Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 5 Julai 2013

Menyemai Cili Dengan Keratan

Ada dua cara menyemai cili, iaitu cara biasa dengan menggunakan benih atau dengan menggunakan keratan.  Cara terbaik adalah dengan menggunakan benih.  Namun begitu, jika anda ingin menghasilkan pokok cili yang renek untuk dijadikan tanaman hiasan, boleh tanam menggunakan keratan.

Saya ada tanam beberapa pokok cii menggunakan keratan.  Pokok yang dihasilkan lebih renek dan kelihatan cantik. Ia juga berbuah lebih cepat jika dibandingkan dengan cili yang ditanam dari benih.  Bagaimanapun, jika anda tanam untuk dapatkan buah yang lebat, elok tanam menggunakan benih.

Untuk tanam menggunakan keratan, anda perlukan tanah yang mampu menyimpan air supaya tanah kekal lembap tetapi tidak terlalu basah.  Ini untuk mempastikan keratan tidak kehausan sebelum keratan menghasilkan sistem akar yang kukuh.  Saya ada mengadunkan tanah yang sesuai digunakan untuk menyemai cili menggunakan keratan.  Jika berminat boleh hubungi saya.  Tanah propagasi tersebut saya jual dengan harga RM10 untuk dua pek (lebih kurang 1 kg).  Hubungi melalui emel ([email protected]).  Tanah yang dihasilkan tak banyak, hanya untuk rakan-rakan yang menanam di rumah sahaja.

Ketika menyemai cili menggunakan keratan, perhatikan pertumbuhan keratan tersebut.  Jika ia berbunga dan berbuah, sebahagian besar dari sumber digunakan untuk pertumbuhan buah.  Keratan yang masih lemah pasti tidak mampu berbuat demikian.  Ini kerana pokok perlu tumpukan segala sumber untuk pertumbuhan akar.  Jika ada buah, sumber terpaksa diagihkan.  Pokok akan mati bila buah cili mula ranum kerana nutrien yang diserap tidak cukup untuk pertumbuhan akar.  Pokok seolah-olah mati kelaparan.


Keratan cili pelangi yang berbuah sebelum sistem akar tumbuh dengan kukuh akan mati.

Cara terbaik ialah cubit buang semua bunga yang tumbuh.  Bila dah pokok kukuh, dan anda telah alih ke dalam pasu, barulah biarkan pokok cili berbunga dan berbuah.Sistem akar akan tumbuh kukuh dalam masa 2 minggu hingga 1 bulan.

Keratan cili yang tiada bunga atau buah tumbuh subur.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Apa? Cili ditanam dengan keratan ranting.
Mengapa? Untuk dapatkan pokok yang renek seperti bonsai untuk hiasan.
Guna tanah? Khas untuk propagasi.
Berbunga atau berbuah? Cubit buang supaya tak rebut nutrien yang perlu untuk pertumbuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan