Niat kami untuk dijadikan hidangan di bulan puasa. Cepat sungguh pertumbuhan sawi dan bawang. Jika semuanya menjadi, insyaAllah kami akan tuai sawi dan daun bawang minggu depan.
Daun bawang dah sedia untuk dituai. Pertumbuhan sawi pula amat galak. |
Sawi ini akan dituai minggu depan untuk dijadikan lauk untuk berbuka puasa. |
Sawi membesar sambil menutup ruang kosong. |
Saiz sawi semakin besar hampir sama dengan saiz daun gerbera. |
Apa? Sawi dalam patch depan rumah.
Mengapa? Mengisi ruang kosong supaya patch tak diganggu kucing.
Bila tuai? Minggu depan.
Ada benih tak? Ada, sawi ini dinamakan sawi bakso.
Boleh pesan? Boleh. Lihat pautan Benih Untuk DiJual pada panel kanan.
-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0183601610 atau email [email protected] atau [email protected]
salam en is, batu yg digunakan untuk patch tue beli di mana yer? .TIA
BalasPadamBatu batu tersebut saya kutip keliling rumah.
Padameheheh.. semua siap jawab tu.. :) takde soalan lagi tuan yg dipermuda.. :D
BalasPadamnice... boleh juga tanam celah2 gitu :)
BalasPadamBoleh, asalkan ada ruang. :)
Padamassalamu'alaikum en is,
BalasPadamboleh tak syer cara penjagaan g
gerbera? saya sukakan bunga ni tapi saya sering gagal dalam penjagaannya. Medium apa yang sesuai untuk tanaman ni?
Gerbera perlukan cahaya terang (direct sunlight). Guna topsoil yang digaul sedikit pasir dan baja organik.
Padamsalam, perlu ke cantas pucuk cili, bendi atau terung supaya jadi rimbun? tk
BalasPadamJika mahu pokok yang rimbun, cantas tunas utama.
PadamSaya sudah semai daun bawang seminggu lalu tetapi belum juga muncul tunasnya. hanya beberapa dan daunnya kecil sekali seperti rambut... apakah ada cara istimewa untuk menanam daun bawang agar tumbuh galak?
BalasPadamsalam dari indonesia
Jenis bawang mempengaruhi saiz daunnya. Cara tanam bawang ada diletak dalam blog ini.
PadamSalam ziarah dari pendatang baru dan Selamat Menjalani ibadah di Bln Ramadhan
BalasPadamCantik patch en Is siap dg cara tanaman buddy ye. Saya tertanya-tanya camne nk tanam rosemary cam en Is tu...wat propagation x menjadi la en Is.
Any suggestion? Beli kt tesco...pakai tanah tanam sayur...
AfiQ
Untuk dapat pokok saiz ni ambil masa yang lama. Yang ini dari propagasi. Saya tunggu setahun. Ia baru dialih ke patch ini. Sebelum ni ditanam dalam pasu.
Padamada tak pantang untuk sesetengah pokok bunga tak boleh bercampur tanam dengan sayur?
BalasPadamAda, jangan tanam pokok dari keluarga yang sama untuk mengelakkan perebutan nutrien. Ulakkan juga menanam pokok yang terlalu rimbun yang menghalang sayur dari mendapat cahaya yang secukupnya.
PadamEn. Is, semua sawi yg sy tanam sbln yg lalu kecik2 lg..pe nk buat yer? Sy dh letak satu2 dlm polybag, igtkan cpt besar, duk kecik mcm tu gak. Baja pn dh letak. Daun hijau, xde yg jd kuning pn. Siap bagi air siang ikan dh 4kali kot. Help me.. xkan nk masak sawi yg xsampai sejengkal ni.
BalasPadamMungkin tanah terlalu padat, akar tak dapat oksigen secukupnya. Cuba alih lokasi dulu. Jika tiada perubahan tukar tanah.
PadamAlice: Saya ada buat table of summary utk tamanan buddy ni...tp perlu kepastian dari En Is jgk...klu nak sy emailkan utk pengetahuan bersama...best berkebun ye En Is...klu main campur nnti berebut mkn n keperluan utamakan En Is...
BalasPadamTerima kasih Afiq. Sila berikan link atau kirim fail tersebut.
PadamAssalamualaikum,
PadamSaya telah kirimkan. Maaf lewat, ada urusan luar. Harap penilaian en Is yer...
TQ
Assalamualaikum, terujanya saya dapat mengunjungi blog ini. Sangat bermanfaat.
BalasPadamWaalaikum salam. Terima kaih kerana singgah ke blog ini.
Padamamboi...sawi dah sama gemuk dgn gerbera... jgn salah tuai sudah... hihihi... :)
BalasPadamSaya dah semai sawi baru untuk diganti selepas sawi asal dituai.
Padam