Ruang berkebun di rumah terhad. Untuk mendapat tuaian
sebanyak mungkin, rakan-rakan perlu rancang penanaman dengan baik. Menyemai dalam bekas semaian membantu rakan-rakan menggunakan ruang dan
masa dengan lebih efisien.
Ini memungkinkan rakan-rakan menghasilkan lebih banyak tuaian
daripada ruang tersebut. Ini kerana masa
penanaman adalah lebih singkat. Lebih
singkat masa diambil untuk pokok matang, lebih banyak pokok dapat ditanam kerana
dalam masa yang sama, lebih banyak kitar tanaman dapat disempurnakan.
Misalnya, jika satu jenis tanaman ambil masa 3 bulan untuk
dituai, dalam masa 6 bulan rakan-rakan dapat tanam 2 kitar, dan mendapat 2 kali
tuaian. Jika tanaman tersebut berada di dalam bekas semaian selama 1 bulan,
rakan-rakan hanya perlu letakkannya di tanah selama 2 bulan. Jadi dalam masa 6 bulan
rakan-rakan dapat 3 kitar tanaman. Jadi dalam
ruang yang sama, anda dapat tingkatkan jumlah tuaian sebanyak 50% berbanding jika
menyemai terus ke tanah.
Ini kerana ketika menyemai, pokok berada dalam bekas semaian
dan boleh diletakkan dalam ruang yang lain.
Selepas tuaian dibuat, rakan-rakan boleh alih terus semaian yang matang ke
tanah. Jadi tanah tidak kosong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan