Anda perlukan bekas sedalam 20 hingga 30 cm (8 hingga 12
inci). Isikan bekas dengan tanah atas
(topsoil) yang digaul dengan baja tinja ayam atau kambing dan pasir dengan
kadar nisbah 2:1:1. Siram dengan air dan
biarkan baja mereput selama 1 hingga 2 minggu.
Gunakan pancang kayu sepanjang 1 hingga 1.5 meter (4 hingga
5 kaki). Cucuk di tengah bekas sebagai
tempat pokok kacang memanjat. Pastikan
kedudukan pancang teguh tapi jangan mampatkan tanah.
Dengan menggunakan hujung pensel atau kayu penyepit, buat lubang sedalam 3 cm (lebih kurang 1
inci). Buat beberapa lubang dengan jarak
10 cm. Jika guna pasu seeloknya buat 3
atau 4 lubang.
Masukkan benih dan timbus lubang. Siram degan menggunakan aliran air yang
lembut supaya benih tidak dibawa air.
Letakkan bekas di tempat yang kena cahaya matahari.
Siram setiap hari untuk lembapkan tanah. Jangan siram terlalu banyak sehingga air
bertakung. Benih akan bercambah dalam
masa 3 hingga 7 hari. Bila ada 4 helai
daun, mula membaja menggunakan baja organik 2 minggu sekali. Jika ingin gunakan baja kimia, gunakan baja
NPK dan baja urea. Ikut sukatan pada
bekas baja. Baja setiap 3 hari.
Pokok akan dapat dituai selepas 6 minggu pokok disemai.
![]() |
Pokok kacang panjang dalam pasu. |
------------------------------------------
Posting asal 12 Ogos 2013
Posting semula 10 November 2013
bagus idea ni
BalasPadamcik is ada jual tak kacang buncis renek?
BalasPadamTiada.
PadamAda
Padamsemua jenis kacang panjang boleh tanah dalam pasukah?
BalasPadamYa. Semua jenis kacang panjang boleh ditanam dalam pasu.
PadamYa. Semua jenis kacang panjang boleh ditanam dalam pasu.
Padamboleh ke kacang buncis di tanam dgn teknik begini juga?
BalasPadamYa boleh.
Padammacam mana kalau menggunakan tanah kompos?
BalasPadamkat mana nak cari benih kacang renik ni
BalasPadamDimana nk dapatkan benih kacang renik...
BalasPadamBaru nk cuba
BalasPadamHai sis. Saya semai dlm bekas semain. Agak2 brp hari kemudian baru boleh pindah ke pasu? Dan satu pasu brp biji boleh sya tanam?
BalasPadam