Ahad, 2 Jun 2013

Soalan Pengunjung -- Daun Menjadi Kuning, Pokok Terbantut

Salam En. Iskandar,
Saya ada soalan. Pokok bendi saya, saiznya agak terbantut selepas saya tanam dua kali. Daunnya yang matang menjadi kuning dan ada yang seperti kering di bahagian tepinya. Adakah pokok saya diserang makhluk perosak?
---------------------------
Pokok perlukan nitrogen dalam kuantiti yang banyak berbanding nutrien lain. Walaupun nitrogen banyak dalam udara, pokok tidak dapat menyerapnya. Pokok hanya dapat serap nitrogen dalam bentuk sebatian yang larut dalam air. Masalahnya, nitrogen mudah larut dalam air dan kadangkala dibawa air terutamanya di kawasan laluan air waktu hujan. Bila kekurangan nitrogen, pertumbuhan pokok akan terbantut.

Oleh kerana nitrogen mudahalih dalam pokok, nitrogen dalam daun yang matang dialih ke daun muda yang lebih memerlukannya. Akibatnya daun matang akan menjadi kuning secara keseluruhan termasuk urat-urat daun.

Untuk penyelesaian segera, larutkan 1 sudu besar baja urea dalam 2 liter air dan siram setiap 3 hari. Kemudian taburkan baja organik. Elok jika setiapkali selepas mencabut pokok, gaulkan tanah dengan baja organik sebelum menanam semula.

5 ulasan:

  1. Pokok bendi saya ada problem dgn ulat. Saya dh sembur buah bendi dgn semburan yg encik iskandar cadangkan. Selang 3 hari ulat ada lagi. Bleh tak saya bungkus buah bendi yg belum ada ulat dgn plastik @ saya cantas je dahan pkkok bendi ni? Tolong bagi cadangan. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semburan yang dicadangkan adalah untuk membunuh serangga perosak yang menyerang, secara terus. Ia tidak bertindak sebagai racun perosak.

      Ada rakan yang mencadangkan menggunakan plastik aiskrim untuk melindungi buah. Cara ini berkesan tetapi plastik itu menjadi beruwap akibat transprasi pada kulit buah menyebabkan buah rosak kerana sentiasa basah. Saya cadangkan saudara gunakan pembalut kertas.

      Buah yang telah disuntik serangga perosak perlu dibuang.

      Padam
    2. Terima kasih atas nasihat. Saya dh sebulan jadi follower blog encik ni. Mmg banyak info saya dpt.

      Padam
  2. assalamualaikum..en. Iskandar, bolehkah saya letak baja urea ketika pokok tomato saya sedang berbuah??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Baja urea membekalkan sebatian nitrogen yang diperlukan oleh pokok tomato. Bagaimanapun ketika berbuah, pokok tomato juga perlukan nutrien yang lain dalam kuantiti yang lebih (secara nibah) daripada biasa. Elok gunakan baja organik atau baja khas untuk tumbuhan ketika berbuah. Ia juga mengandungi sebatian nitrogen.
      Walaupun begitu, jika ingin letakkan baja urea, boleh diletakkan.

      Padam