Isnin, 29 Julai 2013

Soalan Pengunjung, Cambahan Lonjong

Salam alaik encik is. Ni anak semaian benih kongsi bakchoy. Bengkok bengkok penangan kucing. Dah seminggu macam ni, tak besar-besar. Saya risau bantut.

Semaian Sawi Pak Choy. Gambar milik Nadz Rlan.
------------------------------------
Waalaikum salam,
Saya perhatikan cambahan tersebut lonjong sehingga tidal mampu tegak.  Ini tandanya cambahan tidak mendapat cahaya matahari yang cukup.  Alih kotak semaian ke tempat yang menerima cahaya secara terus tanpa terhalang terutamanya cahaya pagi.

Sekiranya ada memiliki kucing pastikan ia tidak menjadikan bekas tanaman sayur sebagai jamban kerana tinja kucing berkemungkinan mempunyai parasit misalnya dari jenis protozoa (Taxoplasma) yang membahayakan kaum wanita serta anak kecil. Jika pokok bunga, tiada masalah.


2 ulasan:

  1. kucing saya terberak pada tanaman kacang tanah dan cili. tidak bahayakah?
    satu lagi bagaimana dengan pengunaan tahi arnab pada sayuran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahi kucing kemungkinan besar mengandungi kuman (patogen) yang merbahaya kepada manusia terutama wanita dan kanak-kanak. Ia juga mungkin mengandungi patogen yang dijangkiti dari darah tikus yang dibunuh.

      Tinja arnab lazimnya tidak mengandungi kuman yang merbahaya kepada manusia.

      Padam