Rabu, 3 Julai 2013

Keperluan Air Berbeza Mengikut Jenis Tanaman Serta Peringkat Pertumbuhan, bahagian 1 daripada 2



Lain jenis tanaman, lain pula keperluan airnya.  Kangkung yang lazimnya tumbuh di kawasan berpaya memerlukan air yang banyak manakala tembikai yang ditanam di kawasan panas berpasir memerlukan hanya sedikit air.  Peringkat pertumbuhan juga memerlukan kuantiti air yang berbeza.  Ini ada kaitan dengan kadar pertumbuhan akar.  Anak pokok mempunyai pertumbuhan akar yang galak.   Manakala pokok yang matang mempunyai kadar pertumbuhan yang  perlahan.  Maklumat berikut boleh dijadikan panduan.

Anak pokok
Anak pokok atau cambahan memerlukan jumlah air yang sedikit berbanding pokok yang telah matang.  Ini ketara kerana saiz cambahan masih kecil.  Oleh kerana anak pokok masih belum rimbun, tanah lebih cepat kehilangan air melalui sejatan. Anda perlu menyiram dengan lebih kerap.

Pokok matang
Pokok yang matang perlukan klebih banyak air kerana saiznya lebih besar.  Oleh kerana kedudukan akarnya lebih dalam di dalam tanah, ia perlukan lebih lagi air.  Jadi anda perlu siram lebih banyak air.  Namun begitu, daunnya lebih rimbun menyebabkan kawasan batang pokok lebih teduh.  Jumlah air yang hilang melalui penyejatan lebih sedikit berbanding anak pokok.  Jadi anda tidak perlu menyiram lebih kerap.

Anak pokok (betik sekaki) perlukan air yang sedikit tetapi lebih kerap berbanding pokok (betik sekaki) yang matang.

Bersambung...

Artikel ini dipetik dari ebook TanamSendiri.com yang bertajuk "Menyiram Pun Ada Rahsianya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan