Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 4 Julai 2013

Keperluan Air Berbeza Mengikut Jenis Tanaman Serta Peringkat Pertumbuhan, bahagian 2 daripada 2

... sambungan.


Sebagaimana yang dinyatakan dalam bahagian pertama, pola keperluan air juga dipengaruhi oleh jenis tanaman. Anda boleh gunakan panduan berikut.

Tanaman sayur daun
Tanaman ini perlukan bekalan air (lembapan) secara berterusan untuk menghasilkan daun yang rangup dan segar.  Kekurangan air akan menyebabkan pokok tertekan (stress) yang akan menyebabkan tuaian lebih berserat, rasa yang kurang enak serta saiz yang kecil. 

Tanaman tuaian akar
Tanaman sebegini perlukan bekalan air yang berterusan dengan kuantiti yang banyak, jika tidak akar tidak membesar seperti yang diharapkan. Jika kekurangan air, pokok akan tertekan dan berbunga. akibatnya akar menjadi kecil dan mempunyai rasa yang kurang enak.  Jika terlebih air, pertumbahan yang tidak diingini mungkin berlaku, misalnya akar yang bercabang.

Tanaman Menghasilkan Buah
Bekalan air yang banyak akan menyebabkan daun subur, yang kadangkala akan melambatkan pokok berbunga.  Bila dikurangkan air, ia akan menyebabkan pokok berbunga.
Bila buah mula berputik, jumlah air yang diperlukan bertambah.  jika kekurangan air, putik buah mungkin akan gugur.

Tanaman Bebawang
Tanaman ni perlukan air yang banyak ketika muda tetapi bila matang tidak memerlukan air lagi. Elok berhenti menyiram supaya bebawang kering.

Tanaman sayur daun dan tanaman sayur buah perlukan pola siraman yang berbeza.  Jika dimanfaatkan, hasilnya lumayan.



Artikel ini adalah sebahagian dari topik yang dibincangkan dalam ebook TanamSendiri.com yang bertajuk “Menyiram Pun Ada Rahsianya”. Untuk perbincangan yang lebih mendalam, dapatkan ebook tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan