Ahad, 30 Jun 2013

Kenali Benih Ketumbar

Ketumbar adalah tanaman herba yang dituai daun dan biji untuk digunakan sebagai perisa dan ubat.   Harga daun ketumbar di pasaraya amat tinggi. Jika anda gemar memakan daun ketumbar, berbaloi kalau tanam di rumah.


Biji ketumbar.

Biji ketumbar berbentuk bulat (sfera) dengan diameter sekitar 3 mm.  Kulitnya berwarna perak bersabut nipis.  Jika anda beli benih dari tanamsendiri.com, ada benih yang berwarna merah jambu.  Itu sebenarnya itu warna antikulat yang digunakan untuk mengawet benih.  Jadi jika ketika memasak, anda kehabisan biji ketmbar, jangan ganti dengan benih tanamsendiri.com.

Jika anda picit biji ketumbar, lazimnya ia akan pecah dua.  Setiap bahagian yang pecah mengandungi 2 benih.  Jadi sebiji ketumbar mengandungi 4 benih.

Setiap biji ketumbar mengandungi 4 benih.


Tak hairanlah jika anda semai 1 biji ketumbar, anda mungkin mendapat sehingga 4 cambahan.  Jadi jika anda membeli 1 pek benih ketumbar dari tanamsendiri, sebenarnya anda mendapat 50 biji benih.  Jika anda bernasib baik, anda boleh mendapat sehingga 200 cambahan.  Jimat duit dapur!



Empat cambahan ketumbar yang terhasil daripada 1 biji ketumbar.


  Untuk dapatkan benih ketumbar, klik pautan berikut.

Ketumbar Asia Best
Ketumbar Lambat Berbunga

7 ulasan:

  1. Encik Is, dah 2 kali saya semai biji2 ketumbar belum satu pun tumbuh...tapi x sampai sepeket lg saya habiskan tanam :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang saya semai bercambah dalam masa 1 minggu. Gina Marna perlu ceritakan langkah-langkah menyemai yang digunakan. Mungkin tak serasi dengan benih.

      Padam
    2. saya rendam benih lbh krg satu mlm lps tu terus semai dlm bekas..ade 1 lg bekas sy semai ni tp tanpa rendam dh masuk hari ke 6 blom ade apa2 jugak. Silap saya ke Encik Is?

      Padam
    3. tanah saya beli dari nurseri bunga..tomato ceri & bayam ok, tumbuh elok

      Padam
    4. Kena cuba lagi tu. Mana tahukali ke 3 baru menjadi.

      Padam
    5. :) tulahh..belum putus asa lagi..insyaAllah ada harapan..hehe

      Padam