Ahad, 8 September 2013

Menyemai Benih

Kedalaman benih yang disemai mempengaruhi percambahan. Jika benih disemai terlalu dalam, benih tersebut tidak dapat bercambah dengan elok. Benih mungkin tidak bercambah kerana kekurangan udara iaitu oksigen.  Proses percambahan perlukan oksigen. Ada pula cambahan mungkin bantut kerana ia terpaksa menggunakan terlalu banyak tenaga untuk keluar tunas ke permukaan tanah.

Jika benih disemai terlalu cetek, ada kemungkinan benih tidak mendapat air yang cukup iaitu apabila anda tidak siram dengan sekata.

Secara asasnya, semai benih sedalam 4 kali ganda garispusat benih jika berada di kawasan yang panas.  Pastikan semua benih disemai dengan kedalaman yang sekata supaya percambahan semua benih sekata.

-------------------
Posting hari ini dipetik dari ebook "Boleh Semai Terus"
Ebook dalam format PDF
Satu salinan, RM10.  SMS 0175009364 untuk dapatkan ebook tersebut.

1 ulasan:

  1. AsSalam En.Is. Sy ade rendam benih hgga lbh dr 1hr. Hgga benih tersebut keluar tunasnya. Adakah boleh? Slps itu sy terus semai ke dlm bekas semaian. Sy bbuat begitu krn kdg2 semaian mati dlm tanah semaian.. Hasil semaian yg m'jd spt benih Sweet Pea & Radish..

    BalasPadam