Rabu, 11 September 2013

Cara Menanam Pokok Tonkin Jasmine Menggunakan Keratan

Pokok tonkin jasmine disemai menggunakan keratan batang. Jika anda mempunyai induk keratan batang, tarik batang pokok dan timbus sebahagian dengan tanah. Selepas 2 minggu, kerata bahagian yang berakar dan semai ke dalam bekas semaian. Cara ini paling mudah. Bagaimanapun keratan yang berakar terlalu manja dan mudah rosak jika dialih. Saya ada cuba semaian menggunakan keratan berakar, ia menjadi layu selepas dialih. Ini mungkin kerana apabila akar dialih, sebahagiannya rosak dan gagal menyerap air, akibatnya pokok mati kehausan. Jadi lebih mudah jika menyemai keratan tanpa akar. Dari pengalaman saya, kadar kejayaan menggunakan keratan tanpa akar ialah 60%. Iaitu dari 20 yang saya cuba, 12 anak pokok berjaya dihasilkan.

Jika anda memesan keratan daripada tanamsendiri.com, anda akan mendapat keratan yang begini.

Keratan pokok bunga tonkin jasmine.

Isikan tanah semaian di dalam bekas semaian atau pasu dengan diameter 14 cm (~5.5 inci). Isikan dengan tanah semaian atau topsoil yang digaul dengan pasir dan baja tinja ayam (nisbah 2:1:1).   Buat alur sedalam 2.5 cm (1 inci) dengan jarak panjang sedikit daripada ukuran keratan.

Tanam keratan di dalam secara melintang dengan daun keluar sebagaimana dalam gambar berikut.  Sembur dengan air untuk lembapkan tanah.   Letakkan semaian di tempat cerah tetapi tidak terkena panas terik.  Akar akan tumbuh dalam masa 2 minggu.

Tanam keratan dengan kedudukan melintang.


Keratan yang telah ditanam.


Jangan semai secara mencacang. Keratan akan layu dalam masa 2 hari dan mati.


Cara semaian keratan yang salah.


Gambar berikut menunjukkan anak pokok bunga tonkin jasmine yang berjaya disemai.

Anak pokok bunga tonkin jasmine yang berjaya disemai dari keratan.


Pokok bunga tonkin jasmine yang matang ditunjukkan dalam gambar berikut.  Pokok ini telah menghasilkan bunga yang banyak. Tuaian boleh dibuat selepas 12 minggu disemai.

Pokok bunga tonkin jasmine.



Bunga tonkin jasmine mempunyai aroma bunga jasmine, mempunyai rasa yang enak serta rangup jiika dimakan sebagai ulam dan salad. Ia juga enak dijadikan ramuan telur dadar, digoreng bersama bawang putih, dan dibuat sup.



Bunga tonkin jasmine yang telah dituai.


 -------------------------------
Apa? Keratan pokok tonkin jasmin.
Guna? Semaian pokok tonkin jasmine.
Mana nak dapat keratan? Boleh pesan dari blog ini.
Harga? 1 set 5 keratan harganya RM10. Tambah RM10 bagi setiap pesanan untuk kendalian poslaju.
Bagaimana nak beli? SMS 0175009364 atau emel [email protected]

11 ulasan:

  1. En Is. Benih ni ada stok tak?
    -Terung giant naga
    -Kapsikum merah
    -Tembikai susu honey dew
    -Tomato OP

    BalasPadam
  2. Salam En. Is,
    bunga matahari,
    mulberi
    pokok halau nyamuk dah antar ke?
    sy da bank in ke acc maybank en is
    zubair

    BalasPadam
  3. Slm. Bminat nk beli n tanam. Apa persediaan yg perlu utk pokok ini, tanah yg sesuah, pasu besar mana, ...etc

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasu, dan tanah semaian (growmix). Saya gunakan pasu kecil dengan bukaan 5.5 inci.

      Padam
  4. Adakah tumbuhan ini perlukan support/pencacang?

    BalasPadam