Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 16 Januari 2014

Resepi -- Nasi Moringa

Nasi Moringa, berkhasiat.

Semua bahagian pokok moringa berkhasiat. Daunnya mengandungi semua asid amino perlu yang diperlukan badan untuk membina pertumbuhan badan. Alangkah ruginya jika tidak dimanfaatkan. Nasi moringga elok dihidangkan bersama lauk. Ia mudah dimasak.




Bahan-bahan
3 cawan beras
3 cawan air (3 ¼ cawan jika sukakan nasi yang lebih lembut)
1∕3 cawan daun moringa
1 sudu teh garam

Cara-caranya
1. Basuh beras.
2. Basuh daun moringa dan kisar bersama 1 cawan air.
3. Masak nasi dengan air moringa dan lebihan air (2 cawan atau 2 ¼ cawan air untuk nasi yang lembut) bersama 1 sudu teh garam.
Campuran moringa dan beras sebelum dimasak.


-------------------------------------------
Posting asal 9 September 2013,
Posting semula 16 Januari 2014

5 ulasan:

  1. Bismillahi maa syaa Allah. Jazakumullah chef dan En Is for sharing this much sought after yummulicious power house recipe. Moringa ni memang cost d bomb kat sana . kwn saya dari UK jugak mintak ajarkan masak nasik moringa ni. Dia nampak nasik moringa yg Isteri En Is ajar pada Kendra. Saya sudah merasa nasik yg sedap ni di masak oleh Kendra last wknd.Saya akan masak nasik moringa ni bila sampai Berlin nanti. Adoilah adik mintak onde2 moringa pulak bila tahu kebaikan/khasiat moringa . Bolehlah saya keringkan daun moringa utk bawak kesana sblm dapat makan yg akan ditanam dari benih bijik moringa dari En Is.Semoga moringa dpt hidup diBerlin da keluarga serta kwn2 disana dpt merasa jugak.Moringa ni hold sentimental value in our family. Arwah nenek suka masak telur dadar moringa masa kami kecik2 dulu.

    BalasPadam