Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 26 Ogos 2013

Serangan Makhluk Perosak

Ada yang bertanya, "Macamana En. Iskandar menjaga tanaman supaya tidak diserang makhluk perosak?  Timun susu yang subur tanpa serangan kekabuh mentimun, bayam yang besar daunnya tanpa dimakan belalang, dan rosel yang tidak dimakan kepinding."

Bukankah saya menanam secara organik tanpa menggunakan racun, mana mungkin tiada makhluk perosak berkunjung.  Sebenarnya ada makhluk perosa berkunjung.  Tapi selepas dijamah sedikit, ia akan berkunjug ke laman orang lain.  Apakah rahsianya?

Sebenarnya tiada rahsia.  Tanaman seperti kita juga, iaitu benda hidup.  Jika kita sihat, sukar nak kena penyakit.  Hanya badan yang lemah sahaja mudah diserang penyakit.  Begitu juga dengan tanaman.  Lazimnya pokok yang lemah sahaja diserang penyakit.  Ketika sakit, barulah makhluk perosak seperti kekabuh timun, belalang, dan kepinding datang menyerang.

Jika tanaman sihat, mungkin ada makhluk perosak yang cuba memakan daun.  Selepas memakan sedikit ia akan terbang ke tempat lain mencari tanaman yang lemah.  Jadi, satu daripada cara yang elok untuk menghindar tanaman dari  diserang penyakit atau makhluk perosak ialah kekalkan kesuburan tanaman.

Untuk kekalkan kesuburan tanaman, anda perlu kekalkan kesuburan tanah.  Ya, tanah biar hidup.  Semua ini hanya mungkin jika anda amalkan kaedah penanaman secara organik.  Untuk pastikan serangga perosak tidak cuba mendekati tanaman, tanamlah tanaman yang mengeluarkan bau yang enakutkan makhluk perosak, misalnya basil, kesom, dan lain-lain pokok herba.
  
Pokok timun susu, ada daun yang dimakan kekabuh timun (lihat daun di latar depan gambar), tetapi selepas memakan sedikit kekabh timun terbang ke tempat lain.



Pokok bayam dengan sisi daun cela dimakan belalang.  Selepas memakan sedikit, belalang terbang ke tempat lain.


Pokok roselle dengan sisi daun cela dimakan belalang.  Daun hanya dimakan sedikit sahaja.

Jadi, langkah pertama untuk elakkan tanaman diserang makhluk perosak, pastikan tanaman tersebut subur!  Mudah kan?

3 ulasan:

  1. Salam Tuan Iskandar..,tuan masih jual lagi tak tanah untuk semaian?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Ya, tanah semaian masih ada stok.

      Padam
  2. saya punya pokok morning glory tgh lah berbunga lebat, setelah menunggu dalam lebih kurang 4 bulan, sayang sungguh hari ni dah dicantas habis sampai tinggal sikit jer dgn harapan akan tumbuh balik, pokok ni kene serangan makhluk perosak, bena putih dan hijau.

    BalasPadam