Dalam banyak-banyak nutrien, sebatian Nitrogen adalah unsur
yang paling berguna kepada tumbuhan. Ia
membantu pertumbuhan batang dan daun tanaman.
Nitrogn membantu tumbuhan
menghasilkan daun yang hijau. Fosforus
pula merangsang pertumbuhan akar, bunga serta pembentukan benih. Kalium membantu tumbuhan melawan penyakit
serta mengukuhkan tanaman. Sebenarnya,
cara nutrien berfungsi adalah jauh lebih rumit dan saling berkait. Apa yang saya nyatakan adalah secara ringkas
sahaja.
Secara kasar, nisbah nutrien dalam baja membantu anda
memilih jenis baja tanaman. Misalnya
tanaman sayur daun memerlukan nisbah nitrogen yang lebih tinggi, tanaman
berbunga atau buah memerlukan nisbah fosforus yang lebih tinggi.
Jumlah jisim sebenar nutrien N, P dan K boleh ditentukan
dengan menggunakan gred sebagai panduan.
Misalnya 1 kilo baja 10-4-3 mengandungi 100g Nitrogen, 40g fosforus dan
30g kalium. Ketika memilih baja yang
sesuai, rujuk kepada maklumat yang diberikan pada pebungkus baja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan