Membina patch yang berjaya perlukan masa. Cuba bayangkan rupa patch yang diidamkan, rancang dan kemudian usahakan untuk mencapai matlamat tersebut. Menanam di rumah adalah aktiviti hobi, jadi bila buat perancangan, biarlah berpada-pada.
Maksud saya, saiz jangan terlalu besar.
Ini kerana patch atau kawasan yang terlalu besar perlukan banyak masa
dan tenaga. Kita yang melakukan aktiviti
secara hobi mana ada banyak masa yang terluang.
Paling banyak masa yang ada, beberapa minit sebelah pagi dan beberapa
minit di sebelah petang. Waktu
tengahari, kalau ada di rumah sekali pun mustahil dapat lakukan aktiviti di
laman depan rumah kerana suhu yang amat tinggi.
Jangan cuba lakukan semua tugas sekali gus. Buat sedikit
sedikit. Kita perlu bersabar untuk
hasilkan patch depan rumah sebagaimana yang diidamkan. Mulakan dengan saiz yang kecil. Jika 2 ela terlalu besar, mulakan dengan sekaki
persegi. Dari situ kembangkan patch
hingga ke saiz yang diidamkan.
Saya perhatikan dari cerita rakan-rakan, punca utama
kegagalan menyiapkan patch ialah terlalu ghairah di peringkat permulaan. Bila dah terasa terlalu payah nak siapkan
sesuatu tugas, biasanya projek patch depan rumah akan terbengkalai.
![]() |
Bila bina patch, biar realistik. Mulakan dengan kawasan yang kecil dulu. Patch bersaiz 1 ela persegi mungkin memenatkan. Mulakan dengan 1 kaki persegi dulu. |
Cara saya buat, begini; rancangkan patch yang diidamkan.
Ambil satu kawasan daripada patch tersebut, misalnya satu kaki persegi dan
lakukan aktiviti dalam patch tersebut sahaja.
Beberapa hari kemudian, sambung dengan satu kaki persegi lagi. Ambil masa antara 45 minit hingga satu jam
sahaja. Cukup untuk keluarkan peluh.
Lama-lama bila dah mahir, segala tugas akan dapat
diselesaikan dengan lebih cepat.
--------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]
--------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan