Kacang pea dipetik muda dan enak dimakan seluruh buah, bukan biji sahaja.
Benih sweet pea berbentuk sfera.
"Kalau begitu mengapa dalam gambar kacang ni kemek seperti telur penyu?"
Benih tanamsendiri adalah benih yang kering. Ia dikeringkan supaya boleh disimpan lama.
Saiz benih sweet pea lazimnya dari 5 - 6mm iaitu sebesar bola bering (ballbearing). Warna benih sweet pea cokelat. Kadang-kadang ada juga benih yang dijual berwarna merah jambu. Ini sebenarnya adalah warna antikulat yang digunakan untuk melindungi benih dari serangan kulat.
Kalau dipicit, benih sweet pea keras kerana ia dalam keadaan kering. Sebelum semai, rendam dulu dalam air suam selama 2 jam. Benih sweet pea yang direndam terlebih dahulu lazimnya bercambah (mengeluarkan) selepas dalam masa 2 hingga 7 hari.
![]() |
Benih Sweet Pea. |
Beli Benih Sweet Pea
sweet pea n kacang pea tu sama ya? buat dlm sayur campur...sedap tu..
BalasPadamAda 2 jenis, satu lagi garden pea. Yang sweet pea ni, kacang, pod dan daun rasa manis.
Padamade lagi tak benihnya
BalasPadam