![]() |
Cara yang lazim diamalkan untuk menguji samada lenggai bendi masih lembut. |
Jika membeli bendi di pasar, selepas diuji begini biasanya buah bendi yang tidak dipilih tidak akan terjual kerana buah bendi telah rosak. Amalan begini kurang elok kerana peniaga tidak lagi dapat menjual buah tersebut kerana tidak lagi kelihatan menarik sedangkan lenggai yang liat masih berguna, misalnya biji bendi tersebut dikeluarkan dan dimasak sebagaimana masakan kacang pea. Rasanyanya pun enak dan biji bendi kaya dengan protein.
Untuk memilih bendi yang masih lembut tanpa merosakkan buah bendi, ikut kaedah berikut.
Perhatikan pangkal bendi. Jika tangkai bendi masih padat, lenggai bendi masih lembut.
![]() |
Bendi yang masih lembut mempunyai tangkai dengan isi penuh (padat) |
Jika tangkai bendi ada rongga, lenggai bendi dah liat.
![]() |
Bendi yang liat mempunyai tangkai berongga dan kurang padat. |
Dapatkan cara menanam serta petua tentang bendi dari buku "Mudahnya Tanam Bendi" terbitan Venton Publishing. Buku akan berada di pasaran tidak lama lagi.
-------------------------
Benih bendi masih ada stok. Dapatkan sekarang.
Info yg sgt berguna. Terima kasih tuan tanah
BalasPadamSama-sama.
PadamSalam En. Is,
BalasPadamPetua yang cukup baik. Mudahlah kita pilih bendi kat kedai tanpa merosakkannya,
Waalaikum salam Ummu Madihah,
PadamGembira dapat berkongsi petua ini.
Salam En Is,
BalasPadamPetua yg pertama tu saya selalu gunakan untuk menentukan bendi yg lembut yg kedua tu sesuatu yg baru bagi saya. Nanti saya emailkan gambar bendi benih dari tanam sendiri.
Waalaikum salam,
Padam:)