Isnin, 29 Julai 2013

Soalan Pengunjung -- Bila Boleh Tuai Kailan?

Salam En. Is.
Percubaan pertama menyemai kailan, alhamdulillah menjadi. Bila dah agak besar, saya alihkan beberapa pokok ke tanah bakaran, dan beberapa lagi ke dalam pasu. Kesemuanya alhamdulillah menjadi, walaupun masa nak berkebun memang terhad.
Saya sertakan gambar terkini pokok kailan. Soalan saya:
1. Adakah pokok-pokok itu masih perlukan baja?
2. Kenapa daun kailan ada yang bertompok kuning?
3. Macam mana nak tahu bila boleh dituai?
Alamak, saya tak ambil pun gambar batang kailan. Saya nak tunjukkan yang batangnya dah sebesar jari kelingking. Jadi agak-agaknya sudah boleh dituai ke?

Kailan. Gambar milik Norsita Tugimin <[email protected]>

Kailan tumbuh subur. Gambar milik Norsita Tugimin <[email protected]>

Dan kailan ini kelihatan amat subur. Gambar milik Norsita Tugimin <[email protected]>
---------------------------------------------------
Waalaikum salam,
1. Kalau diperhatikan gambar, pokok tersebut terima cukup baja.
2. Saya perhatikan daun, tiada masalah. Saya tidak dapat kenalpasti tompok kunig yang dimaksudkan.  Mungkin tompok tersebut berlaku kerana tompok air yang disiram berada di permukaan daun ketika tengahari.  Ia menyebabkan stoma pada daun terbuka dan kawasan tompok kehilangan lebih air dan kering.
3. Dari saiz pokok, daun boleh dituai dalam 1 atau 2 minggu lagi.  Jika ingin tuai seluruh pokok, dalam 2 minggu lagi.  Saiz batang bergantung pada baka kailan tersebut.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan