Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 4 Jun 2013

Uji Cambah

Pada 31 Mei, saya ada semai beberapa benih yang baru diterima dan juga stok benih yang dipesan semula.  Benih disemai menggunakan tanah semaian (growmix) tanpa direndam terlebih dahulu.  Dari ujicambah tersebut, semua benih kailan tokyo bercambah pada hari ke 2 dan daun benih keluar pada hari berikutnya.  Ini diikut dengan benih kiwi dan garland chrysenthemum, iaitu bercambah pada hari ke 2.
Benih labu air Ever Happiness mengeluarkan akar pada hari ketiga.  10 peratus daripada benih kucai mula pecah kulit dan menunjukkan tanda percambahan.

Pagi ini, benih strawberry mula menunjukkan aktiviti percambahan.  Bagaimanapun saya dapati sebahagian daripada  tanah dalam sel seperti ringan dan kembang terkeluar daripada sel.  Bila diperiksa, semua benih kucai dan benih labu air Ever Happiness telah hilang.  Saya syak, di waktu malam, bekas semaian tersebut telah diserang semut dan benih tersebut telah dimakan atau diangkut.

Benih lain tidak diangkut. Inilah satu dari punca benih kucai sukar dicambahkan.  Apabila ia lembap ia mengeluarkan bau bawang yang menarik perhatian serangga.

-----------------
Untuk maklumat menarik tentang semaian, dapatkan ebook "Berbaloikah Alih Semaian".  Tempahan mula diterima.  Salinan akan mula diedarkan melalui emel minggu depan.  Harga untuk seorang pembaca, RM10.




  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan