Salam En. Iskandar,
Selamat berpuasa. Reen dah buat cambahan
untuk anak pokok naga warna merah. Dalam 2 hari dah tumbuh. Banyak anak
naik, tapi tak tahu kenapa macam ada benda yang mkn anak2 pokok naga
tu. Cari si pemangsa tapi tak jumpa. Entah ulat atau apa coz yang Reen
jumpa kat tanah hanya ulat gonggok.
Dah ubah bawah shade tapi makin berkurang juga. Ada petua tak?
Reen masih simpan lagi sedikit benih. kalau dah dapat petua baru nak semai lagi. Terima kasih.
--------------------------
Waalaikum salam,
Jika cambahan kelihatan sihat tetapi tumbang, kemungkinan ia diserang penyakit reput batang. Letak bekas semaian di tempat yang udara bebas mengalir dan mendapat cahaya yang crah. Jika pokok dimakan, kemungkinan serangan siput. Ia biasanya menyerang di waktu malam atau selepas hujan. Cuba tabur pellet siput atau buat perangkap siput. Tinggalkan 1 cawan air Coke dalam bekas. Bila siput singgah minum, apabila kenyang ia akan jatuh ke dalam air mnyebabkan lemas.
dulu saya sering menghadapi masalah yang sangat beeesaaarrrr dgn siput ni.. mcm2 cara organik saya guna.. tak berkesan, last2 guna pellet siput.. haaa hambek kau... mati beramai-ramai..
BalasPadamPellet siput mengandungi methyldehyde. Guna Coke dalam bekas pun boleh.
Padam