Secara kasar, kalsium membantu pertumbuhan akar, pucuk dan
pembentukan debunga. Lazimnya kandungan
nutrien dilabelkan dalam peratus. Baja
dijual dalam bentuk bintil dan cecair.
baja bintil boleh digaul di dalam tanah sebelum menanam. Baja cecair dilarutkan di dalam air siraman.
TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Jumaat, 30 Ogos 2013
Tentang Baja, Diringkaskan – Bahagian 3 daripada 3
Selain daripada tiga nutrien utama (N, P dan K), terdapat
juga nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Nutrien sebegini
dikenali sebagai mikronutrien. Kalsium,
sulfur, magnesium, boron, kuprum, klorn, besi, mangan, molibdenum dan zink
adalah contoh nutrien tersebut.
Rabu, 28 Ogos 2013
Tentang Baja, Diringkaskan – Bahagian 2 daripada 3
Dalam banyak-banyak nutrien, sebatian Nitrogen adalah unsur
yang paling berguna kepada tumbuhan. Ia
membantu pertumbuhan batang dan daun tanaman.
Nitrogn membantu tumbuhan
menghasilkan daun yang hijau. Fosforus
pula merangsang pertumbuhan akar, bunga serta pembentukan benih. Kalium membantu tumbuhan melawan penyakit
serta mengukuhkan tanaman. Sebenarnya,
cara nutrien berfungsi adalah jauh lebih rumit dan saling berkait. Apa yang saya nyatakan adalah secara ringkas
sahaja.
Secara kasar, nisbah nutrien dalam baja membantu anda
memilih jenis baja tanaman. Misalnya
tanaman sayur daun memerlukan nisbah nitrogen yang lebih tinggi, tanaman
berbunga atau buah memerlukan nisbah fosforus yang lebih tinggi.
Jumlah jisim sebenar nutrien N, P dan K boleh ditentukan
dengan menggunakan gred sebagai panduan.
Misalnya 1 kilo baja 10-4-3 mengandungi 100g Nitrogen, 40g fosforus dan
30g kalium. Ketika memilih baja yang
sesuai, rujuk kepada maklumat yang diberikan pada pebungkus baja.
Selasa, 27 Ogos 2013
Benih Untuk Dijual -- Selasih Wangi, Aromatic Basil
Selasih adalah dari jenis basil yang kuat baunya. Aroma yang dikeluarkan berbau wangi berempah dan berminyak, seperti peppermint. Selasih enak dihidangkan sebagai ulam dicicah sambal lada dan tomato, atau dimasak. Selasih amat sesuai dijadikan pokok pelindung tanaman lain dalam Sistem Buddy kerana baunya menghalau makhluk perosak. Jika tanam sayur, elok tanam pokok ini. Biji selasih yang kembang apabila direndam enak diletakkan dalam sirap dan air batu campur.
Pokok tahan panas boleh dituai 30 hingga 50 hari selepas disemai. Benih ini benih istimewa serta terhad. Dapatkan segera.
Setiap pek mengandungi 30, biji benih. 5 pek kecil dijual dengan harga RM10.
Cara Pesan Benih
Labels:
benih untuk dijual,
selasih,
thai basil
Tuaian Hari Ini - Bayam Putih Daun Bulat
Tuaian hari ini adalah daun bulat yang mempunyai daun bulat (bujur sedikit) dengan warna hijau muda. Daun mempunya rasa "nutty" yang enak dibuat ulam jika dituai segar. Bayam ini dituai dan dimasak (rencah dalam makaroni goreng) dalam masa 20 minit. Oleh kerana dimasak segar, rasanyanya sangat enak. Saya tak sangka daun bayam mempunyai rasa seenak ini apabila digoreng seperti mee goreng (makaroni goreng).
Benih bayam ini ada dijual dalam set (Set Bayam, RM30 satu set) dan secara berasingan (RM2 satu pek). Pertumbuhan bayam ini sangat galak, jika serasi dapat dituai dalam masa satu bulan. Bayam yang saya tanam ini amat subur sehingga daunnya mencecah 8 inci (20 cm) sehelai.
Berbaloi tanam.
Benih bayam ini ada dijual dalam set (Set Bayam, RM30 satu set) dan secara berasingan (RM2 satu pek). Pertumbuhan bayam ini sangat galak, jika serasi dapat dituai dalam masa satu bulan. Bayam yang saya tanam ini amat subur sehingga daunnya mencecah 8 inci (20 cm) sehelai.
Berbaloi tanam.
Isnin, 26 Ogos 2013
Serangan Makhluk Perosak
Ada yang bertanya, "Macamana En. Iskandar menjaga tanaman supaya tidak diserang makhluk perosak? Timun susu yang subur tanpa serangan kekabuh mentimun, bayam yang besar daunnya tanpa dimakan belalang, dan rosel yang tidak dimakan kepinding."
Bukankah saya menanam secara organik tanpa menggunakan racun, mana mungkin tiada makhluk perosak berkunjung. Sebenarnya ada makhluk perosa berkunjung. Tapi selepas dijamah sedikit, ia akan berkunjug ke laman orang lain. Apakah rahsianya?
Sebenarnya tiada rahsia. Tanaman seperti kita juga, iaitu benda hidup. Jika kita sihat, sukar nak kena penyakit. Hanya badan yang lemah sahaja mudah diserang penyakit. Begitu juga dengan tanaman. Lazimnya pokok yang lemah sahaja diserang penyakit. Ketika sakit, barulah makhluk perosak seperti kekabuh timun, belalang, dan kepinding datang menyerang.
Jika tanaman sihat, mungkin ada makhluk perosak yang cuba memakan daun. Selepas memakan sedikit ia akan terbang ke tempat lain mencari tanaman yang lemah. Jadi, satu daripada cara yang elok untuk menghindar tanaman dari diserang penyakit atau makhluk perosak ialah kekalkan kesuburan tanaman.
Untuk kekalkan kesuburan tanaman, anda perlu kekalkan kesuburan tanah. Ya, tanah biar hidup. Semua ini hanya mungkin jika anda amalkan kaedah penanaman secara organik. Untuk pastikan serangga perosak tidak cuba mendekati tanaman, tanamlah tanaman yang mengeluarkan bau yang enakutkan makhluk perosak, misalnya basil, kesom, dan lain-lain pokok herba.
Jadi, langkah pertama untuk elakkan tanaman diserang makhluk perosak, pastikan tanaman tersebut subur! Mudah kan?
Bukankah saya menanam secara organik tanpa menggunakan racun, mana mungkin tiada makhluk perosak berkunjung. Sebenarnya ada makhluk perosa berkunjung. Tapi selepas dijamah sedikit, ia akan berkunjug ke laman orang lain. Apakah rahsianya?
Sebenarnya tiada rahsia. Tanaman seperti kita juga, iaitu benda hidup. Jika kita sihat, sukar nak kena penyakit. Hanya badan yang lemah sahaja mudah diserang penyakit. Begitu juga dengan tanaman. Lazimnya pokok yang lemah sahaja diserang penyakit. Ketika sakit, barulah makhluk perosak seperti kekabuh timun, belalang, dan kepinding datang menyerang.
Jika tanaman sihat, mungkin ada makhluk perosak yang cuba memakan daun. Selepas memakan sedikit ia akan terbang ke tempat lain mencari tanaman yang lemah. Jadi, satu daripada cara yang elok untuk menghindar tanaman dari diserang penyakit atau makhluk perosak ialah kekalkan kesuburan tanaman.
Untuk kekalkan kesuburan tanaman, anda perlu kekalkan kesuburan tanah. Ya, tanah biar hidup. Semua ini hanya mungkin jika anda amalkan kaedah penanaman secara organik. Untuk pastikan serangga perosak tidak cuba mendekati tanaman, tanamlah tanaman yang mengeluarkan bau yang enakutkan makhluk perosak, misalnya basil, kesom, dan lain-lain pokok herba.
Pokok timun susu, ada daun yang dimakan kekabuh timun (lihat daun di latar depan gambar), tetapi selepas memakan sedikit kekabh timun terbang ke tempat lain. |
Pokok bayam dengan sisi daun cela dimakan belalang. Selepas memakan sedikit, belalang terbang ke tempat lain. |
Pokok roselle dengan sisi daun cela dimakan belalang. Daun hanya dimakan sedikit sahaja. |
Cambahan Lonjong
Oleh sebab saya tinggalkan rumah hujung minggu lepas, semua cambahan diletakkan di tempat teduh untuk pastikan tanah tidak kering melalui proses penyejatan dan transpirasi. Oleh sebab kurang cahaya, cambahan mula tumbuh lonjong (tinggi tak sepadan dengan saiz daun). Ini kerana cambahan berlumba untuk dapatkan cahaya secukupnya.
Cambahan yang lonjong tidak elok kerana ia mudah patah. Hari ini saya alih semula cambahan ke tempat cerah dengan harapan cambahan akan kembali kukuh.
Cambahan yang lonjong tidak elok kerana ia mudah patah. Hari ini saya alih semula cambahan ke tempat cerah dengan harapan cambahan akan kembali kukuh.
![]() |
Sebelah kiri: Cambahan sayur kekwa dan bendi OP. Sebelah kanan: Cambahan sawi kailan jepun. |
Bunga Timun Susu
Pokok timun susu dah mula mengeluarkan bunga. Saya perhatikan bunga jantan dah banyak mekar. Bunga betina baru sahaja berputik. Jika semuanya ok, tak lama lagi akan dapat niukmati timun susu. Buah timun susu yang ranum mempunyai bau wangi dengan rasa seakan-akan honey dew.
![]() |
Bunga timun susu. Sebelah kiri, bunga jantan dan sebelah kanan, putik bunga betina. |
Mungkin rakan tertanya, kekabuh mentimun tidak menyerang? Sebenarnya ada menyerang, tapi jumlahnya tidak banyak. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya kutip dan musnahkan kekabuh mentimun di awal pagi, ketika kekabuh belum aktif.
Rojak Kateh, Ramai Tak Berani Cuba Sebab Namanya
Rojak Kateh, enak jika berani cuba. |
Semalam, cari rojak kateh. Kateh dalam logahta pantai timur bermaksud kaki. Rojak ini mengandungi bahagian kaki yang tidak lagi digunakan dalam masakan biasa dimasak dalam cuka, lada, manisan sehingga lembut. Bahagian seperti tendon, keting, dan urat dimasak lama sehingga lembut.
Satu plastik kecil dijual dengan harga RM1.50 di Pasar Cukai. Murah. Kali ini ambil 10 pek aja. Bila rasa, kuah perfect. Bahagian ketulan daging ada yang liat. Jadi saya masukkan dalam periuk tekanan dan masak lima minit selepas mendidih.
Hasilnya, isi yang lembut dengan kuah yang sempurna; manis, masam dan pedas. Biasanya kami di rumah buat rojak ni, menggunakan bahan yang telah diproses dari pasar borong. Bahan-bahan yang kami guna, keting, perut dan daging berurat. Untuk kuah, cili giling, cuka asli, dan gula melaka.
Rabu, 21 Ogos 2013
Tentang Baja, Diringkaskan – Bahagian 1 daripada 3
Baja, samada organik atau sintetik, digred untuk memudahkan
pembeli membuat pilihan yang sesuai dengan tanaman. Biasanya ia mempunyai 3
nombor yang sepadan dengan kandungan maknutrien, iaitu nutrien yang utama;
nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K).
Susunan lazimnya dalam urutan N-P-K. Jika baja digred
10-4-3, maksudnya baja tersebut mengandungi 10% nitrogen, 4% fosforus dan 3%
kalium. Itu baru 17%, apa kandungan 83% lagi? Selebihnya adalah bahan lengai.
Isnin, 19 Ogos 2013
Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Kobis Hasil Tanaman Sdr Zainal
Satu lagi kiriman gambar yang saya terima hari ini ialah hasil tanaman Sdr Zainal. Bukti yang jelas, jika kena dengan bakanya kobis boleh hasilkan bebola bersaiz besar. Kobis yang ditunjukkan ini adalah dari baka Summer Autumn dan Red Summer Side. Kedua-dua baka ini dah habis stok. Baka tanah rendah yang membentuk bebola yang ada stok adalah All Season. Satu pokok mampu hasilkan 2 kg kobis. Satu pek mengandungi 10-20 benih.
Terima kasih kerana sudi berkongsi.
![]() |
Kobis hasil tanaman Sdr Zainal. Gambar milik [email protected] |
![]() |
Kobis jijau Summer Autumn. Gambar milik [email protected] |
![]() |
Semuanya menjadi. Puas hati tanam kobis. Gambar milik [email protected] |
![]() |
Kobis merah hasil tanaman Sdr Zainal. Gambar milik [email protected] |
![]() |
Bebola kobis merah yang sedang membesar. Kobis hasil tanaman Sdr Zainal. Gambar milik [email protected] |
Terima kasih kerana sudi berkongsi.
Labels:
gambar oleh rakan tanamsendiri,
kobis,
Zainal
Benih Untuk Dijual -- Garland Chrysenthemum
Benih istimewa yang ditunggu tunggu telah tiba. Garland Chrysenthemum (Sayur kekwa) adalah pokok bunga dan pokok sayur. Anda boleh tanam sebagai pokok bunga atau pokok sayur. Ia adalah pokok bunga chrysenthemum (kekwa) yang daunnya boleh dimakan sebagai sayur. Rasanya yang wangi berempah menjadikan sayur ini satu daripada sayur yang popular Eropah. Kini ia mula popular di Asia. Sayur ini enak dibuat salad atau digoreng bersama bawang putih.
Daun boleh dituai dalam masa 2 bulan selepas ditanam dan anda boleh gunakan kaedah kerat dan tumbuh lagi. Potong bahagian daun muda untuk dijadikan salad. Benih terhad dan sukar diperolehi.
![]() |
Sayur Garland Chrysenthemum |
![]() |
Benih Garland Chrysenthemum |
1 pek benih mengandungi 50 biji benih. 5 pek dijual dengan harga RM10.
Labels:
benih untuk dijual,
garland chrysenthemum
Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Norhazimah
Gambar yang saya ingin kongsi hari ini adalah kiriman Sdr Norhazimah dari Kuantan. Lobak Rosy ini sedia untuk ditual. Daunnya juga boleh dimakan (ia adalah satu keluarga dengan lobak putih), bagaimanapun daunnya mempunyai bulu dan duri halus, jadi kurang elok jika ingin dihadikan ulam. Ia lebih sesuai untuk dimasak. Saya lebih gemar tuai daun dari lobak putih jenis kempung kerana rasa pedas lobak yang kurang kuat.
Terima kasih Norhazimah kerana sudi berkongsi gambar hasil tanaman.
![]() |
Lobak Rosy milik Norhazimah. Gambar milik [email protected] |
![]() |
Lobak rosy sedia untuk dituai. Gambar milik [email protected] |
![]() |
Kobis Cina Ong King. Gambar milik [email protected] |
Labels:
gambar oleh rakan tanamsendiri,
Norhazimah
Benih Untuk Dijual -- Garland Chrysenthemum Daun Kecil
Sayur kekwa (garland chrysenthemum) dari jenis daun kecil. Sayur kekwa enak digoreng atau kdibuat sup. Satu pek mengandungi 30 benih. 5 pek RM10.
Cara Memesan Benih
Cara Memesan Benih
Labels:
benih untuk dijual,
garland chrysenthemum,
kekwa
Ahad, 18 Ogos 2013
Soalan Pengunjung -- Bayam Merah Boleh Tak Dapat Daun Sebesar Ini?
Bayam dengan saiz daun yang besar. |
Ada pengunjung bertanya, bayam merah yang baru diterima benihnya (benih kongsi) boleh tak hasilkan bayam subur dengan daun sebesar ini?
Dari pengalaman saya, untuk dapatkan bayam dengan saiz yang besar, kita perlu tahu tabiat baka tersebut dan manfaatkannya. Selain dari air dan baja, cahaya juga memainkan peranan yang penting. Misalnya, bayam putih daun bulat nakkan cahaya sebanyak mungkin. lebih banyak cahaya, daunnya lebih besar. Bayam hijau daun panjang pula tidak mahu cahaya yang penuhnya, cukup sekadar 80%. Jadi jika ditanam di tempat teduh, baru ia tumbuh dengan cepat dengan saiz yang besar.
Bayam merah yang saya edar sebagai benih kongsi adalah benih baru dan saya belum berpeluang menyemainya. Pada pendapat saya, ia boleh besar, cuma kita perlu tahu tabiat baka tersebut dan manfaatkannya untuk dapatkan tuaian yang bersaiz besar.
Sabtu, 17 Ogos 2013
Stok Benih
Kobis bunga flokoli, kobis bunga brokoli dan brokoli green dome telah habis stok. Benih kohrabi hanya tinggal sedikit sahaja. Kobis merah, kobis semua musim, kobis cina mikey dan marco, sayur putih (kobis cina ong king, 663 dan 636) masih ada stok. Kobis bunga cauliflower juga masih ada stok. Dapatkan segera.
Tanamsendiri Bayam (Amaranthus) Dalam Bekas
![]() |
Bayam berkhasiat, mudah ditanam dan tidak cerewet penjagaannya. |
1. Tebuk hagaian bawah bekas supaya air tidak bertakung.
2. Isikan bekas dengan tanah atas, pasir dan baja tinja ayam yang telah diproses.
3. Siram dan biarkan selama 1 hingga 2 minggu supaya baja tinja ayam reput sedikit.
4. Gaul 1 pek benih bayam yang diperoleh daripada blog tanamsendiri dengan segumpal tanah ringan atau humus untuk menjarangkan benih dan tabur dalam bekas.
5. Sembur dengan air menggunakan penyembur atau botol plastik yang ditebuk tudungnya untuk melembapkan benih dan letakkan di tempat terang.
6. Tutup permukaan tanah dengan plastik untuk pastikan tanah sentiasa lembap.
7. Bila benih bercambah, iaitu kira-kira 1 minggu selepas disemai, buka plastik.
8. Letakkan bekas di tempat cerah dan siram dengan air yang sederhana kuantitinya.
9. Apabila cambahan tumbuh dalam 3 cm, gunting cambahan yang lemah untuk menjarangkan tanaman kira-kira 3 cm antara cambahan.
10. Selepas seminggu guntingkan lagi cambahan yang lemah untuk menjarangkan kira kira 8 cm antara pokok.
11. Bila pokok tumbuh setinggi 15 cm, gunting tunas utama supaya tumbuh tunas sisi. Ini untuk memastikan pokok yang dihasilkan rimbun.
12. Tuai daun secara kerat dan tumbuh lagi. Pastikan pokok tidak berbunga kerana jika pokok berbunga, daun yang dihasilkan kecil dan rasanya terlalu kuat dan kurang enak untuk dijadikan salad atau ulam.
Fakta Tentang Bayam Amaranthus
Semai sedalam 3 – 6 cm
Suhu tanah ketika semaian, 21 hingga 30 darjah C.
Jangka masa cambahan, 8 hingga 10 hari.
Julat pH tanah, 6.0 – 7.0
Air, sederhana
Baja, sederhana
Cahaya, penuh
Baka yang digemari, bayam putih daun bulat, bayam special,
bayam hijau daun tajam, bayam merah autumn, bayam merah perfect red
Labels:
amaranthus,
bayam,
tanam dalam bekas,
tanamsendiri
Khamis, 15 Ogos 2013
Tuaian Hari Ini-- Bayam Putih Daun Bulat
Puteri dengan satu keratan bayam putih daun bulat. |
Hari ini Puteri tolong tuai satu keratan sahaja. Bayam putih daun bulat untuk digoreng dan dijadikan lauk makan tengah hari. Petik, basuh, masak dan hidang dalam masa 20 minit. Tak dapat yang lebih segar dari ini melainkan jika tanamsendiri. Berbaloi.
Selasa, 13 Ogos 2013
Tanam Sendiri – Roselle Dalam Bekas
Jika anda tidak mempunyai ruang bertanah, anda boleh roselle
di dalam bekas. Oleh kerana roselle
menghasilkan buah yang lebat, anda perlukan pancang sokongan untuk pastikan
pokok tidak patah. Anda perlu letak
bekas tanaman di tempat cerah paling elok jika dapat cahaya pagi tanpa halangan.
Anda perlukan bekas sedalam 15 hingga 30 cm (6 hingga 12
inci).
Isikan bekas dengan tanah atas
(topsoil) yang digaul dengan baja tinja ayam atau kambing dan pasir dengan
kadar nisbah 2:1:1. Siram dengan air dan
biarkan baja mereput selama 1 hingga 2 minggu.
Gunakan pancang kayu lurus sepanjang 60 cm (2 kaki) sebagai
penyokong batang pokok. Cucuk di tengah
bekas. Pastikan kedudukan pancang teguh
tapi jangan mampatkan tanah.
Sementara itu, semai benih roselle. Untuk menyemai, ikut langkah berikut.
Rendam benih dalam air suam iaitu 40 darjah C selama 2
hingga 8 jam.
Untuk semai isi bekas
semaian dengan tanah semaian, atau gaulkan 1 bahagian tanah atas dengan 2
bahagian humus atau sabut.
Sembur dengan
air untuk lembapkan tanah semaian.
Kemudian dengan menggunakan hujung pensel atau kayu penyepit, buat
lubang sedalam 3 cm.
Jarakkan antara
lubang kira-kira 8 cm (3 inci). Letakkan
1 hingga 2 benih dalam satu lubang.
Tutup lubang dengan tanah yang ringan atau humus.
Tutup dengan plastik dan letak di tempat
terang. Benih akan bercambah dalam masa
2 hingga 7 hari.
Apabila benih benih
bercambah, buka penutup plastik.
Kekalkan kelembapan dengan tanah semaian dengan menggunakan
semburan yang halus.
Apabila empat helai
daun tumbuh, alih cambahan ke dalam bekas yang disediakan.
Buat lubang sedalam 5 cm (2 inci). Jika terdapat 2 pokok
dalam satu lubang, gunting batang pokok yang lemah. Pilih pokok yang kukuh sahaja.
Masukkan cambahan (pastikan akar tidak
terusik) ke dalam lubang dan tutup lubang tanpa memampatkan tanah. Pertumbuhan akan galak selepas 2 minggu ke 2. Jika tiada perubahan dalam masa 2 minggu,
alih bekas ke tempat yang lebih sesuai.
Siram setiap hari di sebelah pagi untuk lembapkan
tanah. Jangan siram terlalu banyak
sehingga air bertakung.
Mula membaja
menggunakan baja organik selepas 2 minggu pokok dialih. Jika ingin gunakan baja kimia, gunakan baja
NPK dan baja urea. Ikut sukatan pada
bekas baja. Baja setiap 3 hari.
Apabila pokok tumbuh setinggi 30 cm (1 kaki),
ikat secara longgar ke pancang sebagai sokongan.
Pokok akan mula berbunga selepas 6 hingga 8 minggu dialih.
Pokok akan dapat dituai selepas 12 minggu disemai (10 minggu
dialih).
Pokok roselle yang ditanam dalam pasu sedang berbuah. |
Labels:
Hibiscus sabdariffa,
roselle,
tanam dalam bekas,
tanamsendiri
Ahad, 11 Ogos 2013
Ebook "Kucing Sahabat Taman"
Cover Ebook Kucing Sahabat Taman
Judul Ebook: Kucing Sahabat Taman
Jumlah halaman: 81 muka surat
Format: PDF
“Kucing Sahabat Taman” adalah ebook yang membincangkan tentang masalah gangguan kucing terhadap kebun di rumah serta memberikan cadangan untuk mengatasinya.
Pengarang bukannya seorang yang membenci kucing, malah pengarang sendiri ada memelihara kucing.
Tujuan ebook ini ditulis adalah untuk memberi pendedahan tentang tabiat kucing yang menjadi masalah terhadap aktiviti berkebun di rumah serta memberi cadangan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Jika masalah gangguan kucing tidak dapat diselesaikan sepenuhnya, sekurang-kurangnya masalah tersebut tidak menjadi masalah yang utama dalam aktiviti berkebun di rumah.
Ebook "Kucing Sahabat Taman" kini sedia untuk diedarkan. Ebook yang mempunyai 81 halaman ini membincangkan tentang masalah yang disebabkan oleh kucing yang dihadapi oleh mereka yang berkebun di rumah serta punca masalah tersebut. Kemudian cadangan untuk penyelesaian masalah tersebut dibincang serta bagaimana kaedah tersebut dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dalam bahagian terakhir, buku tersebut membincangkan tentang cara untuk menjadikan taman di rumah mesra kucing serta tidak merosakkan tanaman sayur di kebun rumah.
Sekiranya anda tinggal di kawasan perumahan dan berkebun di rumah, kemungkinan besar anda menghadapi masalah gangguan kucing. Buku ini dapat membantu anda mencari jalan penyelesaian.
Harga, RM100 bagi setiap naskah. (Buku adalah dalam format PDF)
Cara Memesan Buku
Buat bayaran ke mana-mana akaun yang dinyatakan. Kemudian emel atau sms maklumat bayaran, nama dan alamat emel atau no hp pembeli. Ebook akan dikirim ke alamat emel menggunakan attachment.
Bayaran boleh dibuuat ke mana-mana akaun berikut.
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610
-----------------------------
Untuk maklumat lanjut sila sms 0183601610
Jumaat, 9 Ogos 2013
Isnin, 5 Ogos 2013
Benih Kongsi Ogos -- Perfect Red Amaranthus
Sempena bulan Syawal, saya akan kongsikan benih Perfect Red Amaranthus. Bila disemai, bayam jenis ini akan tumbuh dengan daun dan batang berwarna merah pekat. Pasti menceriakan laman rumah. Bayam ini boleh dimasak seperti biasa dan boleh juga dijadikan pewarna asli.
Untuk dapatkan benih kongsi, emelkan nama serta alamat ke [email protected] Letakkan tajuk emel "Benih Kongsi Ogos". Benih kongsi diedarkan secara percuma. Tiada bayaran dikenakan.
Jika anda ada membuat pesanan benih, benih kongsi akan dikirim bersama, jadi tidak perlu buat mohon benih kongsi.
Untuk dapatkan benih kongsi, emelkan nama serta alamat ke [email protected] Letakkan tajuk emel "Benih Kongsi Ogos". Benih kongsi diedarkan secara percuma. Tiada bayaran dikenakan.
Jika anda ada membuat pesanan benih, benih kongsi akan dikirim bersama, jadi tidak perlu buat mohon benih kongsi.
Ahad, 4 Ogos 2013
Cili Pelangi Ditanam Menggunakan Keratan Batang
Cili lazimnya ditanam menggunakan benih. Ia boleh juga diterima menggunakan keratan batang. Yang ini ditanam menggunakan keratan batang. Ia lebih cepat berbuah tapi saiz pokok lebih renek.
Labels:
cili,
cili pelangi,
keratan,
propagasi
Gambar Hari Ini -- Salad Coral Merah.
Saya semai hanya dalam 10 pasu kecil. Mujur benih masih ada dalam stok. Nanti nak semai lebih banyak.
Sabtu, 3 Ogos 2013
Gambar Hari Ini -- Cili Padi
Cili padi, dengan buah yang sedia untuk dituai. |
Menanam cili padi ada banyak cabarannya. Cabaran utama yang dihadapi ialah serangan makhluk perosak. Dari pengalaman saya, memang sukar nak elakkan serangan makhluk perosak. Bagaimanapun jika menanam secara organik, kita boleh manfaatkan keseimbangan komuniti dalam kebun di rumah. Jika ada makhluk perosak, tidak lama lagi pemangsa makhluk perosak akan bertandang dan memakannya. Yang penting, keseimbangan komuniti tersebut tidak diganggu. Lagipun makhluk perosak lazimnya tidak menyerang pokok yang sihat. Hanya pokok yang lemah mnjadi mangsa.
Jadi, pastikan pokok sihat, dan kekalkan keseimbangan komuniti kebun di rumah. Untuk hasilkan pokok dengan buah yang lebat, fahami tabii tanaman tersebut dan manfaatkannya. Bagaimana ya? Sebenarnya dah banyak saya ceritakan dalam blog ini, cuma maklumatnya secara cebisan, di sana sedikit, di sini sedikit.
Untuk maklumat yang lebih tersusun, saya sedang fikir fikir untuk kompilkan dalam bentuk ebook.
-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau
email [email protected] atau [email protected]
Tuaian Hari Ini -- Sawi Bakso
![]() |
Sawi bakso dari patch depan rumah, 620g. |
Petang semalam tuai sawi bakso dari patch depan rumah. Sebahagian dibuat rencah mee goreng ketika berbuka. Sebahagian lagi dijadikan lauk untuk sahur. Baki di simpan dalam peti sejuk. Tanamsendiri, murah rezeki. Hari ini akan trim pokok hiasan dan sediakan ruang tanah yang terdedah untuk semaian berikutnya, iaitu sawi hijau hong kong. Sawi hijau hong kong cepat dapat tuai. Aroma bunganya enak dimakan.
--------------------------------------
Apa? Tuaian, sawi bakso.
Jumlah? 620g
Jangkamasa semai hingga tuai? 4 minggu.
Baja? Organik.
Ada benih? Ada, RM2 satu pek.
-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau
email [email protected] atau [email protected]
Cara Untuk Elakkan Pokok Mati Kehausan
Masalah bila tanam sendiri kalau nak tinggalkan rumah lama daripada biasa. Risau kerana bimbang pokok akan mati kehausan. Sebelum raya tahun lepas saya ada posting cadangan untuk tangani masalah tersebut. Artikel ini diambil dari posting tersebut.
--------------------
Satu kelemahan aktiviti berkebun di rumah ialah apabila cuti tahap ialah kerisauan tentang tanaman yang ditinggalkan tidak dijaga. Aktiviti berkebun di rumah sepatutnnya menggembirakan serta mengurangkan stress, tetapi bila ada musim cuti perayaan stress rakan-rakan yang berkebun di rumah meningkat terutamanya mereka yang akan balik kampung.
--------------------
Satu kelemahan aktiviti berkebun di rumah ialah apabila cuti tahap ialah kerisauan tentang tanaman yang ditinggalkan tidak dijaga. Aktiviti berkebun di rumah sepatutnnya menggembirakan serta mengurangkan stress, tetapi bila ada musim cuti perayaan stress rakan-rakan yang berkebun di rumah meningkat terutamanya mereka yang akan balik kampung.
Berikut adalah cadangan penyelesaian kepada masalah pokok mati kekeringan.
1. Minta bantuan jiran yang boleh dipercayai yang tidak pulang beraya, atau
2. Pasangkan sistem titis (drip) yang menggunakan timer dengan kuasa bateri. Timer tersebut mengandungi injap untuk mengawal aliran air. Waktu siraman serta jangka masa air mengalir boleh dikawal menggunakan timer tersebut. Tapi kena pastikan sistem tersebut tersorok kerana timer tersebut mahal harganya dan akan menarik minat pencuri. Atau
![]() |
Timer yang digunakan untuk mengawal injap aliran air. |
3. Cara yang lebih murah ialah gunakan gel kristal penyimpan air. Gel ini ada dijual di kedai nurseri, DIY atau di bahagian Gardening di Pasaraya. Ada gel yang dijual mempunyai warna yang menarik. Ada yang tanpa warna. Saya gunakan gel keluaran Trio, yang dinamakan Growmate Smart Water. Gel tersebut mampu menyerap lebihan air ketika menyiram. Apabila tanah kering tidak disiram, air dalam gel akan meresap masuk ke dalam tanah, membekalkan kelembapan tanah.
![]() |
Bekas gel kristal keluaran Syarikat Trio. |
![]() |
Gel kristal mampu menyerap dan menyimpan air sehingga 20 kali isipadu asal gel tersebut. |
Jangan tabur gel kristal di atas permukaan tanah. Buat lubang dengan diameter 3 cm sedalam 4 inci atau separas dengan hujung akar tanaman. Isikan 1 sudu teh gel kristel ke dalam lubang. Kemudian siram seperti biasa. Gel kristal akan mengembang memenuhi lubang, atau
![]() |
Cara meletakkan gel kristal. |
4. Cara yang paling murah adalah dengan menggunakan botol minuman (plastik). Seeloknya gunakan botol 1.5 liter untuk satu bekas atau satu tanaman.
Begini caranya. Rakan-rakan perlukan botol air minuman\. Penebuk atau paku untuk membuat liang diameter 2 mm pada botol.
Buka penutup botol dan simpan. Jika gunakan botol air minuman bergas, tanggalkan bahagian tapak. Tebuk dua liang di bahagian bawah sisi botol . Jarak antara liang 2.5 cm (1 inci).
Sistem titis menggunakan botol air minuman.
|
Isikan air ke dalam botol sehingga penuh dan tutup botol dengan penutup. Ini akan perlahankan aliran air tetapi cukup untuk membekalkan air yang berterusan selama 3 hingga 5 hari.
Tanam botol sebagaimana rajah di bawah. Laraskan liang pada botol supaya separas dengan hujung akar pokok.
Tanam botol minuman sedalam 10 hingga 15 cm (4 hingga 6 inci).
|
5. Setelah dilakukan mana-mana kaedah di atas, tutup permukan tanah atau bekas dengan daun kering yang telah dibasahkah sekurang-kurangnya 5 cm (2 inci). Daun kering akan mengelakkan air dari dalam tanam hilang melalui sejatan di permukaan tanah. Ia juga mengurangkan suhu permukaan tanah hasil daripada sejatan air daripada daun kering yang dibasahkan tersebut.
InsyaAllah bila pulang dari kampung, pokok masih subur. Saya yakin rakan-rakan ada idea lain untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kalau boleh kita kongsikan di sini supaya semua dapat manfaatkannya.
InsyaAllah bila pulang dari kampung, pokok masih subur. Saya yakin rakan-rakan ada idea lain untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kalau boleh kita kongsikan di sini supaya semua dapat manfaatkannya.
Labels:
jel kristel,
sistem titis,
water timer
Langgan:
Catatan (Atom)