Selasa, 2 Julai 2013

Patch Depan Rumah Bahagian 2

Semalam alih beberapa anak pokok sayur ke dalam patch depan rumah.  Tanaman diletak di ruang kosong dan diharapkan akan memenuhi ruang tersebut dalam masa 1 hingga 2 minggu.  Bila pokok merimbun nanti, tanaman yang tidak tahan cuaca panas terik akan ditambah kerana bila patch dah penuh dengan pokok, keadaan akan nyaman sedikit.

Kobis cina yang baru dialih ke patch depan rumah.

Sebelum meletakkan tanaman, saya sediakan tanah terlebih dahulu.  Sekarang saya sedang menyediakan patch sawi sebagaimana dalam gambar di bawah.  Bahan organik, kondisyener tanah dan pellet tinja ayam digaul dan dibiarkan mereput selama 2 minggu.  Tanah terdedah begini pasti akan mengundang kucing untuk memuaskan hajatnya.  Ia tidak berlaku di patch ini kerana saya dah lakukan sesuatu untuk menghalang kucing daripada berbuat demikian.  Semuanya ada dibincangkan dalam Ebook "Kucing Sahabat Taman".
 
Contoh patch yang mengandungi bahan organik yang dibiarkan mereput.

Penyediaan tanah untuk laman depan rumah berbeza sedikit daripada penyediaan tanah untuk sayur kerana saya ingin letakkan tanaman hiasan.  Untuk pastikan pokok berbunga dengan lebat saya juga letakkan abu yang dihasilkan daripada sisa tanaman yang telah dibakar penduduk sekitar.  Abu kaya dengan kalium (potassium) yang diperlukan untuk tanaman menghasilkan bunga.

---------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]

12 ulasan:

  1. encik is ada petua tak untuk gerbera daisy saya tu berbunga?

    BalasPadam
  2. Guna baja bunga. Atau guna abu pembakaran sisa pokok, bilas 3 Kali dengan air untuk kurangkan garam Dan gaul dengan tanah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Camner cara nak bilas tu en. Is?

      Padam
    2. Masukkan abu dalam baldi, kira-kira 1/4 baldi. Kemudian masukkan air ke dalam baldi hingga setengah baldi. Gaul supaya sebahagian dari garam abu terlarut dan tuangkan air. Ulangi sebanyak 3 kali. Kemudian gaulkan abu tersebut dengan tanah atau tuangkan ke dalam bekas atauy tanah tempat pokok ditanam.

      Padam
    3. Oic..camtu caranya.. tkasih banyak en. Is.

      Padam
  3. Salam en is, Benih dah diterima. Terima kasih . Saya ada buat review pasal kompos larva lalat hitam dan sayuran yang dibeli sebelum ni..Ada masa jengok la di http://nabeehanur.blogspot.com/2013/07/sah-kompos-black-soldier-fly-larva.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Memang menarik. Larva lalat black soldier juga dikenali sebagai "meal worms". Ada juga yang gunakan larva ni untuk menggantikan cacing dalam bekas kompos. Saya kurang arif tentang penggunaan larva ni untuk menghasilkan kompos.

      Padam
  4. assalamu'alaikum en is,

    mcm mana nak dapatkan ebook 'kucing sahabat taman'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat bayaran RM10 menggunakan akaun yang dipamerkan dalam pautan "Cara Memesan Benih". Kemudian emel [email protected], nayatakan maklumat bayaran dan emel serta no HP.

      Buku akan dikirim minggu depan melalui emel.

      Padam
  5. assalamu'alaikum en is,

    saya dah tfr untuk belian e-book berkenaan berserta bukti pembayaran melalui emel.


    Tq.

    BalasPadam