Ada berbagai jenis plum yang dijual di negara kita. Ada yang bersaiz kecil sebesar tomato
sederhana dan ada yang besar sebesar buah mangga. Buah plum yang ranum manis rasanya dengan
satu biji benih berkulit keras (seperti cangkerang). Plum jenis Asia lazimnya bersaiz besar. Jika dipangkas selalu, pokok plum boleh
dikekalkan kecil. Jika tinggal di
kawasan perumahan dengan kawasan tanah atau ruang yang terhad, boleh tanam
dalam pasu besar.
![]() |
Anak pokok plum |
Lokasi
Tanam pokok plum mdan letakkan di tempat yang menerima
cahaya matahari sepenuhnya. Plum boleh ditanam di kawasan tanah rendah.
Menanam
Sebelum menanam, gaulkan baja organik (tinja ayam) denagn
tanah yang elok salirannya dan biarkan baja mereput, iaitu kira-kira 1 hingga 2
minggu.
Tanam semaian pokok plum dengan mengeluarkan semaian
daripada bekas semaian ke atas tanah atau pasu besar.
Jika tanam di kawasan yang luas, jarakkan 5 meter antara
pokok. Jika tanam baka renek, jarakkan kira-kira 2 meter antara pokok.
Selepas menanam, tutup permukaan tanah sekeliling teduhan
daun dengan sungkup kompos setebal 5 cm. Tambah sungkup kompos setiap 3 bulan.
Penjagaan
Di peringkat awal, siram pokok sekurang-kurangnya 2 hari
sekali atau 5 cm air seminggu. Pangkas ranting
mati atau ranting yang diserang penyakit.
Merumput apabila perlu.
Apabila putik buah keluar, di peringkat awal cubit buang
buah yang cela atau cacat dan biarkan buah yang subur sahaja iaitu 2 atau 3
biji setangkai.
Tuai
Buah sedia dipetik apabila ia budah luruh bila buah dipulas
dari tangkai. Jika buah lemau dan luruh,
kutip dan bakar untuk mengelakkan serangga perosak misalnya, lalat buah daripada membiak.
Penyakit
Pokok mudah diserang penyakit kulat. Pastikan aliran udara elok dan air tidak
bertakung.
Dimana saya nak beli pokok plum ini
BalasPadamSaya sendiri baru mula menyemai. Mungkin dalam 3 hingga 6 bulan lagi sedia untuk dijual. Mungkin ada dijual di nurseri.
PadamBerapa tahun baru berbuah?
BalasPadamBergantung pada baka. Ada yang kata 4 tahun, tapi saya sendiri tak pasti jangkamasa yang sebenar.
PadamSaya tempah satu pokok Yer tuan
BalasPadamInsyaAllah, tapi saya kena semai dulu. :)
PadamSaya berminat ingin beli anak pokok plum.Dimana saya boleh tempah?
BalasPadamSaya nak beli pokok plum Di mana
BalasPadamDimana boleh dapat benih?. Sesiapa yang ada menjual benih, boleh wasap saya di talian 0107973971
BalasPadam