Anda perlukan bekas sedalam 15 hingga 30 cm (6 hingga 12
inci).
Isikan bekas dengan tanah atas
(topsoil) yang digaul dengan baja tinja ayam atau kambing dan pasir dengan
kadar nisbah 2:1:1. Siram dengan air dan
biarkan baja mereput selama 1 hingga 2 minggu.
Gunakan pancang kayu lurus sepanjang 60 cm (2 kaki) sebagai
penyokong batang pokok. Cucuk di tengah
bekas. Pastikan kedudukan pancang teguh
tapi jangan mampatkan tanah.
Sementara itu, semai benih roselle. Untuk menyemai, ikut langkah berikut.
Rendam benih dalam air suam iaitu 40 darjah C selama 2
hingga 8 jam.
Untuk semai isi bekas
semaian dengan tanah semaian, atau gaulkan 1 bahagian tanah atas dengan 2
bahagian humus atau sabut.
Sembur dengan
air untuk lembapkan tanah semaian.
Kemudian dengan menggunakan hujung pensel atau kayu penyepit, buat
lubang sedalam 3 cm.
Jarakkan antara
lubang kira-kira 8 cm (3 inci). Letakkan
1 hingga 2 benih dalam satu lubang.
Tutup lubang dengan tanah yang ringan atau humus.
Tutup dengan plastik dan letak di tempat
terang. Benih akan bercambah dalam masa
2 hingga 7 hari.
Apabila benih benih
bercambah, buka penutup plastik.
Kekalkan kelembapan dengan tanah semaian dengan menggunakan
semburan yang halus.
Apabila empat helai
daun tumbuh, alih cambahan ke dalam bekas yang disediakan.
Buat lubang sedalam 5 cm (2 inci). Jika terdapat 2 pokok
dalam satu lubang, gunting batang pokok yang lemah. Pilih pokok yang kukuh sahaja.
Masukkan cambahan (pastikan akar tidak
terusik) ke dalam lubang dan tutup lubang tanpa memampatkan tanah. Pertumbuhan akan galak selepas 2 minggu ke 2. Jika tiada perubahan dalam masa 2 minggu,
alih bekas ke tempat yang lebih sesuai.
Siram setiap hari di sebelah pagi untuk lembapkan
tanah. Jangan siram terlalu banyak
sehingga air bertakung.
Mula membaja
menggunakan baja organik selepas 2 minggu pokok dialih. Jika ingin gunakan baja kimia, gunakan baja
NPK dan baja urea. Ikut sukatan pada
bekas baja. Baja setiap 3 hari.
Apabila pokok tumbuh setinggi 30 cm (1 kaki),
ikat secara longgar ke pancang sebagai sokongan.
Pokok akan mula berbunga selepas 6 hingga 8 minggu dialih.
Pokok akan dapat dituai selepas 12 minggu disemai (10 minggu
dialih).
Pokok roselle yang ditanam dalam pasu sedang berbuah. |
pokok roselle i dah dekat 3 bulan, tak nak berbuah, daun aje lebat. ada idea?
BalasPadamKalau 3 bulan, itu dah 12 minggu. Sepatutnya dah dapat tuai. Menarik ni. Mungkin Alice boleh jelaskan cara penjagaan yang Alice gunakan. Maksud saya, jenis tanah, baja dan lain lain.Lain
Padamlain
tanah campuran, tanah baja, tanah kuning, tanah hitam. pasunya tak cukup besar ke? biasanya siram dengan teh kompos, kadang kala letak sisa blend apple. saya pun confuse. ada orang kata, kena tunggu 6 bulan
BalasPadamDari pengalaman saya, exactly 12 minggu dapat tuaian pertama.
PadamAdakah benih yang Alice guna diperolehi dari tanamsendiri.com?
tidak, daripada kawan :)
BalasPadamMungkin baka tersebut ambil masa 6 bulan. Baka tanamsendiri dapat dituai exactly 12 minggu.
PadamPasu yg besar mane boleh muat pokok roselle ni bila dah besar sebb bila saya tgk rosella yg di tanam di atas tanah pokoknye agak besar dn melebar batangye
BalasPadamLebih besar pasu, lebih besar pokok tumbuh.
Padamklaw sye nk alih pokok nie bole x??sbb tuan rumah lame tanam pokok nie xbape kemas la..pokok sye dlam ukuran 2kaki setengah n tdak menggunakan sokongan..ad dlam 5pokok..sedang rancak berbuah..
BalasPadamJika sedang berbuah, kurang elok dialih.
Padampokok roselle saya dh masuk 10 minggu masih x berbuah.....tapi daun makin banyak tumbuh....adakah cuaca memainkan peranan dlm hal ini....sebab saya letak di kawasan kurang cahaya matahari...
BalasPadamJika pokok subur, tiada masalah. Tunggu dengan sabar.
PadamBoleh tak tanam 2 pokok rosella satu pasu..adakah pertumbuhannya ok..saya guna tanah peroi cmpur tanah merah pasir dn baja tahi ayam
BalasPadamBoleh tak rosell ni di tanam menggunakan kaedah keratan batang??
BalasPadamBoleh.. saya dah cuba tak sangka bertunas...
PadamSalam. Ada jual biji benih atau anak pokok roselle x? (prefer anak pokok). Sy baru nak usahakan business roselle. Tanah sudah ada. Perlukan dalam 500 pokok. Minta quote harga ye. Kedai/ rumah area mana ye? Kalau biji benih, berapa hari ye ready untuk dialihkan ke tanah yg luas?
BalasPadamAnything minta tolong whatsapp sy ye: 013-4043181 (najwa). Terima kasih
Pokok Rosella saya berbunga/ berbuah tetapi tak lekat... Selalu gugur.... Bagaimana nak atasi?
BalasPadamAssalamualaikum..camana cara saya nak beli benih? Terima.kasih..
BalasPadamBenih Rosel ada tak??
BalasPadamBenih Rosel ada tak??
BalasPadamSusah nak dapatkan benih Roselle. Wassap 017-436 3649. Benih Segar Dari ladang. Benih ja. Pokok semaian dalam proses.
BalasPadamKeñapa pokok rosale saya xberbuah
BalasPadamKeñapa pokok rosale saya xberbuah
BalasPadampkok sya ada buah tp x mmbesar..ktinggian dalam 5kaki dah.. lamanya tggu.. nk makan.. satu lg ada serangga perosak mcmana nk atasi.. jenis racun..
BalasPadamSaya tolong jawab.. Serangga biasanya saya asapkan dgn bakar sampah kwsn berdekatan.. Ataupun letak pokok bunga tahi ayam/marigold. Serangga x minat bau dia.
BalasPadamSaya tolong jawab.. Serangga biasanya saya asapkan dgn bakar sampah kwsn berdekatan.. Ataupun letak pokok bunga tahi ayam/marigold. Serangga x minat bau dia.
BalasPadamnak tnya nk letak baja npk utk rossell ni guna nisbah berapa ye 16 16 17 atau 15 15 15
BalasPadamBenih Roselle 1
BalasPadamAskum admin nak tanya kalau daunnya macam layu je lengkung ke bawah sebab apa ye kurang cahaya ke. Sebab pokok yang dekat cahaya matahari terik elok je. Sat pokok teduh sikit tempatnye.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalamualaikum.
BalasPadamMenjual anak pokok roselle serendah RM7.00
Berminat wasap
019-203.5395
D mana nk dapat benih roselle
BalasPadamSalam...
BalasPadamBila boleh petik bunga roselle ni
Salam
BalasPadamBile boleh petik bunga roselleni