Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 8 Julai 2013

Rendam Dulu Benih Betik Sekaki Sebelum Semai

Sebelummenyemai benih betik sekaki, rendam dulu benih dalam air suam, iaitu campurkan 1/2 cawan air panas dengan 1/2 cawan air pada suhu bilik. Suhu sekitar 35 hingga 40 darjah Celsius selama 2 jam.
Kali pertama saya semai, saya tak rendam benih.  6 minggu baru bercambah.  Nasib baik saya tak buang benih sebab ingatkan benih tak bernas. 
Kali kedua semai, saya rendam dalam air suam selama 2 jam.  Benih bercambah dalam masa 6 hari.  Gambar menunjukkan anak pokok betik 1 minggu selepas bercambah.

Anak pokok betik sekaki.

---------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]

8 ulasan:

  1. en. is, saya membeli benih betik ini dari en. is 2 bulan lepas. saya dah buat seperti yg en. is cadangkan rendam dalam air suam, tapi masih x tambuh juga sehingga sekarang. en. is simpankan saya 1 pek benih betik ini untuk saya lagi yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok. Kali ni pastikan tanah tidak kering sebelum benih bercambah. Benih yang belum bercambah tu jangan buang. Mungkin masih dalam proses percambahan.

      Padam
  2. Assalam. Cik ada cuba menyemai benih betik dan telah ikuti cara2 en. Dengan merendam benih betik. dan skang sudah masuk 6 hari tapu belum bercambah.. mta pdpt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut keserasian tanah, cuaca dan lembapan. Benih bercambah dalam masa 6 hari hingga 8 minggu. Kebiasaannya benih betik sekaki bercambah pada minggu ke enam.
      Ramai daripada rakan yang menyemai memberitahu benih bercambah setelah mereka buang bekas semaian kerana menyangkai benih tidak akan bercambah.
      Harap bersabar menunggu.

      Padam
  3. Terima kasih atas nasihat en. Nak tya boleh tdk sementara menunggu betik berbuah kita menanam tembikai susu atau pun rock melon sbgai selingan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari pengalaman saya tiada masalah. Saya perhantikan di kawasan kar betik jumlah cacing tanah juga lebih dari biasa kecuai jika ada semut gatal yang memakan cacing tanah. Ini boleh dimanfaatkan denagn meletakkan daun kering supaya dapat diuraikan oleh cacing. Serbuk lebihan dari yang dimakan oleh cacing boleh digunakan sebagai baja.

      Padam
  4. Terbaik en.iskandar..terima kasih utk info yg bguna ini

    BalasPadam
  5. encik, tanah apa yg sesuai untuk tanam benih dlam polibeg? tanah itam ?

    BalasPadam