Bunga telang (Butterfly pea, Blue pea) atau nama latinnya
Clitoria ternatea adalah pokok kekacang yang memanjat yang mampu tumbuh subur di negara yang mempunyai cuaca yang panas seperti di negara kita. Bunganya yang biru cantik menjadi hiasan laman rumah jika dijaga dengan elok.
 |
Bunga telang berwarna biru. |
Selain dari pokok hiasan, bunga dari pokok ini dituai untuk dijadikan pewarna dan perisa makanan. Warna yang dihasilkan daripada kelopak bunga telang boleh diubah kepada warna merah dengan mencampurkan jus limau nipis (asid).
Lazimnya bunga telang dibiakkan menggunakan benih. Bentuk benih bunga telang bulat pipih dengan kulit berwarna hitam. Benih boleh dibeli dari blog ini, menggunakan pautan (
link) berikut.
http://www.tanamsendiri.com/2011/02/benih-untuk-dijual-bunga-telang.html
 |
Benih Bunga Telang |
Persediaan
Sebelum menyemai, sediakan bekas semaian terlebih dahulu. Isikan tanah semaian (tanah organik, atau tanah atas (
topsoil) yang digaul dengan pasir dengan nisbah 2:1 ke dalam bekas semaian atau pasu semaian (saiz 6 cm atau 2.5 inci). Jika tinggal di kawasan berpasir, gunakan tanah pasir yang digaul dengan kompos atau rumpai reput dengan nisbah 1:1. Lembapkan tanah dengan menyembur air. Anda juga boleh gunakan dulang semaian bersel atau dulang semaian rata atau kotak gabus.
Merendam Benih
Benih perlu direndam dalam air suam (40-45
oC) selama 2 hingga 8 jam untuk mengaktifkannya. Jika tidak direndam benih lambat bercambah. Gunakan cawan gabus (cawan pakai buang) kerana ia kekalkan haba agak lama berbanding bekas lain. Campurkan 1 bahagian air mendidih dengan 2 bahagian air paip pada suhu bilik. Kemudian letakkan benih dan bn tutup bekas. Biarkan selama 2 hingga 8 jam.
Menyemai
Gunakan belakang pensel dan cucuk tanah semaian sedalam 1 cm. Isikan 1 atau 2 benih ke dalam lubang. Jika guna dulang rata atau kotak gabus, buat lubang menggunakan belakang pensel dengan jarak antara lubang 12 cm atau 5 inci.
 |
Gunakan pensel dan buat lubang sedalam 1 cm. |
Kemudian tabur tanah yang ringan untuk tutup lubang. Jangan mampatkan tanah.
 |
Masukkan benih dan tutup lubang dengan tanagh ringa. |
Letak bekas semaian di tempat cerah untuk pastikan suhu tinggi. Pastikan tanah sentiasa lembap. Jika tanah kering, basahkan menggunakan penyembur. Benih akan bercambah dalam masa 5 hari hingga 2 minggu.
Menyediakan Bekas Tanaman
Sediakan bekas untuk
letakkan pokok. Seeloknya gunakan bekas atau pasu besar. Pasu dengan
bukaan 20 cm atau 8 inci sesuai digunakan. Jika inginkan pokok yang
lebih besar, gunakan pasu yang lebih besar. Isikan 1 bahagian tanah
atas dan 1 bahagian baja organik (pellet tinja ayam) hingga ke paras 3/4
bekas. Siram dan biarkan selama 1 hingga 2 minggu.
Mengalih
Lakukan aktiviti mengalih di sebelah petang. Selepas dua set daun tumbuh, iaitu set daun benih dan set daun sebenar (4 helai daun) cambahan sedia untuk dialih. Ketika ini lazimnya akar telah memenuhi bekas cambahan.
 |
daun benih dan daun sebenar |
Buat lubang saiz bekas semaian atau saiz tanah yang ingin dialih ke dalam bekas atau tanaman.
Dengan berhati-hati ketuk bekas semaian, pegang daun dan tarik kluar cambahan yang ingin dialih. Masukkan bahagian akar dengan tanah ke dalam lubang. Tutup tanah lubang dengan tanah semaian. Jangan mampatkan tanah. Siram dengan penyembur.
Jika semai dalam bekas semaian rata, pegang daun cambahan dan sodok tanah bahagian pangkal cambahan menggunaan sudu besar. Tanam ke dalam lubang dalam beas semaian. Tutup dengan tanah semaian dan siram dengan penyembur.
Jika semai dalam dulang semaian bersel, dengan berhati-hati, tarik keluar cambahan. Ia akan keluar dengan akar yang penuh seperti dalam gambar di bawah.
 |
Akar memenuhi sel semaian. |
Tanam ke dalam bekas semaian. Tutup lubang dengan tanah semaian. Jangan mampatkan tanah.
Letakkan bekas tanaman di tempat teduh selama dua hari. Siram dengan jumlah air yang sedikit. Selepas 2 hari alih bekas ke tempat yang cerah. Siram sekali sehari di sebalah pagi.
Memangkas Tunas Utama
Apabila pokok tumbuh kira-kira 20 cm (8 inci), guntung tunas utama untuk menggalakkan pertumbuhan tunas sisi. Ini untuk menghasilkan pokok yang rimbun.
Memasang Pancang
Bila pokok mula menunjukkan tanda untuk memanjat, pasang pancang kayu atau buluh. Gunakan 4 batang kayu atau buluh sepanjang 60 cm (2 kaki) dan lilit dawai untuk melingkungi pokok. Pokok akan tumbuh merimbun dengan melilit kayu atau dawai tersebut.
Pangkas
Kerat atas pangkas pucuk yang tumbuh keluar dari rimbunan untuk kekalkan bentuk kubah (
dome).
 |
Kekalkan pokok dalam bentuk kubah. |
Bunga
Lazimnya pokok berbunga selapas 8 minggu dialih. Tuai bunga yang sedang mekar untuk dijadikan perisa atau pewarna makanan.
-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email
[email protected] atau
[email protected]