Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 5 Julai 2013

Cambahan Cili Kerinting


Cambahan Cili Merah Kerinting

Benih yang baru saya terima ialah benih Cili Merah Kerinting.  Benih tersebut cepat bercambah.  Benih yang saya uji cambah tumbuh dalam masa 5 hari.  Saya bercadang untuk hasilkan dalam 100 pasu pokok cili kerinting untuk dijual kepada rakan yang berkunjung.  Ini kerana buah cili kerinting enak dijadikan ulam ketika ia masih hijau.  Menyelerakan jika dimakan bersama nasi atau dijeruk dalam cuka asli.  Buah yang ranum juga mengeluarkan bau yang wangi bila ditumis.   
Bayangkan jika ada satu pasu diletakkan di tingkap berdekatan ruang makan.  Isi nasi dalam pinggan, hulur tangan, petik buah cili kerinting yang segar untuk dijadikan ulam.  Pasti menyelerakan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Pokok apa?  Cili Merah Kerinting
Bagaimana nak dapatkan benih?  Boleh pesan dari blog ini.  Klik http://www.tanamsendiri.com/2013/06/benih-untuk-dijual-cili-merah-kerinting.html 
Berapa harganya?  1 pek RM2, ada 10 benih dalam 1 pek.
Bagaimana caranya nak pesan?  Klik http://www.tanamsendiri.com/2012/04/cara-memesan-benih.html
Macamana nak tanam cili? Klik http://www.tanamsendiri.com/2011/01/tanam-sendiri-cili-capsicum-annum.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan