Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 26 Ogos 2013

Rojak Kateh, Ramai Tak Berani Cuba Sebab Namanya

Rojak Kateh, enak jika berani cuba.
Bila pulang ke kampung (Kemaman, terengganu) satu dari aktiviti kami ialah makan.  Bukan, satu sebenarnya.... ia aktiviti utama.  Nasi dagang, nasi minyak, satar, pulut panggang, keropok lekor, semuanya kemestian.
Semalam, cari rojak kateh.  Kateh dalam logahta pantai timur bermaksud kaki.  Rojak ini mengandungi bahagian kaki yang tidak lagi digunakan dalam masakan biasa dimasak dalam cuka, lada, manisan sehingga lembut.  Bahagian seperti tendon, keting, dan urat dimasak lama sehingga lembut.
Satu plastik kecil dijual dengan harga RM1.50 di Pasar Cukai.  Murah.  Kali ini ambil 10 pek aja.  Bila rasa, kuah perfect.  Bahagian ketulan daging ada yang liat.  Jadi saya masukkan dalam periuk tekanan dan masak lima minit selepas mendidih.
Hasilnya, isi yang lembut dengan kuah yang sempurna; manis, masam dan pedas.  Biasanya kami di rumah buat rojak ni, menggunakan bahan yang telah diproses dari pasar borong.  Bahan-bahan yang kami guna, keting, perut dan daging berurat.  Untuk kuah, cili giling, cuka asli, dan gula melaka.

5 ulasan:

  1. favorit ambe ni En Iskandar, makan pulok dengan kepok lekor rebus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nmpk sdp sgt ni En Is, klu ado jual cni bleh try.

      Padam
    2. Lembah Kelang saya tak pernah nampak.

      Padam
  2. Untuk letakkan iklan sila hubungi pemilik blog.

    BalasPadam