Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 29 Julai 2013

Anak Pokok Betik Sekaki

Benih betik sekaki ambil masa yang lama untuk bercambah, jika dicambahkan cara biasa.  Jika direndam dalam air suam selama 2 jam, disemai dalam tanah khas untuk cambahan, ia bercambah dalam masa 5 hari.  Ada antara rakan yang patah hat bila benih lambat bercambah.  Jangan putus asa.  Jika tinggal berdekatan, boleh datang dan dapatkan anak pokok betik sekaki yang dah bercambah.  Dah ada banyak anak pokok yang menunggu tuan baru.  Saya akan cambahkan beberapa benih lagi supaya semua dapat nikmati pokok betik sekaki di halaman rumah.  Pokok betik sekaki istimewa kerana ia renek dan buahnya boleh dipetik tanpa menggunakan galah.

Anak pokok betik sekaki.

----------------------------------------------
Apa? Anak pokok betik sekaki.
Ada dijual?  Ada, tapi tidak dikirim, perlu datang ambil.
Harga? Hanya RM5 satu pokok.


-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau
email iskandar.abdulrashid@gmail.com atau iskandar@tanamsendiri.com

21 ulasan:

  1. salam en is, saya semai benih betik sekaki tanpa rendam suam terlebih dahulu, agaknya boleh ia bercambah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah akan bercambah cuma lambat sedikit. Pastikan tanah semaian sentiasa lembap.

      Padam
  2. Salam, nak tanya, pokok apa yang sesuai ditanam dalam pasu dan diletakkan dalam rumah....pokok limau purut atau limau nipis ok tak?

    BalasPadam
  3. Saya semai 3 biji. 2 bj direndam 1 lg tak. Dah 2 mgu, yg tak rendam yg bercambah. Adakah yg direndam tak menjadi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan tak menjadi. Belum sampai masa. Benih bercambah dari 5 hari hingga 2 bulan. Batch pertama yang saya tak rendam (100 benih) bercambah selepas 6 minggu. Ada yang 8 minggu baru bercambah.
      Batch ke 2, 100 benih direndam 2 jam dalam air suam. 80 benih bercambah dalam masa 5 hari. Bakinya dalam masa 6 minggu.

      Padam
  4. dulu memang patah hati...tapi sekarang tak lagi...sebab benih tu menjadi..cuma lambat sebab tak rendam.

    BalasPadam
  5. Salam, Kalau tanam dalam pasu boleh berbuah tak? Kalau nak beli..kat mane ye nak amik? boleh email alamat rumah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      InsyaAllah kalau cukup cahaya air, air dan baja.
      Ambil di Semenyih.

      Padam
  6. dr 5 benih, hidup 3,2 lg belum kot.trus tanam tak rendam,pagi ptg siram

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang Mohd Adinor semai, yang tumbuh ambil masa berapa hari?

      Padam
    2. dlm 7 hari,skrg dah masuk 2 minggu,dah besar sikit lagi nak pindah ke polibeg nak bwk balik kampung

      Padam
    3. Alhamdulillah. Bila di kampung nanti, jika tanah berpasir gali dulu kawasan. Pastikan tiada ulat kekek. Ulat ini gemar makan akar betik. Jika ada ulat kekek, kutip buang dulu. Jika pokok kukuh tiada masalah. Ia makan akar pokok yang lemah sahaja.

      Padam
    4. alhamdullialah,ulat undi kan?mmg kawasan rumah kampung tu berpasir sikit,risau monyet jer ,tp dah jarang2 dtg sbb keliling dah terang sikt n letak patung harimau:-)

      Padam
  7. salam nk ty, sy tanam benih betik sekaki nih bln 3 dlm pasu..alhamdulillah seminggu pastu tumbuh tunas2 comel mcm tauge..sebulan lebih pastu sy pindahkn ke tanah...tp skrg (kire2 dh 7bln) still pokoknye kecik je..tinggi dlm 15cm camtu..mcm2 baja dh letak tapi die mcm tumbuh lambat..sy siram tiap petang dan ia tak bertakung...sekeliling pokok tiada rumput yg tumbuh..sy cabut tiap kali ade yg tumbuh....kenapa ye???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya selepas sistem akar settle, pertumbuhan akan galak. Bagaimana rupa tanah di kawasan tersebut?

      Padam
  8. Saya nak tanya, biasanya benih betik akan bercambah berapa hari waktu menyemai tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iut umur benih. Benih yang kami edarkan, benih impot. Jadi apabila disemia, ia telah lama disediakan. Benih tersebut ambil masa yang lama untuk bercambah. Jika disemai cara biasa, kami dapati ia ambil masa selama 5 minggu untuk bercambah.

      Padam
  9. Klo nak rendam benih betik....bleh tak guna je air sejuk?atau lebih elok air suam? Tq

    BalasPadam
  10. saya tanam dalam 3 minggu baru bercambah. skrg dah 3 bulan pokok dah mula membesar..

    BalasPadam