Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 3 Ogos 2013

Cara Untuk Elakkan Pokok Mati Kehausan

Masalah bila tanam sendiri kalau nak tinggalkan rumah lama daripada biasa.  Risau kerana bimbang pokok akan mati kehausan. Sebelum raya tahun lepas saya ada posting cadangan untuk tangani masalah tersebut.  Artikel ini diambil dari posting tersebut.

--------------------
Satu kelemahan aktiviti berkebun di rumah ialah apabila cuti tahap ialah kerisauan tentang tanaman yang ditinggalkan tidak dijaga.   Aktiviti berkebun di rumah  sepatutnnya menggembirakan serta mengurangkan stress, tetapi bila ada musim cuti perayaan stress rakan-rakan yang berkebun di rumah  meningkat terutamanya mereka yang akan balik kampung.

Berikut adalah cadangan penyelesaian kepada masalah pokok mati kekeringan.

1. Minta bantuan jiran yang boleh dipercayai yang tidak pulang beraya, atau  

2. Pasangkan sistem titis (drip) yang menggunakan timer dengan kuasa bateri. Timer tersebut mengandungi injap untuk mengawal aliran air.  Waktu siraman serta jangka masa air mengalir boleh dikawal menggunakan timer tersebut.  Tapi kena pastikan sistem tersebut tersorok kerana timer tersebut mahal harganya dan akan menarik minat pencuri. Atau

Timer yang digunakan untuk mengawal injap aliran air.
3. Cara yang lebih murah ialah gunakan gel kristal penyimpan air.  Gel ini ada dijual di kedai nurseri, DIY atau di bahagian Gardening di Pasaraya.  Ada gel yang dijual mempunyai warna yang menarik.  Ada yang tanpa warna.  Saya gunakan gel keluaran Trio, yang dinamakan Growmate Smart Water.  Gel tersebut mampu menyerap lebihan air ketika menyiram.  Apabila tanah kering tidak disiram, air dalam gel akan meresap masuk ke dalam tanah, membekalkan kelembapan tanah.   

Bekas gel kristal keluaran Syarikat Trio.

Gel kristal mampu menyerap dan menyimpan air sehingga 20 kali isipadu asal gel tersebut.

Jangan tabur gel kristal di atas permukaan tanah.  Buat lubang dengan diameter 3 cm sedalam 4 inci atau separas dengan hujung akar tanaman.  Isikan 1 sudu teh gel kristel ke dalam lubang.  Kemudian siram seperti biasa.  Gel kristal akan mengembang memenuhi lubang, atau
Cara meletakkan gel kristal.




4. Cara yang paling murah  adalah dengan menggunakan botol minuman (plastik).  Seeloknya gunakan botol 1.5 liter untuk satu bekas atau satu tanaman. 

Begini caranya.  Rakan-rakan perlukan botol air minuman\.  Penebuk atau paku untuk membuat liang diameter 2 mm pada botol.

Buka penutup botol dan simpan. Jika gunakan botol air minuman bergas, tanggalkan bahagian tapak.  Tebuk dua liang di bahagian bawah sisi botol .  Jarak antara liang 2.5 cm (1 inci).



Sistem titis menggunakan botol air minuman.

Isikan air ke dalam botol sehingga penuh dan tutup botol dengan penutup.  Ini akan perlahankan aliran air tetapi cukup untuk membekalkan air yang berterusan selama 3 hingga 5 hari. 

Tanam botol sebagaimana rajah di bawah.  Laraskan liang pada botol supaya separas dengan hujung akar pokok.
Tanam botol minuman sedalam 10 hingga 15 cm (4 hingga 6 inci).

5.  Setelah dilakukan mana-mana kaedah di atas, tutup permukan tanah atau bekas dengan daun kering yang telah dibasahkah sekurang-kurangnya 5 cm (2 inci).  Daun kering akan mengelakkan air dari dalam tanam hilang melalui sejatan di permukaan tanah.  Ia juga mengurangkan suhu permukaan tanah hasil daripada sejatan air daripada daun kering yang dibasahkan tersebut.

InsyaAllah bila pulang dari kampung, pokok masih subur.  Saya yakin rakan-rakan ada idea lain untuk menyelesaikan masalah tersebut.  Kalau boleh kita kongsikan di sini supaya semua dapat manfaatkannya.




3 ulasan:

  1. tumpang tanya, di mana saya boleh dapatkan timer itu? Apakah nama kedai (secara specifik) ? Puas saya tanya orang, tiada respon positif lah.... tq

    BalasPadam
  2. Saya tgk dlm tenet, guna gel yg pampers baby tu...untuk jimat..sy pon buat kat pokok kunyit sy..Alhamdulillah..ok

    BalasPadam
  3. Saya tgk dlm tenet, guna gel yg pampers baby tu...untuk jimat..sy pon buat kat pokok kunyit sy..Alhamdulillah..ok

    BalasPadam