Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 15 Julai 2013

Gambar Hari Ini -- Patch Depan Rumah, 2 Minggu Kemudian

Patch depan rumah selepas 2 minggu pokok dialih atau disemai.

Gambar Hari Ini menunjukkan gambar panorama yang dihasilkan dengan menggabungkan 6 gambar untuk menghasilkan gambar penuh patch depan rumah.  Patch ini menggabungkan tanaman hiasan dan tanaman sayur untuk menghasilkan laman depan rumah yang menarik serta menghasilkan makanan untuk keluarga.

Patch ini dihasilkan dengan perancangan terlebih dahulu.  Tanah dikerjakan supaya "hidup" dan akan bekerja untuk membekalkan nutrien serta keperluan lain tanaman untuk menghasilkan pokok yang subur penuh dengan bunga atau buah, menghasilkan tuaian yang banyak, rangup, segar dan enak dimakan, tidak dimusnahkan oleh perosak.

Dengan perancangan juga, kami dapat pastikan laman yang dihasilkan kelihatan subur walaupun dibina dalam kawasan yang panas sehingga mencecah 38oC di waktu tengahari.  Isu yang berkait dengan penghasian serta penjagaan ruang kecil ini akan dibincangkan dari masa ke masa dengan harapan rakan-rakan mendapat idea untuk hasilkan laman tanaman makanan/hiasan yang cantik serta mendatangkan hasil.
 --------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected] 

3 ulasan:

  1. Cantiknya. Dah ada rumah nanti boleh la saya buat jugak. Sekarang ni dalam perancangan nak tanam cili dalam pasu. Maklumla, duk apartment.

    BalasPadam
  2. patch 'hari raya'...heh heh heh

    BalasPadam
  3. cantiknya..bunga merah tu bunga apa ya?

    BalasPadam