Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 8 Julai 2013

Selamat Jalan Lalat Putih (Whitefly)

Hari ni berborak dengan pembekal benih...
"Frust" katanya.
Pokok cili kurang menjadi kerana diserang lalat putih.
"You punya ramuan tak jadi.  Saya guna racun, baru puas hati."
Saya jelaskan bahawa fungsi semburan larutan pencuci pinggan dan minyak masak yang saya tunjukkan tidak berfungsi sebagai racun.  Ia hanya membunuh makhluk perosak dengan melemaskannya.   Ia perlu diamalkan sehingga tiada lagi lalat putih kelihatan.
Racun pun hanya memberi penyelesaian sementara.  Habis racun, lalat putih akan datang lagi.
"You punya cili ada lalat putih tak?"

"Tak, jawab saya selamba.  Dah lama tak lihat lalat putih kat pokok cili di rumah."

"Macamana you buat?"  dia mula menunjukkan minat.

Sebenarnya masalah lalat putih (whitefly) bukannya masalah yang besar jika menanam di rumah.  Jika nampak lalat putih sembur aja dengan larutan pencuci dan minyak masak.  Ini menyelesaian semenara sahaja.  Saya amalkan "buddy system", iaitu menanam tanaman yang menghalau lalat putih.  Sebelum ini saya bincangkan tentang fungsi tanaman herba, iaitu basil, rosemary, kesom...

Hari ini saya ingin perkenalkan satu lagi tanaman buddy yang boleh digunakan untuk melindungi pokok cili, iaitu "Pokok Ubat Nyamuk."  Pokok ini, nama latinnya Pelargonium citrosum, bukanlah nama yang tepat. Nama ini dipilih kerana baunya seakan-akan serai wangi yang digunakan untuk menghalau nyamuk.  Pokok ini juga dikenali sebagai Citrosia granium.

Dalam posting ini, saya tidak bincangkan tentang keupayaan pokok menghasilkan bau yang mampu menghalau nyamuk aedese.  Posting ini ingin perkenalkan Pelargonium citrosum sebagai badi pokok cili. Ia memang benar-benar berkesan. Pokok cili yang saya tanam bersama buddynya tidak diganggu serangga langsung.  Lihatlah sendiri.  Cili padi subur tanpa gangguan lalat putih.

Pokok cili padi subur tanpa gangguan makhluk perosak.  Pokok cili ini ada buddy yang menjaganya.  Pokok Ubat Nyamuk mampu menjaga pokok cili dari gangguan lalat putih.
 
-------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]

13 ulasan:

  1. wah, tanam keliling rumah, kompem xde nyamuk dah.. ada jual benihnya ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada benih. Saya hanya jual keratan untuk propagasi. Satu set 5 keratan dijual dengan harga RM10.

      Padam
  2. Mane nak dapatkan benih pokok halau whitefly tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih tiada stok. Yang ada hanya keratan untuk propagasi. Set yang mengandungi 5 keratan dijual dengan harga RM10.

      Padam
  3. en. Is... ini bukan pokok jeremin ke?

    BalasPadam
  4. saya pun ada pokok ni, tapi berlainan pasu, saya letak dekat ngan pokok cili, en is rasa boleh ke cara i ni, atau kena tanam bersama ?

    BalasPadam
  5. keratan pokok tu boleh ditaman terus ke

    BalasPadam
  6. Tahniah di atas panduan mengawal seranga perosak menggunakan herba...tentang lalat puteh ni memang lah tak asing sebagai seranga perosak...terutama pokok cili, bender dan juga sawi..saya cuba mencegahnya menggunakan biji lada yang telah di keringkan ..kemudian di kisar sampai lumat dan di campor air...dengan menggunakan alat pengasingan antara air dan minyak biji cili ..saya dapat mengompol minyak biji cili...setitik di campor seliter air mujarap buat mencegah white fly...kalau anda ingin mencuba boleh ..

    BalasPadam
  7. salam tuan saya berminat utk beli pokok penghalau lalat ni. mcm mana boleh contact tuan?

    BalasPadam