Bila menanam pokok mentimun, petola, labu serta lain-lain
pokok yang menjalar, kebiasaannya bila tiba musim hujan, kekabuh timun akan
menyerang. Kekabuh ini mempunyai saiz
kekabuh kura-kura (ladybird). Ia akan
menyerang pokok yang lemah.
Semalam saya telah memangkas daun dan ranting pokok timun
susu. Cecair yang dirembeskan oleh
tanaman untuk mengubat luka tempat dipangkas telah menarik perhatian kekabuh timun. Akibatnya, pagi
tadi beberapa ekor kekabuh timun telah singgah di pokok timun susu. Sebahagian daripada daun pokok timun susu
telah rosak dimakan kekabuh timun.
Daun timun susu rosak dimakan kekabuh timun. |
Untuk mengelakkan daripada serangan yang teruk, saya telah
ambil keputusan untuk memusnahkan sebahagian daripada kekabuh tersebut. Saya
pilih awal pagi kerana ketika itu suhu masih rendah dan kekabuh timun kurang
aktif pada suhu yang rendah. Walaupun
begitu, masih sukar untuk menangkap kekabuh timun menggunakan tangan.
Jadi saya perhatikan pergerakan kekabuh tersebut. Oleh kerana kekabuh timun mempunyai 2 set
sayap, ia tidak dapat terbang dengan segera.
Sayap luar yang keras berwarna oren adalah pelindung sayap sebenar. Ia tidak dapat terbang menggunakan pasangan sayap tersebut. Sayap yang digunakan untuk terbang berada di bawah sayap pelindung. Apabila terganggu, kekabuh timun akan terjun dan membuka sayap pelindung. Selepas itu baru ia dapat terbang menggunakan
pasangan sayap di sebelah dalam. Pergerakan kekabuh timun ketika ingin terbang
adalah seperti di dalam ilustrasi di bawah.
![]() |
Laluan kekabuh timun ketika terbang untuk melepaskan diri daripada bahaya. |
Untuk menangkap kekabuh timun, saya boleh sekat di laluan tersebut, iaitu dengan menadah bekas di
bawah kedudukan kekabuh. Jadi apabila ia
terjun, kekabuh timun akan terperangkap di dalam bekas yang ditadah. Ilustrasi berikut menunjukkan kedudukan bekas
yang digunakan untuk memerangkap kekabuh timun.
![]() |
Bekas diletakkan pada laluan kekabuh timun ketika membuat penerbangan kecemasan untuk melepaskan diri. |
Untuk pastikan kekabuh timun yang terjun terjatuh ke dalam bekas tidak
dapat melepaskan diri, saya gunakan larutan minyak masak dan cecair pencuci
pinggan. Larutan tersebut akan
menyebabkan kekabuh timun tidak dapat bernafas dan mati lemas.
Saya gunakan cawan pakai buang sebagai bekas perangkap. Rumusan cecair perangkap ialah setengah cawan air, 1 sudu teh minyak masak dan 1 sudu besar cecair pencuci pinggan. Saya letakkan cawan di bawah kekabuh
timun sebagaimana gambar berikut.
Cawan perangkap diletakkan di bawah kekabuh timun yang ingin dihapuskan. |
Kemudian saya kuis kebabuh timun dengan jari. Kekabuh terjun untuk melepaskan
diri. Ia terperangkap di dalam cawan dan
mati lemas. Lihatlah sendiri hasil tangkapan pagi ini.
Kekabuh timun yang terperangkap di dalam cawan berisi larutan minyak masak dan pencuci pinggan. |
Saya tidak membunuh semua kekabuh timun. Saya biarkan sebahagian terbang kerana ia mungkin membantu pendebungaan pokok timun.
memang kekabuh menjadi masalah kalau menanam timun sampai dah putus asa dah .....terima kasih En is nanti saya cuba.....
BalasPadamSaya letakkan link ke blog Cik Att dalam posting tomato ceri. Ia lebih sesuai dalam posting Tomato Ceri. Terima kasih Cik Att.
BalasPadamPosting Tomato Ceri