Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 29 Julai 2013

Gambar Hari Ini -- Patch Lobak Putih



Patch Lobak Putih

Anak pokok lobak telah dialih ke patch lobak di depan rumah.  Dulu ruang ini ditanam dengan pokok sawi.  Tanah digaul dengan baja organik iaitu pellet tinja ayam dan dibiarkan baja mereput selama 2 minggu.  Saya perhatikan pokok tumbuh dengan galak.

Garfu pakai buang diletakkan sebagai tanda amaran kepada kucing supaya tidak merosakkan tanaman.  Cara ini berkesan hanya untuk sementara waktu.  Perbincangan tentang cara menghindari gangguan kucing ada diletakkan dalam ebook "Kucing Sahabat Taman?" yang akan diedarkan pada hari Isnin, 29 Julai.  Harga untuk pesanan awal ialah RM10.

1 ulasan:

  1. Salam En Is...

    saya pun ada cucuk lidi satay dan ranting kayu dalam pasu dan patch mini saya untuk halang dari kena kacau dgn kucing...tapi macam en Is cakap la,berkesan untuk sementara waktu je pastu dia tuling gali buang lagi lidi tu sumer,huhu.Macam mana nak order e-book tu?Dah lama berminat tapi tak dapat pula klik titlenya kat column kanan tu,ingat kan dah tak jual.

    BalasPadam