Jumaat, 5 Julai 2013

Terung Panjang Hijau Mula Berbuah Lebat

Terung panjang hijau mula berbuah dengan lebat.

Setelah mengalih anak pokok terung ke dalam bekas yang lebih besar ia mula menunjukkan pertumbuhan yang galak.  Ranting yang dulu tidak bermaya menjadi kukuh semula serta menghasilkan tunas baru.  Tidak lama selepas itu putik bunga mula kelihatan dan beberapa putik buah mula lekat.

Benih terung panjang hijau ambil masa sedikit untuk bercambah.  Pertumbuhan di peringkat awal juga kelihatan perlahan.  Bagaimanapun, bila ia mencecah dalam 15cm (6 inci), pertumbuhan mula galak.  Pokok ini tahan lama dan mengurniakan buah yang berterusan.  Jika pokok dah mula kurang menghasilkan buah, anda cuma perlu pangkas, letak baja organik dan ia akan berbuah semula.

Berbaloi tanam terung panjang hijau.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa? Pokok terung panjang hijau.
Ada benih tak?  Ada.
Bagaimana cara nak pesan benih terung panjang hijau?  klik http://www.tanamsendiri.com/2012/05/benih-untuk-dijual-terung-panjang-hijau.html 
Harga?  1 pek RM2, ada 10 benih secara purata.
Bagaimana nak pesan benih?  Klik http://www.tanamsendiri.com/2012/04/cara-memesan-benih.html 
Cara menanam macamana?  Klik http://www.tanamsendiri.com/2011/01/tanam-sendiri-terung-solanum-melongena.html 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan