Selasa, 27 Ogos 2013

Tuaian Hari Ini - Bayam Putih Daun Bulat

Tuaian hari ini adalah daun bulat yang mempunyai daun bulat (bujur sedikit) dengan warna hijau muda.   Daun mempunya rasa "nutty" yang enak dibuat ulam jika dituai segar.  Bayam ini dituai dan dimasak (rencah dalam makaroni goreng) dalam masa 20 minit.  Oleh kerana dimasak segar, rasanyanya sangat enak.  Saya tak sangka daun bayam mempunyai rasa seenak ini apabila digoreng seperti mee goreng (makaroni goreng).

Benih bayam ini ada dijual dalam set (Set Bayam, RM30 satu set) dan secara berasingan (RM2 satu pek).  Pertumbuhan bayam ini sangat galak, jika serasi dapat dituai dalam masa satu bulan.  Bayam yang saya tanam ini amat subur sehingga daunnya mencecah 8 inci (20 cm) sehelai.

Berbaloi tanam.




1 ulasan: