Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 23 Julai 2013

Apa Nak Buat Dengan Tomato Ceri Yang Berlebih Ni?



Tomato ceri memang seronok tanam.  Kalau tanam sepuluh pokok, katalah menjadi 5 pokok, sekali tuai satu pokok dapat 20 biji, 5 pokok dapat berapa biji yer?
Saya pernah tanam, satu pokok dapat antara 70 hingga 80 biji. Itu sekali tuai.  Buah tomato ceri tanamsendiri tak sama dengan yang dikedai. Yang tanamsendiri segar, rangup, manis dan pekat dengan rasa tomato.  Mana nak cari.  Saya dulu, tuai terlalu banyak, puas makan. Buat ulam nasi ayam, buat sos, buat sambar, simpan dalam balang, jemur sampai kering lepas tu simpan dalam balang bersama minyak zaitun dan bawang putih.  Letak atas pizza, buat sos spaghetti, ratah sambil nonton tv.... Memang best.

-------------------------------
Benih masih ada. Tomato tropical ruby, 1 pek ada sepuluh benih. Beli dua pek, hanya RM10. Tanam dalam tong gabus, tin susu, pasu besar.  Letak belakang rumah, sekali tuai 200 biji.  Itu kalau hanya ada sepuluh pokok dan sekali tuai 20 biji sepokok.  Tak berbaloi ker berbelanja RM10 dapat sebanyak itu. Itu sekali tuai. Lagi tiga hari tuai lagi. Minggu depan tuai lagi.  Begitulah selama 3 bulan. Murah rezeki.
-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]
------------------------------
Apa? Tuaian tomato ceri banyak tak termakan.
Apa nak buat? Jemur dan simpan dalam balang berisi minyak zaitun.
Kegunaan? Untuk memasak. Enak dengan rasa yang ketara.
Benih ada?  Ada, banyak pilihan. Set koleksi tomato ceri pun ada, hanya RM30 satu set.

8 ulasan:

  1. Pokok tomato ceri saya pun dah besar. Tnggi sama ngan saya dah. Baru berbunga ....tak sabar nak tunggu putiknya keluar. Nanti saya poskan gambarnya.

    Terima kasih En. Iskandar...

    BalasPadam
  2. selalu tgk kat afc, chef guna sundried tomatoes, rasanya kalau kita buat sendiri pun boleh je kot...

    BalasPadam
  3. Buah tomato banyak kegunaannya, buat jus pun sedap En Is. Kacang bendi yang saya beli dgn En Is tu dah bercambah, saya semai 3 biji semuanya bercambah. Allhamdullilah

    BalasPadam
  4. Kenapa pokok tomato ceri sy x tinggi?sy tnm kttanah. Terbantut ke? Da 3 bulan xnmpk lak putik buah

    BalasPadam
  5. Tomato ceri hasil tanaman Cik Att yang dipost ke blog menggunakan benih tanamsendiri. Terima kasih Cik Att.

    Blog Cik Att

    BalasPadam