Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 24 Julai 2013

Basil Sebagai Buddy Cili

Selain daripada digunakan sebagai herba, dibuat ulam, basil juga bertindak sebagai pemanggil serangga pollinator dan ladybird baik yang memakan bena. Saya perhatikan sejak bunga basil yang sangat kecil mekar, jumlah lebah tanpa sengat (kelulut) meningkat. Saya juga menemui ladybird dari jenis karnivora serta larvanya yang memakan bena berlindung dalam pokok basil.
Walaupun pokok cili tidak memerlukan bantuan serangga pendebunga, saya dapati kehadiran serangga pendebunga jelas meningkatkan lagi kadar bunga yang lekat yang menghasilkan lebih banyak buah cili. Jika diseimbangkan pembajaan, penyiraman, pendebunga dan cahaya, saya yakin anda dapat hasilkan jumlah cili sebanyak mungkin.
Saya belum lagi imbangkan elemen tersebut, tapi lihatlah sendiri betapa lebatnya buah cili yang dihasilkan.


Basil sesuai dijadikan buddy pokok cili.

-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau
email iskandar.abdulrashid@gmail.com atau iskandar@tanamsendiri.com

7 ulasan:

  1. Saya ade soalan tentang pokok terung dengan kacang botor. Saya dah tanam kedua2 pokok ni dah lama. Pokok sangat subur, daun lebat tapi masih belum berbunga/ berbuah. Pokok terung pernah keluarkan bunga tapi gugur? Apa patut saya buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terung, apabila berbunga perlukan lebih air. Jika di waktu tengahari pokok kering, bunga akan luruh.
      Selain dari itu, bunga akan luruh jika bunga tidak disenyawa (didebunga), atau kurang baja buah. Dari pengalaman saya, penyebab utama ialah pokok kehausan.

      Pokok kacang botor memang lambat sedikit berbunga. Bunga batch pertama akan luruh kerana itu hanya pemanggil serangga pendebunga, seperti memberi tahu, datanglah ke sini nanti ada banyak bunga. Biasanya batch kedua akan menjadi buah.

      Padam
    2. jadi saya perlu tambah kaja khusus untuk buah ke? baja organik sesuai x?lagi satu kedua-dua pokok ni ditanam di tempat yang bukan direct sunlight?ade kesan buruk pada pokok ke?

      Padam
    3. Ya. Boleh tambah baja organik. Seeloknya tambah juga sedikit abu dari pembakaran tanaman.
      Pokok terung perlu cahaya sepenuhnya.

      Padam
  2. Salam En. Is,

    Wah, bagus maklumat ini!

    BalasPadam
  3. oarang sabah suka makan cili ni

    BalasPadam
  4. Salam en is.
    Saya nak tanya adakah kacang buncis pun macam kacang botor juga? Sbb pokok kacang buncis saya byk mengeluarkan bunga tp semuanya gugur. Adkh ia memerlukan serangga pendebungaan. Saya tanam di dlm rumah kucing yg lama ada cahaya masuk. Atau ia lebih sesuai ditanam ditempat terbuka?

    BalasPadam