Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 18 Ogos 2013

Soalan Pengunjung -- Bayam Merah Boleh Tak Dapat Daun Sebesar Ini?

Bayam dengan saiz daun yang besar.

Ada pengunjung bertanya, bayam merah yang baru diterima benihnya (benih kongsi) boleh tak hasilkan bayam subur dengan daun sebesar ini?

Dari pengalaman saya, untuk dapatkan bayam dengan saiz yang besar, kita perlu tahu tabiat baka tersebut dan manfaatkannya.  Selain dari air dan baja, cahaya juga memainkan peranan yang penting.  Misalnya, bayam putih daun bulat nakkan cahaya sebanyak mungkin.  lebih banyak cahaya, daunnya lebih besar.  Bayam hijau daun panjang pula tidak mahu cahaya yang penuhnya, cukup sekadar 80%.  Jadi jika ditanam di tempat teduh, baru ia tumbuh dengan cepat dengan saiz yang besar.

Bayam merah yang saya edar sebagai benih kongsi adalah benih baru dan saya belum berpeluang menyemainya.  Pada pendapat saya, ia boleh besar, cuma kita perlu tahu tabiat baka tersebut dan manfaatkannya untuk dapatkan tuaian yang bersaiz besar.

1 ulasan:

  1. Salam tuan... saya perasan ada kutu warna putih pada akar sayur bayam yang saya tanam... macamana nak elakkan penyakit ini ya?

    BalasPadam