Sabtu, 3 Ogos 2013

Gambar Hari Ini -- Cili Padi


Cili padi, dengan buah yang sedia untuk dituai.

Menanam cili padi ada banyak cabarannya.  Cabaran utama yang dihadapi ialah serangan makhluk perosak.  Dari pengalaman saya, memang sukar nak elakkan serangan makhluk perosak.  Bagaimanapun jika menanam secara organik, kita boleh manfaatkan keseimbangan komuniti dalam kebun di rumah.  Jika ada makhluk perosak, tidak lama lagi pemangsa makhluk perosak akan bertandang dan memakannya.  Yang penting, keseimbangan komuniti tersebut tidak diganggu.  Lagipun makhluk perosak lazimnya tidak menyerang pokok yang sihat.  Hanya pokok yang lemah mnjadi mangsa.

Jadi, pastikan pokok sihat, dan kekalkan keseimbangan komuniti kebun di rumah.  Untuk hasilkan pokok dengan buah yang lebat, fahami tabii tanaman tersebut dan manfaatkannya.  Bagaimana ya?  Sebenarnya dah banyak saya ceritakan dalam blog ini, cuma maklumatnya secara cebisan, di sana sedikit, di sini sedikit.

Untuk maklumat yang lebih tersusun, saya sedang fikir fikir untuk kompilkan dalam bentuk ebook.


-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau
email [email protected] atau [email protected]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan