Rabu, 17 Julai 2013

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Terung Besar Giant Naga Milik Juli Zan

Hari ini sayapamerkan gambar kiriman Juli Zan, iaitu gambar Terung Giant Naga.  Walaupun pokok masih kecil, ia telah menghasilkan buah yang besar dan gemuk.  Memang puas hati tanam terung ni kerana ia menghasilkan buah dalam jangka masa yang lama. Saiz buah pula besar.
Buah terung Giant Naga memang enak dimakan segar sebagai ulam, dipanggang atau celur atau dimasak. Untuk rasa yang paling enak, tuai ketika kulit buah masih berkilau.
Ketika berbunga atau berbuah, pastikan pokok tidak kekeringan. Ini kerana ketika berbunga atau berbuah, pokok perlukan air yang banyak.  Jika kekeringan bunga akan luruh. Buah akan kecut dan pokok akan mati kehausan di waku tengahari.

Terima kasih Juli Zan kerana sudi berkongsi gambar.
Terung Besar Giant Naga. Gambar oleh Juli Zan <[email protected]>.

5 ulasan:

  1. Tuan minda pandangan sikit. Saya ada tanam terung tetapi di serang white flies. Habis daun terung mengecut dan menjadi kuning. Pokok terung menjadi tidak produktif. Ada cara terbaik menghapuskan white flies? Bawang putih tak menghalau drakula, nampaknya. Uhuks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak tahulah siapa yang mula-mula sebarkan bawang sebagai penghalau pest. Ia sebenarnya pemanggil. Lidah manusia dan deria rasa/bau haiwan berbeza. Hanya kerana ada manusia tak suka bau/rasa bawang, ini tak bererti haiwan akan membencinya.
      Saya musnahkan white fly menggunakan semburan larutan pencuci pinggan dan minyak masak. Selagi ada, sembur. Sembuarn bukan pada pokok tapi pada whitefly untuk memusnahkannya. Sukatan biar betul untuk pastikan daun tidak rosak.
      Untuk menghindari whitefly, saya tanam berbagai jenis basil, pokok ubat nyamuk, rosemary, kesum, ulam raja dan berbagai tanaman yang mempunyai bau yang tidak digemari serangga. Alhamdulillah, walaupun sekarang musim serangan serangga makhluk perosak, laman rumah saya selamat. Tiada satupun whitefly ditemui.
      Kadang-kadang ada flea beetle dan kekabuh timun serang, tapi sementara sahaja kerana saya ada membiarkan burung bersarang pada pokok dekat rumah. Pagi pagi burung datang mengutip serangga.

      Padam
    2. Bawang memang bertindak sebagai penghalau, berdasarkan pengalaman saya menanam sawi, bawang, dan daun kesum bersebelahan. Pokok sawi kurang diserang serangga manakala daun kesum banyak diserang serangga.

      Tetapi apabila tuan berkata begitu, membuatkan saya terfikir kembali. Banyak lagi perlu saya belajar bukan setakat teori. =)

      Terima kasih atas idea yang diberikan.

      Padam
    3. Pokok bawang memang jadi penghalau jika kita tanam berdekatan dengan tanaman lain. Yang menjadi masalah ialah apabila ada yang promotekan bawang sebagai ramuan dalam semburan makhluk perosak. Jika kita ambil bawang dan lumatkan untuk dijadikan semburan, ia menjadi pemanggil makhluk perosak. Yang membunuh makluk perosak apabila disembut bukannya enzim bawang tetapi pencuci pinggan dan minyak masak. Mungkin bawang digunakan supaya makhluk perosak baru tidak akan singgah ke pokok yang disembur. Ini sebenarnya yang menjadi punca masalah baru.
      Ini kerana bau bawang yang kuat menjadi isyarat kepada makhluk perosak (jenis lalat)yang memakan sambil membiak dalam bawang bahawa ada bawang yang cedera.
      Makhluk perosak tersebut akan berkunjung untuk mencari bawang yang rosak untuk bertelur. Apabila tiba, tiada bawang ditemui, tanaman lain, terutamanya jenis kobis, kailan dan sawi akan menjadi tempat persinggahan kerana lalat tersebut juga membiak di dalam batang keluarga brassica. Ia akan menyerang bahagian batang dan tidak lama kemudian larvanya (maggot) akan mula makan batang daripada dalam menyebabkan pokok mati dan batangnya menyebabkan batang menjadi buruk.
      Dengan menggunakan semburan bawang, kita mempelawa makhluk perosak dari jenis lalat tersebut, iaitu makhluk perosak yang baru ke taman rumah.
      Pokok bawang yang saya tanam memang berjaya halau lalat putih serta serangga lain daripada menyerang. Tapi saya tidak akan ambil bawang dan lumakan untuk dijadikan ramuan semburan.
      Pernah berlaku kepada saya, apabila saya tuai daunnya, bawang tercedera. Ada antara bawang menjadi buruk. Tidak lama kemudian beberapa pokok kobis cina yang dah besar mula mati secara perlahan. Bila saya keluarkan pokok dan potong batangnya, ia kelihatan hancur seperti jeli. Di dalamnya ada beberapa ekor larva lalat. Bila saya keluarkan bawang yang buruk daripada tanah, ia juga mempunyai larva lalat tersebut.
      Cara yang saya gunakan sekarang ialah tanam beberapa jenis pokok pelindung. Alhamdulillah, lalat putih, kepinding dan lain-lain perosak tidak lagi berkunjung menyerang tanaman sayur yang kami tanam.

      Padam
    4. Oh maksud Tuan Is bawang sebagai ramuan penghalau. Saya ingatkan pokok bawang. Terima kasih atas info berguna ini. Saya amat menghargainya. =D

      Padam