali ketika mengalih.

Cambahan kailan dialih selepas 2 set daun tumbuh iaitu daun benih dan daun sebenar yang kelihatan sama dengan daun pokok yang matang, cuma denagn saiz yang kecil.  Kailan boleh dialih ke dalam bekas atau ke tanah.  Pastikan tanah kaya dengan bahan organik mempunyai saliran yang elok dan lokasi mendapat cahaya matahari sepenuhnya.  kailan terbantut jika di tempat yang terlindung daripada cahaya matahari yang cerah.

Ada beberapa baka kailan yang diedarkan melalui tanamsendiri.  Baka tokyo adalah baka yang cepat berbunga biasanya dituai untuk bunga yang berarorma dan enak.  Jika inginkan pokok denagn batang yang besar dapatkan baka jepun dan jika inginkan daun yang besar dan banyak dapatkan baka tempatan, baka 117 dan baka 55.  Tuain ini adalah dari baka tempatan.

Benih Untuk Dijual -- Sawi Kailan Jepun


Anak pokok sawi kailan jepun yang ditanam dalam bekas.


Sawi Kailan Jepun adalah sayur kailan dengan daun lebih nipis dan lembut seperti daun sawi.  Menghasilkan sayur dengan mutu berkualiti tinggi dengan rasa yang unik.   1 pek mengandungi 30 benih.   5 pek diual dengan harga RM10.

Cara Memesan Benih

-----------------------------------
Posting asal 17 Ogos 2013
Posting semula 24 Oktober 2013

Benih Untuk Dijual -- Kailan Baka Tempatan (OP)

Kailan baka tempatan (OP) adalah kailan yang tahan penyakit.  Ia menghasilkan daun yang besar dan batang yang kasar.  Tanaman dapat dituai dalam masa 1 bulan selepas di alih.Pokok kailan sesuai ditanam di atas tanah atau di dalam bekas.  ia perlukan cahaya yang banyak serta tahan panas. Setiap pek mengandungi 50 hingga 80 biji benih.  5 pek harganya RM10.


Cambahan Kailan baka OP.



Pokok kailan baka OP

Benih Kailan
Cara Memesan Benih 
Benih Untuk Dijual

----------------------------------------------
Posting asal 17 Ogos 2013
Posting semula 24 Oktober 2013

Rabu, 23 Oktober 2013

Kompos Bahagian 12 Daripada 40

Karbon Dalam Kompos Di "Bakar"

Karbon dalam kompos dibakar oleh bakteria untuk dapatkan tenaga. Ingatkan pyromaniac yang begitu ramai kat taman-taman perumahan aja yang suka membakar sampah kat mana ada ruang kosong sampai jiran-jiran yang ada anak asma terpaksa rush ke spital nebulise sebab anak sesak nafas. Bakteria pun membakar, tapi tak membuatkan anak orang kena asma. Marah ni kat pyromaniac... Aish melalut pulak, balik pada topik kompos.

Oleh kerana respirasi dalam timbunan kompos, nisbah C:N sekitar 30 akan menghasilkan kompos dengan nisbah C:N 10 hingga 15.

Daripada maklumat ini, kita tahu, elok juga ditambah ranting kayu, kertas dan sisa dapur ke dalam timbunan kompos. Walaupun ia susah nak reput, ia tetap baik untuk kompos.

Oh ya, satu lagi alasan mengapa bahan-bahan tersebut elok untuk timbunan kompos. Selain dari makan, mikroorganisma dalam kompos juga perlu bernafas (respirasi). Ni satu lagi prinsip yang akan dibincangkan nanti. Cukup ker 40 bahagian artikel kompos. Macam tak cukup jer....

Bersambung esok, 6.30 pagi!

Selasa, 22 Oktober 2013

Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Terung Tangkai Purple

Terung tangkai ungu.  Gambar milik Jopeny Ulak, [email protected]

Hari ini saya pamerkan gambar kiriman Jopeny Ulak.  Terung Tangkai Ungu hasil tanaman Jopeny Ulak sememangnya cantik dan kalau dilihatkan kilauannya, pasti enak rasanya.  Kalau sayalah, buah ini akan dihiris nipis dan dicicah sambal.

Nampaknya saya akan semai benih ni... tak mahu ketinggalan. :)

Terima kasih Jopeny kerana sudi berkongsi hasil tuaian.

Kompos Bahagian 11 Daripada 40

Nisbah C:N Yang Sesuai

Nah kita dah bercakap tentang pemakanan yang seimbang untuk tanaman. Macam berbincang tentang dietlah pulok. Kita nak tanaman sihatkan? Kenalah ikut petua ni? Dok kan kita aja nak comel. Tanaman pun biar comel jugok.

Oleh kerana nitrogen amat penting untuk membina protein, anda mungkin terlintas untuk gunakan bahan yang mempunyai nilai C:N yang paling rendah yang mungkin untuk membuat kompos. Pendapat ini mungkin dikukuhkan lagi kerana mikroorganisma (makhluk halus) yang membantu menguraikan kompos itu sendiri mempunyai nisbah C:N anda 4 hingga 9 (kita pun mempunyai nisbah yang serupa bia dikomposkan nanti, :P).

Walaupun begitu, sabar dulu. Bahan yang kaya dengan nitrogen tidak bagus untuk timbunan kompos kerana mengeluarkan bahan yang tidak elok untuk udara dalam timbunan kompos tersebut. Lagipun, bakteria dalam timbunan kompos tidak hanya perlukan nitrogen untuk terus membiak. Karbon juga diperlukan untuk di"bakar" atau kata orang sains, respirasi. 2/3 daripada karbon yang dibakar oleh bakteria dibebaskan sebagai karbon diksida.

Jadi, nisbah C:N yang sesuai adalah sekitar 30. Ingat ya, 30.

Bersambung esok, 6.30 pagi...

Isnin, 21 Oktober 2013

Benih Untuk Dijual -- Maman, Cleome gynandra

Maman terkenal di Pantai Timur.  Tanaman sayur ini digunakan untuk membuat Jeruk Maman.  Jeruk ini popular terutamanya di Bulan Ramadan.  1 pek mengandungi 50 biji benih secara purata.  5 pek benih dijual dengan harga RM10.  

Pokok Maman, Sumber:  Wikipedia 

Benih Mamam


Cara Memesan Benih 

------------------------------------
Posting asal 3 Julai 2013, posting semula 21 Oktober 2013

Tanaman Untuk Musim Hujan

Sekarang hujan mula turun hampir setiap hari.  Cuaca begini memang seronok jika berkebun di rumah kerana keadaan yang mendung tidak terlalu panas untuk aktiviti di luar rumah.  Pokok pun tidak perlu disiram selalu, cuma rumpai cepat naik.  Itu tiada masalah, boleh merumput seminggu sekali terutamanya hujung minggu.

Pokok apa yang sesuai ditanam kalau air bertakung?
Jika kawasan di rumah mempunyai air bertakung bila hujan, elok dibuat alur untuk alirkan air tersebut, atau gaul tanah dengan pasir.  Bagaimanapun, jika masa berkebun terhad, boleh ditanam dengan tanaman yang sesuai.  Tanam tumbuhan yang suka air.  Antara tanaman yang dimaksudkan termasuk maman dan kangkung.  Kesom, keladi dan kadok juga suka air, tapi saya tiada stok benih.

Kangkung tahan air bertakung.

Kesom yang mempunyai bau yang wangi pedas enak dijadikan ramuan makanan. Ia tahan air bertakung.


Ketika musim begini, kobis, sawi, terung, cili, tomato, timun -- semuanya akan tumbuh dengan subur.  Jadi, inilah masanya untuk menyemai.  Hanya pokok herba seperti rosemary yang tidak tahan dan mungkin akan diserang kulat.  Itupun jarang-jarang aja berlaku.

Hujan bukan alasan untuk tidak berkebun.  Seronok semain dengan tanah bila cuaca mendung.  Badan pun tidak terdedah kepada terik matahari.

Benih kangkung dan maman masih banyak dalam stok.  Boleh pesan melalui blog ini.


Ahad, 20 Oktober 2013

Gambar Hari Ini -- Kobis Merah

Kobis merah, cantik dibuat hiasan serta enak dimakan.

Kobis merah ini tahan panas dan membentuk bola walaupun di tanah rendah yang panas.  Saya gemar nama sebab rupanya yang merah dan seperti bunga besar begitu menonjol dan cantik dipandang.  Daun akan dituai satu satu supaya pokok akan terus tumbuh.  Puas hati tanam kobis.

Sabtu, 19 Oktober 2013

Benih Untuk Dijual -- Bendi Singa, benih F1, 979

Bendi singa menghasilkan buah yang lembut dan rangup dengan saiz yang lebih panjang dari bendi biasa.

Setiap pek mengandungi 5 benih, 5 pek benih dijual dengan harga RM10

Baka ini tahan penyakit, cepat membesar dan berbuah serta menghasilkan buah yang besar dan panjang tetapi lembut dengan warna hijau muda. 


Benih Bendi baka Singa (F1) 979


Bendi baka Singa


Cara Memesan Benih

------------------------------
Posting asal 5 Januari 2013
Posting semula 19 Oktober 2013

Benih Untuk Dijual -- Bendi Tempatan, benih OP

Bendi adalah antara sayur buah yang mudah ditanam yang sangat sesuai ditanam oleh rakan-rakan yang baru berkebun di rumah.  Buahnya yang muda dan segar enak dibuat ulam, dicelur dan dicicah sambal atau dimasak kari, gulai, atau digoreng.  Ada juga yang gunakan bendi untuk pekatkan sup.

Tanam 2 pokok untuk setiap ahli keluarga.

Baka ini tahan penyakit, cepat membesar dan berbuah serta menghasilkan buah yang kecil dan lembut dengan warna hijau tua. Bendi mudah dijaga, jangan ketinggalan.

Satu pek mengandungi 5 benih.  Lima pek benih bendi tempatan (OP) berharga RM10.00


Benih Bendi Tempatan
Selepas 8 minggu disemai, pokok bendi mula berbuah.



Cara Memesan Benih

------------------------------------------
Posting asal 5 Januari 2013
Posting baru 19 Oktober 2013

Benih Untuk Dijual -- Bendi Hijau Berbuah Lebat, 545



Bendi Hijau Berbuah Lebat  adalah pokok bendi hibrida yang menghasilkan buah berwarna hijau, dengan kulit licin.  Pokok bendi ini tahan panas serta tahan serangan penyakit dengan pertumbuhan yang galak.  Pokok berbuah lebat.  Tanam 2 pokok untuk setiap keluarga yang makan bendi.
Setiap pek mengandungi 5 benih, dijual dengan harga RM2.

Tuaian bendi hijau dan cili kerinting.

Cara Memesan Benih

Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]

-----------------------------------
Posting asal 9 Julai 2013
Posting semula 19 Oktober 2013

Benih Untuk Dijual -- Bendi Putih Laut Selatan



Bendi Putih Laut Selatan adalah pokok bendi yang menghasilkan buah berwarna hijau muda dengan bentuk segi 5 atau 6.  Pokok bendi ini tahan panas dengan pertumbuhan yang galak.  Pokok juga menghasilkan banyak cabang serta berbuah lebat.  Tanam 2 pokok untuk setiap keluarga yang makan bendi.
Setiap pek mengandungi 5 benih, dijual dengan harga RM2.

Bendi putih laut selatan.



Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]

------------------------------------
Posting asal 9 Julai 2013, posting semula 19 Oktober 2013