![]() |
Patch depan rumah akan dijadikan patch hiasan yang mampu menghasilkan sayur dan juga herba. |
Semalam kerjakan patch depan rumah, kali ini sekeluarga membantu. Kalau macam ni tiap-tiap hujung minggu, seronok juga. Pokok yang disemai Puteri yang telah padat dalam pasu dialih ke patch tersebut. Sebenarnya ruang tersebut telah dikerjakan sejak 2 minggu yang lepas dengan menyediakan tanah terlebih dahulu. Semalam, pokok bunga dan herba serta sawi bakso dialih. Ya, patch ini akan menggabungkan tanaman makanan, herba, dan tanaman hiasan (bunga).
![]() |
Peringkat awal patch ditanam dengan rosemary, beberapa jenis bunga, sawi bakso, bawang, cili padi propagasi. |
Bila kawasan dah rimbun nanti, lebih banyak tanaman yang tidak tahan panas akan ditambah ke patch. Tak sabar rasanya. Patch ini akan mempraktikkan tanah yang hidup, kesinambungan antara tanaman dan persekitaran, pencahayaan serta kaedah-kaedah yang berkait.
Rosemary, cantik, menghasilkan bau yang mampu menghalau makhluk perosak, dan dijadikan perisa makanan. |
Pokok bunga pasti akan menarik perhatian bila ditanam depan rumah. Gambar menunjukkan pokok bunga Gerbera dan Verbena. |
Bagaimana dengan serangan kucing? Itu juga diambil kira. Peringkat awal saya telengkupkan pasu kecil terlebih dahulu.
Perbincangan tentang patch ini disusun seperti berikut:
1) Penyediaan tanah.
2) Pilihan tanaman.
3) Memastikan tanah hidup yang mampu memanfaatkan tanaman.
4) Menghasilkan sayur yang bersaiz besar dan segar.
5) Mengadaptasi supaya tahan serangan perosak.
6) Lain-lain perkara yang mungkin berbangkit ketika mengendali patch ini.
Di peringkat awal, bunga Gerbera dipilih kerana ia tahan panas. |
---------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]
Cantiknya tanaman.. ala2 english garden pulak.. teringat kenangan sy diperantauan mat dan minah saleh suka tanam pokok bunga warna warni yg renek dan merimbun mcm nih..
BalasPadamBunga Gerbera ni ada benih tak?susah ke nak tanam?
BalasPadamBenih bunga ni terlalu halus. Ambil masa yang sangat lama nak dapat besar ni. Mungkin ada kaedah lain untuk biakkan. Saya tak berani jual benihnya, bimbang pembeli kecewa menunggu lama. Saya cuba propagate dulu.
Padamcantik bunganya.. nanti bila dah ada cara, post kat blog ye.. terima kasih
PadamSaya akan ceritakan bila dah dapat kaedah yang serasi nanti. :)
PadamCantik....
BalasPadamYa, memang cantik. Ketika mengalih leka juga membelek bunga.
Padambunga gerbera tu tanam dari biji benih ke?
BalasPadamYa, benihnya halus seperti benih dandelion. Yang menjadi sedikit aja. Kalau difikirkan lebih baik propagate, tapi belum jumpa lagi rujukan yang sesuai.
Padambunga sebelah gerbera tu bunga ape?
BalasPadamSalam. Nak tanya, patch ni sesuai tak buat untuk musim sekarang? Kalau ada hujan lebat sekali sekala, ok ke untuk rosemary tu?
BalasPadam