Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 13 Jun 2013

Petua Tanamsendiri -- Potong Bawang Pun Ada Caranya

Bawang yang tidak dipotong tidak mengeluarkan bau yang kuat yang memedihkan mata.  Bau yang kuat ini juga membuatkan bawang merasa enak.
Ada sebabnya mengapa orang dulu dulu cerewet tentang cara potong bawang. Mereka pastikan bawang hasilkan aroma sebanyak mungkin. Cara yang terbaik, potong bawang sebelum memasak, jangan simpan lama sebab selepas bawang dipotong kerana bau dan rasa bawang semakin kurang selepas dipotong dan disimpan lama.
Cara potong yang menghasilkan bau yang paling kuat ialah kerat bawang secara memanjang, iaitu dari bahagian hujung (bahagian keluar daun) ke arah bahagian pangkal (bahagian akar).Jika dikerat melintang (cross section), bau bawang yang dihasilkan tak kuat. Sebabnya, bila kita potong bawang, sel bawang pecah dan bawang akan keluarkan sejenis bahan kimia. Bahan kimia ini akan mengeluarkan aroma yang kuat apabila ia bertindakbalas dengan enzim yang juga dibebaskan oleh bawang tersebut. Bagaimanapun, enzim tersebut paling banyak di bahagian pangkal bawang.

Jadi, kalau kita kerat melintang, tak banyak enzim dibebaskan, jadi hanya sebagaian bahan kimia yang dibebaskan oleh bawang bertindakbalas dan menghasilkan bau yang kita harapkan.
Ringkasnya, kalau nak bawang rasa umph bila memasak, potong macam dalam gambar.

Bawang yang dipotong memanjang merembeskan lebih banyak enzim yang membuatkan bau bawang lebih kuat dan rasa lebih enak.


12 ulasan:

  1. ooo...baru la sy tau, ingatkan potong bwg mengikut jenis masakan jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ikut masakan. Yang saya tunjukkan ialah untuk dapatkan rasa dan bau yang laing kuat. Anda kalau ikut cara potong ni, berjurai jurai air mata.

      Padam
  2. hehehe..penjelasan melalui sains.Terimakasih tuan, saya suka potong bawang melintang supaya tak sakit mata..rupanya ada benda tersirat disebalik air bawang yg.memedihkan mata tu.

    BalasPadam
  3. ooo...nk potong bwg pun ada cara jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk dapatkan bau dan rasa yang paling kuat. Sebagaimana kata smRose, ikut jenis masakan, dan kata Puteri Purnama, sakit mata. Sepeti drama queen. :P

      Padam
  4. Patutla kdg2 rasa masakan best kdg2 x umphh..rupa2nya sbb ptg bwg sesuka hati pesen mana :D
    Bwg pth pn blh praktik cara sama x?

    BalasPadam
  5. Salam En. Is mohon kebenaran untuk copy this article ya.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Ya boleh. Seeloknya nyatakan sumbernya, supaya blog ini dikunjungi lebih ramai pembaca.

      Padam