Selasa, 25 Jun 2013

Menanam Cili Menggunakan Keratan Batang

Jika ada memiliki pokok cili yang digemari dan ingin menama cili tersebut untuk menghasilkan pokok yang renek yang mampu menghasilkan buah dengan segera, boleh semai mengggunakan keratan.

Lakukan aktiviti di sebelah petang. Ini untuk mengelakkan keratan layu kerana terlalu panas sebelum pokok serasi dengan keadaan baru. Guna tanah/medium khas untuk propagasi.
Potong keratan berbatang muda. Batang yang tua mempunyai kulit mati dan akar baru tidak akan tumbuh. Buang daun yang besar untuk kurangkan kadar transpirasi. Buang semua buah atau bunga kerana bunga dan buah akan menggunakan banyak tenaga.  Pokok yang baru disemai dari batang perlu tumpu segala sumber untuk menghasilkan akar.


Itu perkara asas yang mesti diikuti. Tapi kalau tanah/medium yang diguna serasi, tiada hal. Boleh semai keratan yang ada bunga.  Buah hijau akan mula membesar dan ranum.



Semaian cili dari keratan batang.  Satu keratan disemai dengan putik buah, kini telah ranum.


-------------------------------
Mana nak dapat tanah/medium istimewa ini? Ada kat sini. 2 plastik 6X9 inci (~800-1000g) dijual dengan harga RM10. Campuran medium propagasi terhad, jadi dapatkan dengan segera. Emel [email protected] untuk pesanan.

6 ulasan:

  1. Salam en Is, tanah campuran tu rm10 skali pos ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak, tanah berat sedikit. Untuk 2 pek, tambah RM4. Untuk poslaju, seperti biasa RM10.

      Padam
  2. En.Is...semua keratan cili boleh diguna utk propagasi?

    BalasPadam
  3. maksud sy jenis pokok2 cili spt cili padi,capsicum, dsbgnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya semua boleh asalkan guna keratan denagn ranting muda.

      Padam